Anda di halaman 1dari 1

SMK SENIBONG

KM 11, Jalan Lundu/ Bau


94500 Lundu, Sarawak Tel/Faks : 082 – 734035 / 734058

______________________________________________________________________________
Ruj. Kami : JPS(W)/SMKS(KK)/153/05/01/06( )
Tarikh : 25 Januari 2018

Kepada,

Pengusaha,
Kantin Sekolah,
SMK Senibong, Lundu

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK KOTAK AIR MINERAL SEMPENA


KEJOHANAN BALAPAN & PADANG MSS BAHAGIAN KUCHING 2018

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Kejohanan Balapan & Padang MSS Bahagian Kuching 2018 berlangsung :

Tarikh : 5 – 9 Februari 2018 (Isnin – Jumaat)


Masa : 8.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat : Stadium Sarawak, Petra Jaya.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan berbesar hati ingin memohon sumbangan
ikhlas daripada pihak tuan berupa Air Kotak Mineral 500ml sebanyak 5 kotak untuk sumbangan
air minuman sepanjang kejohanan tersebut berlangsung.

4. Kesudian tuan memberikan sumbangan tersebut amatlah kami alu-alukan.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

__________________________________
( JITI ANAK TAHIENG)
PENOLONG KANAN KORIKULUM
SMK SENIBONG,
LUNDU

Anda mungkin juga menyukai