Anda di halaman 1dari 2

Persatuan Penduduk Taman Mawar Fasa 2 (PERTAMA)

Taman Mawar 2,
Bandar Baru Salak Tinggi
43900 Sepang, Selangor

24/2/17

Y. Bhg. Dato’ Puasa Md Taib


Yang di Pertua
Majlis Perbandaran Sepang

Dato’,

KEBENARAN MENGGUNAKAN PENGHADANG JALAN SECARA BERJADUAL


Adalah dimaklumkan bahawa saya, bagi pihak PERTAMA ingin mendapatkan kebenaran pihak Dato’ untuk
menggunakan dan menurunkan penghadang jalan di Jalan Mawar 5C, 6C, 10C, 11C dan 13C seperti jadual
operasi di bawah mulai 1 Mac, 2017 ini
Jadual Operasi Penghadang Jalan :
A) 10 malam (tutup) - 5 pagi (buka)
B) 9 pagi (tutup) - 12 tengah hari (buka)
C) 2 petang (tutup) - 4 petang (buka)
Penggunaan penghadang jalan ini adalah selaras dengan Surat Kelulusan kebenaran Merancang MPSepang
600-45151203(14) yang bertarikh edaran 17 Januari, 2017.
Syarat (vi) di surat kebenaran merancang, menyebut “Penghalang hanya dibenarkan beroperasi dari jam
12 tengah malam sehingga 6 pagi. Pertimbangan boleh diberikan sekiranya penghalang ditutup 24 jam
dengan syarat terdapat pengawal keselamatan yang sentiasa bertugas selama 24 jam secara bergilir-gilir
dan membuka halangan apabila diperlukan pada bila-bila masa”
Semasa menerima surat kelulusan dari Puan Rozeta di Jabatan Perancangan pada 17 Januari, 2017, Puan
Rozeta memaklumkan sendiri bahawa penghadang boleh diturunkan 24 jam sekiranya ada pengawal
keselamatan bertugas 24 jam. Pengawal ini TIDAK PERLU ditempatkan di setiap penghadang jalan.
Memadaii pengawal ini ditempat di Pos Pengawal di Jalan 9C.
Di Majlis Dialog pada 7/2/17, Puan Rozeta sekali lagi mengulangi perkara yang sama iaitu penghadang
boleh diturunkan 24 jam sekiranya pengawal bertugas 24 jam di pos pengawal.
Walaupun diberi kebenaran untuk diturunkan 24 jam, PERTAMA merasakan jadual operasi penghadang
jalan di atas memadaii dan jadual operasi ini telah persetujui dalam mesyuarat PERTAMA pada 23 Januari,
2017.
Penggunaan penghadang jalan berjadual ini perlu dilaksanakan SEGERA kerana
1. Semenjak kebelakangan ini, jenayah pecah rumah dan samun SEMAKIN MENINGKAT dan kerap berlaku
di siang hari terutama di waktu pagi. Kes terbaharu ialah pecah rumah yang berlaku di Taman Mawar B,
BBST pada 22/2/17 dan jenayah pecah rumah di Kota Warisan pada 21/2/17. Kejadian samun dan
menyebabkan kecederaan yang berlaku di waktu pagi di Taman Bukit Maluri, Kepong pada 16/2/17 juga
cukup menakutkan penduduk TERUTAMA SURI RUMAH yang tinggal di taman pada waktu pagi sementara
suami pergi bekerja. Biarpun kes ini berlaku di tempat lain, ia juga boleh berlaku di Taman Mawar 2.

|Website PERTAMA : www.tamanmawar2.com | Facebook : www.facebook.com/taman.mawar2|


| Emel : pertama.mawar@gmail.com | Mailing Group : mawar2@googlegroups.com | HP : 012-5161-900
2. Masalah lalu lintas masih wujud di Taman Mawar 2 kerana kenderaan luar masih menggunakan jalan
taman (Jalan 5C, 6C, 9C & 13C) sebagai JALAN PINTAS dan menyebabkan KESIBUKAN DAN KESESAKAN
jalan. Sebahagian kenderaan luar ini DIPANDU LAJU. Sekiranya perkara ini dibiarkan, dikhuatiri akan
berlaku kemalangan yang boleh meragut nyawa terutama kanak2. Sebelum ia berlaku, lebih baik langkah
pencegahan diambil awal.
Biarkan banner telah dipasang dan meminta mereka menggunakan laluan surau (yang dibuka 24 jam),
namun permintaan ini tidak diendahkan oleh mereka. Kenderaan luar ini lebih selesa mengikut JALAN
DALAM (Jalan 5C, 6C, 9C & 13C) daripada menggunakan laluan surau.
Untuk makluman, situasi di Taman Mawar ini CUKUP UNIK kerana Taman Mawar 2 inilah satu-satunya
taman yang dijadikan SEBAGAI JALAN PINTAS untuk ke destinasi lain.
Situasi ini tidak wujud di Salak Perdana, Mawar Perdana, Desa Vista, Dahlia, Seroja mahupun Taman Ixora.
Disebabkan itu, Taman Mawar memerlukan PENGHADANG JALAN untuk mengawal lalu lintas dan
menangani isu keselamatan.
Biarpun ada pihak yang berpendapat penghadang jalan ini menyusahkan, tapi bagi penduduk Taman
Mawar 2, mereka meletakkan isu melindungi harta dan nyawa penduduk Taman Mawar 2 sebagai
keutamaan.
Adalah menjadi harapan saya, permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya dari pihak Dato’
Sekian, terima kasih

Ahmad Ismail
Prof. Madya Dr. Ahmad Ismail,
Pengerusi PERTAMA

s.k

Tuan Muhammad Hafiz Shaari


Timbalan YDP

Puan Rozeta Md. Yusof


Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar

En. Ahmad Saifunazif Mat Yatim


Pengarah, Jabatan Kejuruteraan

En. Sulaiman Abi Hashim


Pengarah, Jabatan Kawalan Bangunan

Puan Afra’ Fardillah Zai Mustapar


Ketua, Unit Korporat Dan Perhubungan Awam

Penduduk Taman Mawar 2

|Website PERTAMA : www.tamanmawar2.com | Facebook : www.facebook.com/taman.mawar2|


| Emel : pertama.mawar@gmail.com | Mailing Group : mawar2@googlegroups.com | HP : 012-5161-900

Anda mungkin juga menyukai