Anda di halaman 1dari 4

Persatuan Penduduk Taman Sari,

Taman Sari Indah,


44100 Sari,
Selangor

(Note: Sekiranya anda menggunakan kepala surat rasmi, tidak perlulah lagi nak letak nama dan alamat
anda ya!)

Tarikh : 28/03/2015

YB Tuan Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan


Pusat Khidmat Dun N07 Batang Kali,
Laluan Utama, 44300
Batang Kali,
Selangor Darul Ehsan.
                                    
Tuan,

PEMOHONAN SUMBANGAN KELENGKAPAN BALAI SERBAGUNA


  
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa AJK Persatuan Penduduk Sari Indah, Selangor sedang dalam proses
menyiapkan Balai Serbaguna bagi kemudahan penduduk Taman Sari Indah.

Sehubungan dengan itu, bagi melengkapkan kemudahan balai tersebut, kami memerlukan peralatan berikut:

1. Kerusi - 150 unit


2. Meja - 20 unit

Maka dengan penuh rasa rendah diri, kami ingin memohon jasa baik dari pihak YB untuk menghulurkan sumbangan
peralatan tersebut atau peruntukan wang tunai untuk kami membelinya sendiri.

Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini dan semoga melalui sumbangan tersebut
dapatlah kami melengkapkan kelengkapan serta fungsi balai serbaguna Taman Sari Indah untuk kemudahan penduduk
taman ini dalam menjalankan sebarang aktiviti.

Sumbangan pihak tuan boleh disalurkan dengan cara berikut :

1. Wang Tunai / Barangan :  Terus kepada penama tandatangan di bawah atau Bendahari Persatuan.
2. Cek :  Atas nama Persatuan dan diserahkan kepada penama tandatangan di bawah atau diposkan ke alamat di
atas.
3. Akaun Persatuan :  Public Bank, akaun No. 3XXXXXX00

Kerjasama dan bantuan daripada pihak tuan ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.
Semoga tuan akan beroleh keberkatan dan amal jariah yang berkekalan hingga ke hari akhirat.

Yang benar,

……………………………………………….
Haron Aziz Bin Shuip
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sari Indah                                      
Tel. No : 019-9999888
MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN
4 ulasan12:54 PG Dicatat oleh PLPDT 
Biro Sukan dan Kebudayaan
Persatuan Lepasan Pelajar Darul Taqwa
Pekan Batu Enam,Jln Kelantan
21200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,

…………………………………..
…………………………………..
…………………………………..

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN

Merujuk perkara diatas,kami dari biro sukan dan kebudayaan akan


menganjurkan satu Kejohanan Futsal Piala Mudir darul Taqwa dalam usaha untuk mengumpul
kembali pelajar lepasan darul taqwa dan mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan ahli,

Sehubungan dengan itu kami ingin memohon sumbangan ikhlas dari pihak
tuan/puan untuk melancarkan lagi perjalanan program tersebut,

Bersama ini juga kami sertakan salinan anggaran kewangan kejohanan


futsal piala mudir.

Harapan kami semoga permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya


dari pihak tuan/puan.Kerjasama dan jasa baik tuan/puan dalam perkara ini
amatlah kami hargai dan sanjungi.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

(MOHD MAHYUDDIN BIN YUSUF)


Setiausaha,
Kejohanan Futsal Piala Mudir
Persatuan Lepasan Pelajar Darul Taqwa
Sesi 2009
s/k : Presiden PLPDT
Pengarah Program

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH

1. URUSAN SETIAUSAHA RM 50.00


7. TUGAS-TUGAS KHAS RM 100.00
2. PERHUBUNGAN RM 100.00
8. PENGAWASAN RM 150.00
3. CENDERAHATI RM 700.00

4. PADANG BOLA RM 600.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 1900.00

5. BANNER RM 100.00

6. PERBEKALAN RM 100.00

Anda mungkin juga menyukai