Anda di halaman 1dari 2

Contoh surat permohonan yang diberikan di bawah ini boleh dijadikan rujukan asas

bagaimana untuk mengolah format sebuah surat rasmi untuk memohon sumbangan atau
peruntukan.

Susun atur format dan isi kandungan surat adalah paling penting. Selebihnya...anda hanya perlu
mengubah topik dan penerimanya sahaja.

Surat Rasmi Mohon Peruntukan Dan Sumbangan

Persatuan Penduduk Taman Sari,


Taman Sari Indah,
44100 Sari,
Selangor

(Note: Sekiranya anda menggunakan kepala surat rasmi, tidak perlulah


lagi nak letak nama dan alamat anda ya!)

Tarikh : 28/03/2015

YB Tuan Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan


Pusat Khidmat Dun N07 Batang Kali,
Laluan Utama, 44300
Batang Kali,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

PEMOHONAN SUMBANGAN KELENGKAPAN BALAI SERBAGUNA

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa AJK Persatuan Penduduk Sari


Indah, Selangor sedang dalam proses menyiapkan Balai Serbaguna bagi kemudahan
penduduk Taman Sari Indah.

Sehubungan dengan itu, bagi melengkapkan kemudahan balai tersebut, kami


memerlukan peralatan berikut:

1. Kerusi - 150 unit

2. Meja - 20 unit

Maka dengan penuh rasa rendah diri, kami ingin memohon jasa baik dari pihak YB
untuk menghulurkan sumbangan peralatan tersebut atau peruntukan wang tunai
untuk kami membelinya sendiri.
Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini dan
semoga melalui sumbangan tersebut dapatlah kami melengkapkan kelengkapan serta
fungsi balai serbaguna Taman Sari Indah untuk kemudahan penduduk taman ini
dalam menjalankan sebarang aktiviti.

Sumbangan pihak tuan boleh disalurkan dengan cara berikut :

1. Wang Tunai / Barangan : Terus kepada penama tandatangan di bawah atau


Bendahari Persatuan.

2. Cek : Atas nama Persatuan dan diserahkan kepada penama tandatangan di


bawah atau diposkan ke alamat di atas.

3. Akaun Persatuan : Public Bank, akaun No. 3XXXXXX00

Kerjasama dan bantuan daripada pihak tuan ini kami dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih yang tidak terhingga. Semoga tuan akan beroleh keberkatan dan amal
jariah yang berkekalan hingga ke hari akhirat.

Yang benar,

.
Haron Aziz Bin Shuip
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sari Indah
Tel. No : 019-9999888

Anda mungkin juga menyukai