Anda di halaman 1dari 2

d/a Gelanggang Seni, Jalan Mahmood, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

Email : zabm_h@yahoo.com.my
_____________________________________________________________________
MKNK(HP) 01: 15 Tarikh : 1 Ogos 2015

YBhg Encik Wan Marzuki Bin Wan Ramli

Tuan ;

JEMPUTAN MENERIMA HADIAH PENGHARGAAN PENULIS KELANTAN

Adalah saya dengan hormatnya diarah merujuk kepada perkara diatas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan (MKNK)


di bawah pimpinan YB Dato Mejar (B) Hj Md Anizam B. Ab Rahman telah bersetuju
memberi penghargaan berupa wang tunai RM 500.00 dan sijil penghargaan kepada
penulis Kelantan yang telah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia(HSPM)
dan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) untuk tahun 2013.

3. Penghargaan yang kecil dari MKNK ini adalah kerana tuan telah menaikkan
nama Kelantan dalam bidang sastera diperingkat kebangsaan. Saya bagi pihak YB
Dato Presiden MKNK merakamkan tahniah kepada tuan kerana telah memenangi
HSKU pada tahun tersebut.

4. Sehubungan itu tuan dipilih untuk menerima Hadiah Penghargaan Penulis


Kelantan dari MKNK. Mohon kerjasama dan jasabaik tuan memberi persetujuan
samada menerima hadiah penghargaan ini atau sebaliknya. Perbelanjaan kehadiran
menerima hadiah penghargaan ini adalah atas tanggungan sendiri

5. Tuan adalah dijemput hadir ke majlis majlis penyampaian yang akan dibuat
bersempena dengan mesyuarat agung tahunan MKNK yang akan diadakan seperti
berikut :-

Tarikh : 8 Ogos 2015 ( Sabtu)


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Gelanggang Seni, Kota Bharu

Kerjasama dan kehadiran tuan bagi menjayakan majlis ini amatlah dihargai dan
diucapkan ribuan terima kasih.

Yang Benar

(ZAINAL ABIDIN BIN MUHAMAD)


NAIB PRESIDEN
MAJLIS KEBUDAYAAN NEGERI KELANTAN

s.k : Guru Besar


SK Sultan Ibrahim 4
Pasir Mas, Kelantan
-----------------------------------------

-----------------------------------------

-----------------------------------------

Tarikh : __________________

Kepada

Setiausaha
Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan(MKNK)
Gelanggang Seni
Jalan Mahmood
15200 Kota Bharu
Kelantan

Tuan;

JEMPUTAN MENERIMA HADIAH PENGHARGAAN PENULIS KELANTAN

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

2. Sehubungan itu saya ________________________________*menerima/


menolak hadiah penghargaan yang diberi oleh Majlis Kebudayaan Negeri
Kelantan(MKNK).

3. *Saya/wakil saya akan *hadir/tidak akan hadir di majlis penyampaian yang


akan dibuat oleh pihak MKNK sepertimana tarikh yang dinyatakan.

Sekian, terima kasih

Yang Benar

( )
Nama :___________________________

*Potong yang tidak berkenaan

Anda mungkin juga menyukai