Anda di halaman 1dari 1

Ruj. Kami : SMKATR.

600-5/2/1 (04)
Tarikh : … November 2021

Semua Penerima Anugerah


Majlis Anugerah Kecemerlangan & Apresiasi
SMKA Tun Rahah,
45300 Sg Besar,
Selangor Darul Ehsan.
(Rujuk Lampiran)

Tuan/ Puan ,

JEMPUTAN KE MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN APRESIASI 2021 SMK


AGAMA TUN RAHAH, SIMPANG LIMA, SUNGAI BESAR SELANGOR.

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. SMKA Tun Rahah akan mengadakan majlis tersebut secara dalam talian melalui rakaman
video yang akan disiarkan dalam YouTube sekolah dan akaun ‘Facebook SMKA Tun Rahah’ serta
saluran ‘Whatsapp’ sarana ibu bapa kerana suasana pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir.

3. Sehubungan itu, Jawatankuasa Anugerah Kecemerlangan dan Apresiasi tahun 2021 SMK
Agama Tun Rahah sangat berbesar hati ingin menjemput Tuan/Puan sebagai Penerima Anugerah
dalam majlis Anugerah Kecemerlangan dan Apresiasi sekolah kami seperti ketetapan berikut :

Tarikh Pandu Lalu : 27 November 2021 (Sabtu)


Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Pintu Masuk Dewan Al-Biruni , SMKA Tun Rahah

Tarikh Pelancaran Video ke aplikasi YouTube: 27 November 2021 (Sabtu)


Masa : 9.00 pagi.

4. Semoga kehadiran Tuan/ Puan memeriahkan majlis kami dan dahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.

Sekian.

“ WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

...................................................
Pn Hjh Haryati bt Borham
Pengetua
SMKA Tun Rahah

Anda mungkin juga menyukai