Anda di halaman 1dari 5

KERTAS

CADANGAN
BAIK PULIH
DEWAN PERDANA
SK ABANG AMIN
MERADONG
1.0 PENDAHULUAN
Kertas cadangan ini bertujuan memohon pertimbangan daripada Yang
Berhormat Abdullah bin Hj Saidol,, Ahli Dewan Undangan Negeri (N36 Semop) dan
Yang Berhormat Tuan Yusuf B Abdul Wahab,
Ahli Parlimen ( P.206 Tanjong Manis).

Dewan Perdana SK Abang Amin merupakan satu-satunya dewan yang selalu


digunakan .Keadaaan dewan terutamalantainya yang agak uzur menyukarkan kegiatan
dijalankan. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Abang Amin
memohon peruntukan untuk baikpulih Dewan Perdana supaya dewan tersebut lebih
selamat digunakan.

Baik pulih itu perlu bagi membolehkan pihak sekolah melakukan pelbagai
aktiviti bersama murid seperti perhimpunan sekolah, kegiatan ko-kurikulum dan
aktiviti lain yang dijalankan di dewan. Tujuan baikpilih ini juga adalah untuk
mengelakkan kecederaan kepada murid yang melalkukan aktiviti di dewan dan
bertujuaan untuk keselesaan kepada warga sekolah. Selain itu juga baikpulih ini
mampu menceriakan persekitaran dewan dan sedap mata memandang.

2.0 LATAR BELAKANG

Selain majlis rasmi sekolah dewan ini juga digunakan oleh penduduk kampung
sekitar Bintangor untuk majlis keramaian seperti perkahwinan, sambutan perayaan dan
sebagainya. Dewan ini juga sering digunakan sebagai tempat perhimpunan dan
penganjuran sukan seperti senamrobik, Majlis-majlis keagamaan dan perjumpaan
rakyat setempat dengan pemimpin-pemimpin. Dewan ini juga sering kali digunapakai
oleh agensi luar dan NGO yang mana ianya boleh mengeratkan lagi hubungan pihak
luar dengan pihak sekolah dan juga PIBG.
Keadaan lantai dewan yang berlubang serta simen yang sudah retak tidak lagi
sesuai dan tidak selamat untuk menjalankan sebarang aktiviti. Keadaan lantai pentas
utama dan suasana dewan yang agak lusuh dan kelihatan lama dan tidak ceria dilihat
mencacatkan lagi keadaan dewan yang sering kali menjadi tumpuan ini.
Segala kemudahan di dewan ini haruslah lengkap, sesuai dan selamat untuk
digunakan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan kepada para pengguna dan
pengunjung yang mengunjungi ke sekolah. Oleh yang demikian permohonan ini dibuat
memandangkan ia menjadi satu keperluan bagi warga sekolah dan penduduk kampung
Bintangor dan Kawasan sekitar disamping masyarakat dan agensi luar yang lain.
Dengan baikpulih ini diharapkan dewan sekolah lebih ceria dan kondusif. Selain
itu, majlis atau program sekolah serta aktiviti kokurikulum dan kurikulum yang
dijalankan di dalam dewan dapat dijalankan dengan lebih baik.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Meningkatkan tahap keselamatan pengguna.
3.2 Memberikan keselesaan kepada pelajar dan pengguna yang lain.
3.3 Mengoptimumkan penggunaan dewan ini.

4.0 ANGGARAN HARGA (Harga berbeza sebab spek dan kualiti berbeza)
4.1 – Lantai simen dewan
Bil Perkara Anggaran
Harga
1 Harga Jabatan Kerja Raya(JKR) RM150/m
2 Harga Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ RM 70/m

3 Harga Pejabat Daerah RM120/m


4 Harga Gotong - royong RM 50 000
Gelanggang Dewan Perdana Sk Abang Amin

40.68m
1875M
1875 X RM60
= RM112 500.00

46.10m

Panjang : 46.10 m
Lebar : 40.68 m
Tebal : 10 cm

Kos Pembinaan : RM 112 500.00

4.2 Pentas Utama dan Lantai Pentas

Bil Perkara Anggaran Harga


1 Harga Jabatan Kerja Raya(JKR) RM100/m
2 Harga Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ RM 60/m
3 Harga Pejabat Daerah RM100/m
4 Harga Gotong - royong RM 30 000

Anggaran Kos Pembinaan dan lain-lain belanja : RM45 000

Jumlah keseluruhan : RM 112 500.00 + RM 45 000.00 = 157 500.00

5.0 PENUTUP
Besar lah harapan kami permohonan ini diluluskan bagi mencapai objektif yang
diharapkan dalam melahirkan murid yang cemerlang dari semua sudut sama ada
kurikulum dan kokurikulum.
Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan.
Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan
yang dibuat berjalan dengan lancar dan diberkati.

Disediakan oleh Disemak oleh

…………………………………………………. ………………………………………………….

( AB KARIM BIN ABDUL RAHMAN) ( ABANG SAINI BIN ABANG HARON)


SETIAUSAHA PIBG GURU BESAR
SK ABANG AMIN SK ABANG AMIN

Disokong oleh

………………………………………………….
( HJ KHAIRULDDIN QALAM BIN
DAUD)
YANG DIPERTUA PIBG
SK ABANG AMIN

Anda mungkin juga menyukai