Anda di halaman 1dari 1

Ruj.

Kami
Tarikh

: JBB1002/100-13/2
: 29 April 2013

Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru


Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak,
80100 Johor Bahru
(u.p : Unit Pembangunan)
Tuan,
MOHON MEJA DAN KERUSI UNTUK MAKMAL KOMPUTER
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa kami telah menerima bekalan sebanyak 21 unit
komputer berserta kelengkapan-kelengkapannya untuk kegunaan murid-murid sekolah
ini. Buat masa ini komputer-komputer tersebut ditempatkan di dalam bilik darjah yang
diubah suai seadanya menjadi makmal komputer sekolah.
3.
Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon 20 buah meja dan kerusi untuk
murid serta sebuah meja dan kerusi untuk guru untuk ditempatkan di makmal komputer
tersebut. Kami yakin dengan adanya meja dan kerusi tersebut, murid-murid dapat
menggunakan kemudahan komputer yang dibekalkan dengan lebih selesa.
Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam perkara ini amat dihargai. Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

(NORPISAH BINTI IBRAHIM)


Guru Besar
SK Temenggong Abdul Rahman (2)
Johor Bharu

Anda mungkin juga menyukai