Anda di halaman 1dari 2

MADRASAH AL KAMALIAH

KG. ARA PAYONG. BATU GAJAH, PERAK


Alamat : PT. 4060, Kampung Ara Payong, 31000 Batu Gajah, Perak.
Telefon : Pengerusi : 019-5713035, Setiausaha : 012-5586786

SU/MAK/KAP/ 02 (06/ 19)


Tarikh: 29 Mac 2019

……………………………
……………………………
……………………………
……………………………

Melalui,
YB Dato’ Seri Nizar Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Exco Pelaburan dan Pembangunan Koridor,
Perak.

Melalui,
Penghulu Mukim Sungai Terap,
Batu Gajah, Perak.

Melalui,
Pengerusi Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK),
Kampung Ara Payong,
Batu Gajah, Perak

MEMOHON PERUNTUKAN PEMBINAAN LONGKANG, PARKIR KERETA


BERBUMBUNG, DAN SATU UNIT TANDAS BESERTA BILIK MANDI UNTUK
MADRASAH AL-KAMALIAH KAMPUNG ARA PAYONG BATU GAJAH PERAK

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya bagi pihak ahli jawatankuasa Madrasah Al-Kamaliah Kampong Ara Payong, Batu
Gajah, Perak ingin memohon peruntukan pembinaan longkang, parkir kereta berbumbung, dan
satu unit tandas beserta bilik mandi untuk kemudahan Jemaah.

3. Selama ini apabila hujan lebat, air akan membanjiri di kawasan dapur surau dan masuk
ke dalam rumah-rumah yang berada di belakang surau. Pembinaan longkang di kawasan dapur
amat diperlukan untuk menyelesaikan masalah ini.

3.1 Skop kerja adalah seperti berikut:


Bina baru longkang sepangjang 60 kaki di bahagian belakang surau. Anggaran
kos Rm 3,000.00
4. Parkir kereta berbumbung amat diperlukan bukan sahaja untuk parkir jemaah, tapi dapat
digunakan untuk menampung keperluan majlis keagamaan yang diadakan seperti Sambutan
Maulidur Rasul, Majlis Korban, Solat Sunat Aidilfitri dan Aidiladha.

4.1 Skop kerja adalah seperti berikut:


Bina baru parkir kereta berbumbung melengkung ukuran 25m x 6m. Atap metal
deck gauge 28. Tiang, kekuda keluli besi. Lantai konkrit bancuh siap (ready mix)
bertulang. Bahagian belakang cucur atap bertulang termasuk paip PVC air keluar
bahagian hujung. Anggaran kos RM 38,000.00.

5. Tandas yang ada sekarang berada di dalam surau (perempuan) dan di kawasan pintu
masuk utama surau. Memandangkan kebanyakan aktiviti dan program yang dijalankan di
kawasan parkir kereta surau, maka membina tandas di kawasan itu sangatlah diperlukan untuk
kemudahan para jemaah.

5.1 Skop kerja adalah seperti berikut:


Bina baru 1 unit tandas duduk dan bilik air berkembar ukuran 3m x 2m. Atap
metal deck 28. Lantai simen konkrit kemasan jubin. Kerja termasuk pemasangan
dan penyambungan sumber air serta tangki septik. Anggaran kos RM 8,000.00.

6. Sekian dimaklumkan, semoga mendapat pertimbangan dari pihak Yang Berhormat. Ahli
jawatankuasa dan seluruh jemaah Madrasah Al-Kamliah Kampong Ara Payong mengucapkan
ribuan terima kasih atas sokongan Yang Berhormat meluluskan permohonan ini.

Terima kasih,

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………..
Ahmad Khairiri bin Ahmad Wadzir
Setiausaha Madrasah Al Kamaliah,
Kg. Ara Payong, Batu Gajah

s.k. Majlis Agama Islam Perak


Pengerusi Madrasah Al-Kamaliah

Anda mungkin juga menyukai