Anda di halaman 1dari 3

Pengertian Konstruktivisme

Pendekatan konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun
dalam minda pelajar. Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif dari
persekitarannya. Ini bermakna pembelajaran merupakan hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan bukan dipindahkan
daripada guru kepada pelajar.

Contoh yang realistik

Pembelajaran kooperatif

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan
bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap
pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas
dalam pembelajaran koperatif adalah:

 saling bergantung antara satu sama lain secara positif,


 saling berinteraksi secara bersemuka,
 akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,
 kemahiran koperatif, dan
 pemprosesan kumpulan

Contoh

Round Table atau Rally Table

Untuk menggunakan model pembelajaran kooperatif tipe Round table atau Rally Table ini guru dapat memberikan
sebuah kategori tertentu kepada siswa, misalnya kata-kata yang dimulai dengan huruf “a”. Selanjutnya mintalah siswa
bergantian menuliskan satu kata secara bergiliran.

Tea Party (Pesta Minum Teh)

Pada model pembelajaran kooperatif tipe tea party, siswa membentuk dua lingkaran konsentris atau dua barisan di
mana siswa saling berhadapan satu sama lain. Guru mengajukan sebuah pertanyaan (pada bidang mata pelajaran apa
saja) dan kemudian siswa mendiskusikan jawabannya dengan siswa yang berhadapanan dengannya. Setelah satu menit,
baris terluar atau lingkaran terluar bergerak searah jarum jamsehingga akan berhadapan dengan pasangan yang baru.
Guru kemudian mengajukan pertanyaan kedua untuk mereka diskusikan. Langkah-langkah seperti ini terus dilanjutkan
hingga guru selesai mengajukan 5 atau lebih pertanyaan untuk didiskusikan. Untuk sedikit variasi dapat pula siswa
diminta menuliskan pertanyaan-pertanyaan pada kartu-kartu untuk catatan nanti bila diadakan tes.

Pembelajaran kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian
individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti
hands-on dan minds-on. melibatkan lima proses/aktiviti, iaitu menghubungkait, mengalami, mengaplikasi, bekerjasama,
dan memindahkan. Kelima-lima aktiviti ini diringkaskan sebagai “REACT”.

Contoh

a) Menghubungkait (Relating):

Contoh semasa di sekolah, pelajar belajar tentang cara-cara menjaga kebersihan. Semasa pembelajaran tersebut, pelajar
mungkin dapat mengaitkan pengalaman mereka semasa di rumah, di mana pelajar sering diberitahu oleh ibu bapa
supaya membasuh tangan sebelum makan. Menerusi pengalaman ini pelajar akan dapat mengaitkan aktiviti yang
dilakukan oleh mereka di rumah dengan aktiviti pembelajaran yang sedang berlangsung.

b) Mengalami (Experiencing):

Semasa pembelajaran, pelajar akan sedaya upaya menimba pengalaman melalui aktviiti eksplorasi, penemuan dan reka
cipta merupakan nadi pembelajaran konteksual. Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran seperti video, naratif,
atau aktiviti berasaskan teks, akan dapat membantu pelajar mengalami sesuatu perkara atau peristiwa yang dipelajari.
Contohnya pelajar dibawa ke bilik tayangan untuk menyaksikan demonstrasi serta membuat latihan amali merawat
kecederaan semasa bermain. Pengalaman ini boleh digunakan semasa mereka berhadapan dengan situasi sebenar di
luar bilik darjah.

c) Mengaplikasi (Applying):

Ia melibatkan proses mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks untuk digunakan dalam situasi yang lain. Dalam
pembelajaran Pendidikan Kesihatan misalnya, proses aplikasi ini boleh dilakukan dengan memberi peluang kepada
pelajar mengalami sendiri situasi atau perkara sebenar berdasarkan konteks yang dipelajari. Contohnya, guru mungkin
boleh membawa pelajar melawat kantin sekolah dan melihat sendiri cara mengendalikan makanan dengan betul.
Setelah itu, mereka akan diberikan peluang melakukan latihan praktikal di bilik kemahiran hidup sekolah. Pengalaman ini
sudah tentu akan dapat diaplikasikan pula semasa mereka berada di rumah kelak.

d) Bekerjasama (Cooperating):

Pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan pelajar lain. Ia merupakan satu proses
penting dalam pengajaran dan pembelajaran konteksual. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar
digalakkan bekerjasama dalam pelbagai peringkat kumpulan untuk memberikan pengalaman kepada mereka.
Contohnya pelajar bekerja dengan ahli kumpulan untuk melakukan amali makmal. Penyelesaian amali makmal
memerlukan delegasi, pemerhatian, cadangan dan perbincangan.

e) Memindahkan (Transferring):

Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada, atau memindahkannya adalah berlandaskan apa
yang telah diketahui pelajar. Pendekatan ini menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan
diketahui. Guru boleh membantu meningkatkan keyakinan pelajar dengan menyediakan panduan yang dapat
menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui pelajar. Contoh pelajar mempelajari
cara untuk memilih menu sarapan yang sesuai. Pelajar boleh memindahkan pengetahuan mereka itu dalam memilih dan
menetapkan menu sarapan mereka setiap hari semasa berada di rumah.
Pembelajaran berasaskan masalah

Pembelajaran berasaskan masalah merupakan alternatif yang lebih menarik berbanding pembelajaran tradisional. Guru
akan memberikan masalah dan bukan kuliah atau latihan. Disebabkan murid tidak diberikan isi kandungan,
pembelajaran akan menjadi aktif apabila meneroka dan menemui maklumat yang yang diperlukan untuk menyelesaikan
masalah. Guru akan bertindak selaku fasilitator dan bukan sumber penyelesaian masalah.

Pembelajaran berasaskan masalah membolehkan murid berpeluang untuk:

 Menyemak dan mencuba apa yang diketahui


 Menemui apa yang ingin dipelajari
 Membina kemahiran sosial untuk memperolehi pencapaian yang lebih baik dalam pasukan.
 Meningkatkan kemahiran berkomunikasi
 Menyatakan dan mempertahankan keadaan menggunakan bukti dan hujah yang mantap
 Menjadi lebih fleksibel semasa memproses maklumat dan menunaikan tanggungjawab
 Mengamalkan kemahiran yang diperlukan selepas tempoh persekolahan tamat

Contoh

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan

Setiap kumpulan mendapat set soalan yang berbeza. Soalan tersebut merupakan masalah yang berlaku dalam
kehidupan sebenar.

Murid akan berbincang di dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah yang diberi.

Murid membentangkan hasil perbincangan di dalam kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai