Anda di halaman 1dari 15

PENGAJARAN 1:

1.1.1 Menerangkan teknik Leraian (Decomposition) dan


Peniskalaan (Abstraction) dalam pemikiran
komputasional untuk menyelesaikan masalah
1.1.2 Menyelesaikan sesuatu tugasan menggunakan teknik
leraian dan menentukan langkah secara tertib
1.1.4 Membuat keputusan bagi menentukan aspek penting
dalam sesuatu permasalahan.

Kandungan Muka Surat


Rancangan Pengajaran 2
Puzzle 1.0 8
Lampiran 1.0 9
Gambar Masalah 10
Petikan Masalah 1.0 12
Lembaran Kerja 1.0 13
Kunci Jawapan 15

1
TINGKATAN 1: ASAS SAINS KOMPUTER
Pengajaran 1
Bidang Pembelajaran
Masa: 1 x 60 mins
1.0 Konsep Asas Pemikiran Komputasional
Penerapan Pemikiran
Standard Kandungan Komputasional:
1.1 Asas Pemikiran Komputasional  Leraian (Decomposition)
 Peniskalaan (Abstraction)
Standard Pembelajaran
Murid boleh:
1.1.1 Menerangkan teknik Leraian (Decomposition) dan
Peniskalaan (Abstraction) dalam pemikiran
komputasional untuk menyelesaikan masalah
1.1.2 Menyelesaikan sesuatu tugasan menggunakan
teknik leraian dan menentukan langkah secara
tertib
1.1.4 Membuat keputusan bagi menentukan aspek
penting dalam sesuatu permasalahan.

Bahan Bantu Mengajar (BBM)


Bahan untuk satu kelas
1. Puzzle 1.0
2. Lampiran 1.0
3. Gambar Masalah 1.0

Bahan untuk setiap kumpulan


1. Kertas lukisan A3/ kertas mahjong
2. Pen berwarna
3. Petikan Masalah 1.0

Bahan untuk setiap murid


1. Lembaran Kerja 1.0

Sumber Tambahan
1. Computational thinking:
http://primary.quickstartcomputing.org/resources/pdf/comp_thinking.pdf
http://www.bbc.co.uk/education/guides/zqqfyrd/revision
2. Contoh aktiviti di luar talian: https://studio.code.org/unplugged/unplug2.pdf

2 Pengajaran 1
Pelan Pengajaran

Masa Cadangan Aktiviti BBM/ Catatan


5 Minit Pengenalan dan set induksi BBM
Puzzle 1.0
1. Guru mengimbas kembali pengajaran lepas tentang empat teknik pemikiran komputasional yang digunakan untuk
menyelesaikan masalah di sekeliling kita.
2. Imbas kembali pengajaran lepas dengan aktiviti padanan “puzzle”, dalam kumpulan, untuk memastikan murid boleh
imbas kembali penggunaan keempat-empat teknik.
3. Setelah selesai aktiviti, terangkan kepada murid bahawa dalam pengajaran lepas, mereka menggunakan salah satu
teknik untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Untuk pengajaran hari ini dan seterusnya, mereka akan menggunakan
keempat-empat teknik untuk menyelesaikan satu masalah.

10 minit Teknik Leraian dan Peniskalaan BBM


 Lampiran 1.0

1. Dalam pengajaran ini, hanya 2 kemahiran asas akan dipelajari iaitu Leraian dan Peniskalaan. Penerapan
2. Teknik leraian ialah teknik yang memecahkan masalah yang besar kepada bahagian-bahagian kecil yang Pemikiran
mudah diselesaikan. Komputasional:
3. Teknik peniskalaan pula ialah teknik yang mengekstrak atau mengeluarkan maklumat yang penting  Leraian
daripada sesuatu masalah dan membuang maklumat yang tidak penting.  Peniskalaan
4. Guru menunjukkan satu rajah seperti di bawah kepada murid.

3 Pengajaran 1
Masa Cadangan Aktiviti BBM/ Catatan

Rajah di atas menunjukkan perhubungan Lim dengan rakan-rakannya di Facebook. Tetapan profil Lim
memastikan bahawa profilnya hanya boleh dilihat oleh rakan kepada rakannya, bermaksud perhubungan
3 orang sahaja. Bagaimanakah Facebook memastikan siapa yang tidak dapat melihat profil Lim?

5. Berikan peluang kepada murid untuk menjawab. Jika tidak, beritahu murid bahawa teknik leraian dan
peniskalaan boleh digunakan untuk menyelesaikannya.

Langkah 1: Peniskalaan: Perhubungan 3 orang sahaja yang penting, oleh itu, cari perhubungan dengan
orang yang keempat.

Langkah 2: Leraian: Lucia hanya mempunyai perhubungan terus dengan Dana, Monica, Peter, Jacob, Eve
dan Michael. Oleh itu, perhubungannya boleh dileraikan seperti berikut.

Lim- Deena- Siti- Jason


Lim- Misha- Anand- Jason
Lim- Prem- Anand- Jason
4 Pengajaran 1
Masa Cadangan Aktiviti BBM/ Catatan
Lim- Prem- Anand- Sui Ying
Lim- Prem- Chan- Sui Ying
Lim- Johan- Chan- Sui Ying
Lim- Johan- Lina- Ben
Lim- Eizaz- Lina- Ben
Lim- Eizaz- Johari- Ben

Langkah 3: Peniskalaan: Buang maklumat yang berulang. Nama orang keempat yang sama dibuang.

Lim- Deena- Siti- Jason


Lim- Misha- Anand- Jason
Lim- Prem- Anand- Jason
Lim- Prem- Anand- Sui Ying
Lim- Prem- Chan- Sui Ying
Lim- Johan- Chan- Sui Ying
Lim- Johan- Lina- Ben
Lim- Eizaz- Lina- Ben
Lim- Eizaz- Johari- Ben

Langkah 4: Penyelesaian: Jason, Sui Ying dan Ben tidak boleh melihat profil Lim.

6. Teknik leraian dan peniskalaan seperti di atas banyak digunakan oleh komputer untuk komputer untuk
mencari satu perkataan daripada berjuta-juta perkataan, menyelesaikan soalan matematik yang susah
dan pelbagai tugasan lain.

20 Minit Aktiviti kumpulan 1: Aktiviti Leraian BBM:


 Gambar masalah
1. Guru seterusnya menjelaskan bahawa untuk kelas hari ini, murid-murid diberikan tanggungjawab sebagai  Kertas lukisan
agen alam sekitar untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh Malaysia selama 3 tahun A3/kertas
berturut-turut, sehingga menyebabkan sekolah ditutup. Tunjukkan gambar-gambar masalah alam sekitar mahjong
yang dihadapi:  Pensel/pen
warna

5 Pengajaran 1
Masa Cadangan Aktiviti BBM/ Catatan
 2014- Banjir kilat Penerapan
 2015- Jerebu Pemikiran
 2016- Panas terik Komputasional:
 Leraian
2. Setelah menunjukkan gambar tersebut, tanya beberapa soalan untuk memulakan pemikiran dalam
kalangan murid:
i. Adakah anda hendak masalah-masalah ini berulang?
ii. Dapatkah kesemua masalah ini diselesaikan sebelum ini?
iii. Kalau kita fikirkan penyelesaiannya, dapatkah kita selesaikan masalah ini?

3. Guru mengingatkan kepada murid bahawa tujuan akhir pengajaran hari ini adalah untuk memahami
masalah yang diberikan supaya jalan penyelesaian boleh difikirkan untuk pengajaran seterusnya. Oleh itu,
setiap kemahiran yang mereka gunakan perlu menekankan tujuan memahami masalah tersebut.
4. Untuk aktiviti pertama, setiap kumpulan diberi masalah banjir kilat, jerebu atau cuaca panas. Murid perlu
membuat aktiviti leraian masalah dalam kumpulan
5. Masalah leraian ini boleh digambarkan dalam bentuk peta minda.
6. Leraian masalah ini tidak harus memiliki jalan penyelesaian masalah tetapi punca kepada masalah
tersebut berlaku dan akibat kepada persekitaran kita.
7. Setelah leraian masalah telah dibuat, kumpulan akan melekatkan peta minda mereka di sekeliling kelas,
untuk aktiviti “Learning Walk” sesama sendiri.
8. Guru menilai hasil kerja mereka untuk aspek leraian masalah.

15 Minit Aktiviti kumpulan 2: Teknik peniskalaan BBM:


1. Untuk aktiviti kedua, setiap kumpulan diberi petikan tentang masalah alam sekitar kumpulan masing-  Petikan Masalah
masing (Petikan Masalah 1.0) 1.0
2. Setiap kumpulan perlu membuat peniskalaan masalah dengan hanya mengeluarkan isi penting untuk  Kertas lukisan
memahami masalah tersebut bagi tujuan menyelesaikannya. A3/kertas
3. Sebarang maklumat penting boleh ditambah di atas kertas bentangan Leraian tadi. mahjong
4. Setelah semua kumpulan selesai mengenal pasti punca masalah daripada petikan mereka harus  Pensel/pen
membentangkan jawapan mereka di depan seluruh kelas. warna
5. Guru membuat penilaian kebolehan murid mengeluarkan isi penting untuk tujuan penyelesaian sahaja.
6. Setelah semua kumpulan habis pembentangan, guru meminta murid membandingkan kedua-dua teknik Penerapan
asas pemikiran komputasional. Tanyakan soalan berikut: Pemikiran
a. Apakah persamaan antara kedua-dua teknik ini? Komputasional:

6 Pengajaran 1
Masa Cadangan Aktiviti BBM/ Catatan
b. Apakah perbezaan antara kedua-dua teknik ini?  Leraian
7. Murid membincangkan kedua-dua soalan dalam kumpulan dan tuliskan jawapannya di atas kertas  Peniskalaan
pembentangan tadi.
8. Kertas pembentangan akan disimpan untuk pengajaran seterusnya.

10 minit Penilaian Individu BBM:


 Lembaran Kerja
1. Setiap murid diberikan Lembaran Kerja 1.0 memadankan kemahiran asas dengan aktivitinya, untuk 1.0
memastikan mereka faham maksud kemahiran asas tersebut.

10 minit Refleksi dan Penutup

1. Guru merumuskan pengajaran pada hari ini, dan memaklumkan bahawa cara penyelesaian untuk
masalah-masalah ini akan dipelajari pada pengajaran seterusnya.

7 Pengajaran 1
Cetak, potong setiap kotak secara berasingan dan
Puzzle 1.0 lamina untuk penggunaan semula

Murid dikehendaki memadankan situasi dan teknik pemikiran komputasional dibawah. Guru dikehendaki
cetak, potong setiap kotak secara berasingan dan lamina, cukup untuk setiap kumpulan di dalam kelas.

Dalam satu soalan matematik berkaitan pecahan,


Raina memecahkan soalan kepada beberapa Leraian
langkah sebelum menyelesaikannya.

Ketika membaca buku cerita, Kate hanya membaca


Peniskalaan
bahagian rumusan di akhir sekali untuk
mendapatkan isi pentingnya.

Kelas 1 Inovatif hendak merancang majlis


perpisahan guru kelas mereka. Leraian

Asfa sedang menjawab soalan peperiksaan Bahasa


Inggeris. Dia membaca petikan yang panjang dan Peniskalaan
menggaris isi penting sahaja.

Komputer polis boleh mengesan penjenayah


dengan menggunakan sistem yang mengenal pasti Pengecaman corak
cap jari.

Saiful pergi melancong ke negara Jepun dan


mendapati kebanyakan rakyat Jepun sungguh Pengitlakan
ramah mesra.

8 Pengajaran 1
Paparkan menggunakan komputer
Lampiran 1.0

9 Pengajaran 1
Sediakan gambar dibawah samaada untuk dipamerkan
Gambar Masalah 1.0 daripada computer riba atau dicetakkan di atas kertas.

Banjir Kilat 2014

Jerebu 2015

10 Pengajaran 1
Sediakan gambar dibawah samaada untuk dipamerkan
Gambar Masalah 1.0 daripada computer riba atau dicetakkan di atas kertas.

Cuaca Panas 2016

11 Pengajaran 1
Cetak dan potong keratan petikan dibawah untuk
Petikan Masalah 1.0 diberikan kepada setiap kumpulan.

Banjir Kilat 2014

Pada akhir tahun 2014, monsun timur laut menyebabkan hujan lebat yang berterusan sehingga
menyebabkan banjir kilat di kawasan timur laut Semenanjung Malaysia. Negeri-negeri yang terlibat
dalam banjir teruk ini ialah Kelantan dan Terengganu. Seramai 20,000 orang terpaksa berpindah dari
rumah yang banjir ke sekolah-sekolah yang menjadi kawasan perlindungan mangsa banjir. Ketika
mangsa-mangsa ini ditanya, mereka berkata bahawa hujan turun berminggu-minggu, dan ini
menyebabkan air yang disalurkan ke sungai melimpah dan menyebabkan banjir. Ada yang berpendapat
bahawa banjir ini ialah disebabkan oleh pembersihan hutan untuk tujuan pembangunan. Disebabkan
oleh kekurangan pokok untuk menyerap air, air hujan kekal dan bertakung di tanah. Ada juga yang
berpendapat bahawa pembuangan sampah ke dalam longkang dan sungai menyebabkan sumbatan
yang menjejaskan aliran air hujan. Banjir pada tahun ini ialah antara yang paling teruk dialami oleh
rakyat Malaysia. Disebabkan oleh kes ini, sekolah terpaksa ditutup selama seminggu pada minggu
pertama tahun 2015.

Jerebu 2015

Pada bulan Ogos dan September 2015, negara Malaysia dilanda kes jerebu yang amat teruk. Indeks
pencemaran udara mencecah sehingga 300 di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak dan kebanyakan
negeri di Semenanjung Malaysia mengalami indeks dalam lingkungan 150 sehingga 200. Keadaan yang
teruk ini menyebabkan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia ditutup selama beberapa hari. Jerebu ini
adalah disebabkan oleh pembakaran hutan dan tanah untuk tujuan pembangunan oleh pihak industri di
Indonesia. Asap dari pembakaran ini tersebar ke seluruh rantau Asia dan menjejaskan beberapa negara
di rantau ini. Kekurangan pokok untuk membersihkan kualiti udara juga menyebabkan jerebu ini
berterusan selama beberapa bulan dan menyebabkan masalah kesihatan yang kritikal.

Cuaca Panas 2016

Pada bulan Mac 2016, keadaan cuaca dunia meningkat, menyebabkan cuaca yang panas terik di
beberapa negara. Di Malaysia, suhu mencecah 35°C pada waktu tengah hari, dan 29°C pada waktu
malam. Suhu yang amat tinggi ini menyebabkan ramai rakyat yang jatuh sakit. Selain itu, cuaca yang
panas menyebabkan pembiakan nyamuk Aedes di beberapa kawasan di bandar raya Kuala Lumpur, yang
menyebarkan penyakit denggi kepada penduduk kawasan tersebut. Sinaran mata hari yang panas terik
pada waktu pagi sehingga petang mengelakkan aktiviti luar rumah dalam kalangan rakyat, dan ramai
juga yang tidak mempunyai pendingin hawa di rumah masing-masing. Apabila penduduk Malaysia
ditanya tentang pendapat mereka, ada yang risau akan pemanasan global yang semakin teruk. Ketika
ditanya sebab berlakunya keadaan ini, mereka berpendapat bahawa penebangan pokok yang berleluasa
dan penggunaan bahan kimia dalam udara, menyebabkan lapisan ozon semakin nipis, dan memanaskan
suhu dunia.

12 Pengajaran 1
Kenalpasti penggunaan teknik leraian
Lembaran Kerja 1.0 dan teknik peniskalaan.
Teknik Leraian dan Peniskalaan

1. Gambar rajah di bawah menunjukkan perjalanan ke dalam satu hutan di mana sekumpulan murid sekolah
telah hilang. Pasukan penyelamat dihantar ke dalam hutan tersebut untuk mecari murid-murid tersebut.
Seramai 21 orang pasukan penyelamat telah dihantar. Cara perjalanan pasukan penyelamat ialah sebegini:

a. Di setiap bahagian jalan yang berpisah kepada dua, pasukan tersebut akan pecah kepada dua dan
mengikut setiap jalan di kiri atau kanan.
b. Jika bilangan di dalam pasukan ialah nombor ganjil, mereka yang pergi ke kanan ialah lebih satu
daripada mereka yang pergi ke kiri.

Permulaan

Tugas murid ialah untuk mencari bahagian penamat yang mempunyai bilangan pasukan penyelamat yang
terbanyak. Gunakan teknik leraian untuk menunjukkan perjalanan pasukan tersebut.

13 Pengajaran 1
4. Berikan maksud dan satu contoh penggunaannya bagi yang berikut:

Leraian:

Peniskalaan:

5. Gambar rajah di bawah menunjukkan perjalanan Simon kepada salah satu destinasinya, A, B, C, dan D.
Dalam perjalanannya, dia tidak boleh patah balik dan perjalanannya harus menuju ke destinasinya di
bahagian kanan. Jika dia bercadang untuk mengambil jalan yang paling panjang untuk melihat bilangan
pokok yang terbanyak dalam perjalanannya, apakah jalan yang akan diambilnya dan dimanakah dia akan
sampai? Lukiskan perjalanannya di atas gambar di bawah dan tandakan destinasinya.

14 Pengajaran 1
Lembaran Kerja 1.0
Kunci jawapan

2.

Penamat dengan bilangan pasukan penyelamat yang terbanyak

2. Leraian: Leraian ialah teknik yang digunakan untuk memecahkan masalah yang besar kepada bahagian-
bahagian kecil yang mudah diselesaikan. Contoh aktiviti yang menggunakan teknik leraian ialah melabel
bahagian pokok, membina rangka karangan dan merancang lawatan ke sesuatu tempat.

Peniskalaan: Teknik peniskalaan ialah teknik yang mengekstrak maklumat yang penting daripada maklumat
yang tidak penting. Contohnya ialah membuat rumusan petikan

3. Jawapannya ialah A, dengan bilangan pokok sebanyak 9.

15 Pengajaran 1

Anda mungkin juga menyukai