Anda di halaman 1dari 2

Tuan/Puan

MEMOHON PENAMBAHBAIKAN CAPAIAN INTERNET DI SMK (L) METHODIST


SENTUL
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Untuk pengetahuan pihak tuan, pihak sekolah menghadapi gangguan
capaian internet yang sangat kritikal bermula November 2014. Pihak sekolah
telah pun membuat laporan ke Helpdesk 1Bestarinet. Namun, ianya masih tidak
dapat diselesaikan dengan baik. Setelah berbincang dengan Teknikal
1Bestarinet yang hadir ke sekolah, capaian internet adalah ditahap rendah (Low
Conectivity). Untuk pengetahuan pihak tuan juga, zoom berkenaan diletakkan di
Pejabat Sekolah dan disambungkan ke Papan Switch. Sekiranya capaian pada
tahap rendah ianya akan memberi kesan kepada hampir 90% kawasan sekolah.
3.
Oleh yang demikian, pihak sekolah ingin memohon jasa baik pihak tuan
untuk meluluskan pengaktifan Zoom ke-4 ( Spare Zoom ). Pihak sekolah juga
bercadang untuk menggabungkan dua zoom untuk meningkatkan capaian.
Objektif pihak sekolah adalah untuk menstabilkan sambil meningkatkan capaian
internet.
4.
Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan untuk membuat
penambahbaikan capaian internet ini dengan kadar segera didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(CHEW CHEAH YEE CHOO)


Pengetua ,
SMK (L) Methodist Sentul,
Jalan Sentul,

Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai