Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAMBAI

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAMBAI


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
(PEMBELAJARAN)
KM1 BUKIT RAMBAI, 75250 MELAKA
TEL : 06-3353137 FAX : 06-3353137

KERTAS KERJA

SEWAAN MESIN FOTOSTAT BAGI KEPERLUAN


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Kertas kerja ini dikemukan kepada:

En. Hashim bin Husin


Guru Besar
SK Bukit Rambai

Dengan Tujuan Untuk Memohon Peruntukan Kewangan


Seperti Yang Terkandung Dalam Kertas Kerja
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAMBAI

1. TUJUAN

Tujuan mengemukakan kertas kerja ini adalah untuk memohon peruntukkan


menyewa satu mesin pendua (fotostat) untuk kegunaan Program Pendidikan Khas
Integrasi (Pembelajaran), SK Bukit Rambai.

2. RASIONAL

Teknologi moden seperti mesin pendua digital (mesin fotostat) akan menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan dan
menjimatkan masa. Dengan menggunakan teknologi seperti mesin pendua digital,
proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, cepat
dan amat membantu mencapai objektif. Teknologi seperti ini juga amat diperlukan
bagi melicinkan dan melancarkan kerja-kerja pengurusan sesebuah organisasi.
Proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan Program Pendidikan Khas
Integrasi (Pembelajaran) juga memerlukan keperluan dan kemudahan alat teknologi
seperti ini.

2. MATLAMAT

Keperluan untuk menyediakan teknologi seperti mesin pendua digital ini bagi
meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan kepantasan bertindak dalam
menjalankan kerja-kerja pengurusan dan proses pengajaran dan pembelajaran.

3. OBJEKTIF

Dengan adanya teknologi moden seperti mesin pendua digital ini, diharap dapat:

3.1 Mempercepatkan kerja-kerja pengurusan PPKI


3.2 Dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang
lebih berkesan dan menarik
3.3 Penjimatan masa dan tenaga guru di mana pengajaran guru menjadi lebih
sistematik dan teratur
3.4 Keberkesanan hasil dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat
berlaku dengan lancar dan terancang
3.5 Guru lebih kreatif dan inovatif dengan menggunakan pelbagai kaedah
3.6 Keseronokkan belajar akan memberikan motivasi kepada murid mengikut
pengajaran dan pembelajaran
3.7 Murid akan lebih jelas tentang sesuatu konsep yang disampaikan oleh
guru
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAMBAI

4. SASARAN

Murid Berkeperluan Khas (MBK) dan pengurusan di Program Pendidikan Khas


Integrasi, SK Bukit Rambai.

5. SUMBER KOS

a. Jenis Kumpulan Wang : Kumpulan Wang Kerajaan


b. Peruntukan : Pendidikan Khas Integrasi
c. Butiran : LPBT

6. ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARAN
PERKARA KUANTITI HARGA/UNIT
PERBELANJAAN

1. Sharp Digital 1 RM 0.035 / Mengikut jumlah kiraan


Reprographic System per helai penggunaan mesin
pendua
(Details : Seperti di
lampiran) Contoh :
2000 helai x RM 0.035
untuk penggunaan
sebulan

JUMLAH KESELURUHAN RM 70.00

7. PENUTUP

Keperluan alat teknologi mesin pendua ini amatlah diperlukan bagi melancarkan
kerja-kerja pengurusan PPKI dan membantu mencapai matlamat dan objektif proses
pengajaran dan pembelajaran murid-murid bekerperluan khas di Program
Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Bukit Rambai. Justeru itu, besarlah
harapan kami agar kertas kerja ini mendapatkan kelulusan daripada pihak tuan.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

................................................... ..............................................
(Pn. Noranninah Bt Abu Bakar)
Penyelaras PPKI

Disahkan oleh;

..............................................

Anda mungkin juga menyukai