Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAMBAI

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAMBAI


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
(PEMBELAJARAN)
KM1 BUKIT RAMBAI, 75250 MELAKA
TEL : 06-3353137 FAX : 06-3353137

KERTAS KERJA

PEMBELIAN SATU SET KOMPUTER BAGI KEPERLUAN


MATA PELAJARAN
PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Kertas kerja ini dikemukan kepada:

Pn. Siah binti Kechut


Guru Besar
SK Bukit Rambai

Dengan Tujuan Untuk Memohon Peruntukan Kewangan


Seperti Yang Terkandung Dalam Kertas Kerja
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAMBAI

1. TUJUAN

Tujuan mengemukakan kertas kerja ini adalah untuk memohon peruntukkan membeli
satu set komputer bagi matapelajaran Pendidikan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi.

2. RASIONAL

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) Pendidikan Teknologi dan


Komunikasi dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di bilik darjah dapat
diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan
berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang
seimbang, berdikari dan berupaya menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.
Fleksibiliti dalam melaksanakan KSSRPK Masalah Pembelajaran memberi ruang
kepada aktiviti untuk meningkatkan kemahiran berfikir, penggunaan teknologi dan
penerapan nilai dalam memastikan pembangunan MBK secara holistik. serta
menghasilkan Murid Berkeperluan Khas yang berpengetahuan, berkemahiran,
berdikari, bersosialisasi dan mengamalkan nilai murni.

2. MATLAMAT

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) Pendidikan teknologi dan


Komunikasi digubal untuk memenuhi keperluan dan perkembangan individu bagi
membentuk MBK yang membolehkan murid mengaplikasi dan mengukuhkan
pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari, menggalakkan kreativiti dan
menyediakan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan serta menjana
pemikiran kritis dan kreatif, berinovatif dari pelbagai aspek pembelajaran dan
kehidupan

3. OBJEKTIF

Pembelian satu set komputer yang menjadi keperluan penting dalam matapelajaran
Pendidikan Teknologi dan Komunikasi ini adalah untuk aktiviti pembelajaran yang
terkandung dalam KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) Pendidikan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi agar murid boleh:

3.1 Menggunakan komputer untuk mencari, mengumpul, memproses dan


menggunakan maklumat khususnya bagi MBK yang akan menduduki
Penilaian Alternatif Sekolah Rendah (PASR).
3.2 Menggunakan komputer untuk memperoleh dan berkongsi maklumat.
3.3 Menggunakan komputer untuk menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan.
3.4 Menggunakan komputer untuk meningkatkan produktiviti dan
pembelajaran.
3.5 Menggunakan TMK untuk menjana idea dan maklumat secara kreatif dan
Inovatif.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAMBAI

4. SASARAN

Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Program Pendidikan Khas Integrasi (Tahap 2)


SK Bukit Rambai.

5. SUMBER KOS

a. Jenis Kumpulan Wang : Kumpulan Wang Kerajaan


b. Peruntukan : Pendidikan Khas Integrasi
c. Butiran : Matapelajaran (Tambahan)

6. ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARAN
PERKARA KUANTITI HARGA/UNIT
PERBELANJAAN

1. Acer Aspire 1 RM 2,599.00 RM 2,599.00


XC895-10100W105
with install Microsoft
Office 365

2. Monitor Samsung 1 RM 599.00 RM 599.00


Curved 24inch
JUMLAH KESELURUHAN RM 3198.00

7. PENUTUP

Keperluan terhadap satu set komputer di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
SK Bukit Rambai amatlah diperlukan. Ini bagi memastikan setiap waktu proses
pembelajaran dan pemudahcaraan dapat dijalankan dengan sebaiknya. Semoga
dengan kelulusan pembelian set komputer ini akan memudahkan Murid
Berkeperluan Khas (MBK) di Program Pendidikan Khas Integrasi SK Bukit Rambai
menjalani aktiviti pembelajaran matapelajaran Pendidikan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dengan lancar serta menarik minat MBK terhadap matapelajaran
Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) ke peringkat yang lebih
tinggi.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

................................................... ..............................................
(Pn. Noranninah Bt Abu Bakar)
Penyelaras PPKI

Disahkan oleh;

..............................................

Anda mungkin juga menyukai