Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN UNTUK KELENGKAPAN

LCD PROJEKTOR DI PRASEKOLAH ARIF SK SERI MAKMUR

1.0 PENGENALAN
Teknologi maklumat dan telekomunikasi ( ICT ) semakin memainkan peranan
penting dalamkehidupan kita sehari-hari. Melalui ICT dunia seolah-olah
berada dalam ruang lingkup yang amat sempit kerana ianya mudah dicapai
dan diteroka. Bagi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di prasekolah,
ICT perlu diintergrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan
berkesan, menarik, mencabar dan interaktif. Kajian Clements (1987) serta
Hough dan Ellis (1997) mendapati ICT boleh membantu kanak-kanak
menghasilkan sesuatu yang kreatif.

2.0 TUJUAN
Seperti sedia maklum kelas prasekolah tidak dibekalkan dengan peralatan
tersebut. Jadi kertas cadangan ini disediakan untuk pertimbangan pihak tuan
bagi memperoleh LCD Projektor, Skrin, Bluetooth speaker dan perlatan yang
berkaitan bagikegunaan multimedia di kelas Prasekolah Arif SK Seri Makmur.

3.0 MATLAMAT
Sejajar dengan perkembangan ICT dan penggunaan teknologi yang meluas
dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp) pada masa kini. Prasekolah Arif
SK Seri Makmur amat memerlukan LCD, Skrin dan lain-lain bahan multimedia
untuk kemudahan guru dan pelajar terutamanya dalam pdp ke arah abad ke-
21. Tambahan pula, SK Seri Makmur pada masa ini hanya mempunyai 2 LCD
yang tidak dapat berfungsi dengan baik. LCD itulah juga terpaksa dikongsi
untuk kegunaan Pdp di makmal komputer dan aktiviti-aktiviti sekolah.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran dan ini dapat


menjadikan pdp guru lebih menarik serta dapat menghilangkan rasa
mengantuk pelajar dengan menggunakan tulisan dan bunyi-bunyi yang
menarik.
4.2 Membawa sikap positif – mereka ada peluang luas dalam aktiviti
pembelajaran berbanding tradisional.
4.3 Meningkatkan penglibatan murid-murid dalam aktiviti-aktiviti yang telah
dirancang oleh sekolah melalui penggunaan sistem multimedia yang
lebih sistematik
4.4 Meningkatkan produktiviti sekolah dan menaikkan imej sekolah.
4.5 Mendedahkan kanak-kanak prasekolah SK Seri Makmur kepada minda
teknolgi.
4.6 Dapat menggunakan pelbagai media seperti grafik bunyi,audio dan
video

5.0 CADANGAN PEROLEHAN DAN ANGGARAN PERUNTUKAN


Bagi memperlengkapkan dan menaik taraf sistem multimedia di Prasekolah
SK Seri Makmur, perolehan perkakasan multimedia adalah seperti berikut:

BI PERALATAN ANGGARAN KOS


L
1 LCD Projektor – Epson EB-x05 RM 1899.00
2 Tripod Screen 6’ x 6’ RM 349.00
3 Bluetooth Speaker Portable RM 299.00
4 VGA Cable 10m RM 149.00
JUMLAH RM 2547.00

6.0 PENUTUP
Oleh itu, Prasekolah Sekolah Kebangsaaan Seri Makmur memohon
peruntukan sebanyak RM 2547.00 (DUA RIBU LIMA RATUS EMPAT PULUH
TUJUH RINGGIT SAHAJA ) bagi membeli dan melengkapkan peralatan
yang berkaitan dengannya bagi program dan aktiviti sepanjang tahun.
Disediakan oleh Disemak oleh

( NORAZIAN BINTI BAKAR ) ( MOHAMAD BAKRI BIN OTHMAN )


Setiausaha PIBG YDP PIBG
SK Seri Makmur SK Seri Makmur
LAMPIRAN
Epson EB-X05 XGA 3LCD Projector

WIDEN YOUR VIEW. STRETCH YOUR DOLLAR.


Ideal for the meeting and huddle rooms, the affordable Epson EB-X05 projector is a
multi-functional, packed with features and the perfect choice to present true-to-life
images. Captivating presentations are now possible with stunning colour and white
brightness of up to 3,300 lumens to ensure crystal clear images. The intuitive home
screen puts all commonly used functions together for easy selection.

 White and Colour Brightness at 3,300lm


 XGA resolution
 High contrast ratio of 15,000:1
 Horizontal keystone slider
 10,000 hours lamp life in eco-mode

Anda mungkin juga menyukai