Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR MENAIKI

KERETAPI KE DABONG DAN MINI ZOO, KUALA KRAI


TAHUN 2022
KELAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (BP) SK KOK LANAS

1.0 PENDAHULUAN
Berpegang kepada kata pepatah jauh berjalan luas pemandangan, banyak pengalaman,
maka KELAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (BP) SK KOK LANAS telah
bercadang untuk mengadakan satu program lawatan sambil belajar dengan menaiki keretapi
ke Dabong dan melawat Mini Zoo Kuala Krai. Selain daripada menjadi aktiviti wajib dalam
takwim tahunan kelas pendidikan khas, program lawatan sambil belajar ini juga merupakan
landasan penting untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada
murid-murid istimewa dalam menambah pengetahuan sedia ada mereka untuk menghadapi
kehidupan apabila semakin dewasa kelak . Melalui program ini, murid-murid diberi peluang
untuk meneroka dunia luar dan belajar bersosial dengan rakan-rakan dan masyarakat
sekitar.

2.0 RASIONAL
i.Menambah ilmu pengetahuan,kefahaman dan memperbanyak pengetahuan sedia ada
murid.
ii.Membina semangat berdikari dalam diri murid.
iii.Meningkatkan kemahiran sosial murid.

3.0 OBJEKTIF
i. Membuka minda murid dengan suasana dan pengalaman yang baru.
ii. Membina keyakinan diri murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar dan
masyarakat.
iii. Sebagai satu kaedah bagi guru dalam menilai keupayaan murid terutamanya dalam mata
pelajaran bahasa, kemahiran manipulatif, pengurusan diri dan tingkahlaku, matematik dan
sains alam sekitar.
iv. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang kenderaan darat.
v. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang haiwan dan bentuk muka bumi.
vi. Memberi peluang kepada murid untuk mengekspresi diri, menenangkan minda dan
beriadah sambil menimba ilmu.
vii. Mengaplikasi ilmu yang di pelajari di bilik darjah ke dunia luar.

4.0 DESTINASI
Daerah Dabong, Mini Zoo Kuala Krai

5.0 HARI, TARIKH MASA DAN TEMPAT


MAKLUMAT KENYATAAN
Tarikh 06 Oktober 2022
Hari Khamis
Masa 7.30 pagi 6.00 petang
Tempat Dabong, Zoo Mini Kuala Krai
6.0 KUMPULAN SASARAN
i. Murid, guru dan ibubapa Kelas Pendidikan Khas SK Kok Lanas
(rujuk lampiran)

7.0 JAWATANKUASA LAWATAN

i. JAWATANKUASA INDUK
JAWATAN NAMA
Penasihat Encik Khairul Faezi bin Alang Wahab ( Guru Besar SK Kok Lanas )
Pengerusi Encik Ab Rahim bin Yahya ( Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas)
Naib pengerusi Encik Azmie bin Mohamed Noor
Setiausaha Encik Suhaimi bin Zainuddin

ii. JAWATANKUASA PELAKSANA


JAWATAN NAMA
Bendahari Encik Suhaimi bin Zainuddin
Pengangkutan Encik Azmie bin Mohamed Noor
Disiplin dan Keselamatan Encik Nurul Fakhri bin Ali
Encik Ismail Ikram bin Ahmad
Puan Farhalina binti Ghazali
Puan Noraihan binti Othman
Dokumentasi dan Gambar Puan Noorazinie binti Abdul Halim
Puan Anita binti Md Nor
Makanan dan minnuman Puan Azma binti Ghani
Cik Nurannisa binti Rusdi
Puan Nor Azlina binti Hamzah

iii. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AJK PELAKSANA


JAWATAN NAMA
Bendahari Menerima wang pendapatan, kutipan dan
sumbangan.
Mengawasi perbelanjaan dan menyelaraskan
wang keluar
masuk
Pengangkutan Menghubungi pihak pengangkutan,
menguruskan bayaran, memastikan
bas mempunyai permit dan insurans serta
memastikan
kedudukan pelajar semasa di dalam
pengangkutan.
Keselamatan dan disiplin Mengawasi disiplin murid dan keselamatan
peserta sepanjang program berjalan.
Menyediakan plastik (sampah dan muntah)
serta first aid.
Memastikan kebersihan sepanjang
perjalanan dan lokasi
Makanan dan minuman Menguruskan makan dan minum peserta
lawatan sepanjang lawatan.
Jurugambar dan dokumentasi Menyediakan peralatan untuk
dokumentari/dokumentasi
(kamera, video) dan mendokumentasikan
aktiviti sepanjang program berlangsung
8.0 TENTATIF PROGRAM
MASA AKTIVITI
7.30 pagi Berkumpul di sekolah. Bertolak ke stesen
keretapi Tanah Merah
8.30 pagi Menaiki keretapi ke Dabong
10.30 pagi Tiba di Dabong, Melawat tempat menarik
di Dabong
12.00 tengahari Makan / Rehat
2.30 petang Melawat Zoo Mini Kuala Krai
3.30 petang Bertolak pulang ke sekolah
6.00 petang Tiba di sekolah

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL PERKARA DESKRIPSI JUMLAH
1 Tambang keretapi RM5 x 31 murid 155
2 Tambang bas RM1200 X 1 buah bas 1200
3 Makan pagi RM6 x 31 murid 186
4 Makan tengahari RM7 x 31 murid 217
5 Tiket Mini Zoo RM5 x 31 murid 155
JUMLAH BESAR RM1913

11. PENUTUP
Semoga dengan terlaksananya program ini diharap dapat memberi manfaat dan
pengalaman yang bermakna kepada murid-murid.

Disemak oleh :

……………………………
(AB RAHIM BIN YAHYA)
GPK Pendidikan Khas,
SK Kok Lanas, Kota Bharu.

Disahkan oleh :

……………………………
(KHAIRUL FAEZI BIN ALANG WAHAB)
Guru Besar,
SK Kok Lanas, Kota Bharu.

Anda mungkin juga menyukai