Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PERRASMIAN

TUAN HAJI ARBAIN PIN PINNI


PENGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU LANGAT

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP


PERTANDINGAN SUKAN KEMAHIRAN BOLA JARING
DALAM TALIAN MSSDHL 2021

6 SEPTEMBER 2021 (ISNIN)


2.30 PETANG
PELANTAR GOOGLE MEET

Bismillahir Rahmanir Rahim


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Terima Kasih Pengacara Majlis.

Yang Berusaha, Puan Kamisah binti Ali, Pengetua SMK Sultan Abdul
Aziz Shah, Integrasi, Kajang
Yang Berusaha, Pengawai-Pengawai PPD Hulu Langat
Yang Berusaha, Pengetua-Pengetua SMK Daerah Hulu Langat
Yang Berusaha, barisan Penolong Kanan Daerah Hulu Langat
Yang Dihormati, Pengerusi Teknikal Negeri
Yang Dihormati, Pengerusi Teknikal Daerah
Yang Dihormati, Barisan Panel Penilaian
Yang Dihormati, guru-guru Pengurus Pasukan sekolah menengah
Dan murid-murid yang dikasihi dan dirahmati sekalian.

1. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama mengucapkan kesyukuran


ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya jua kita dapat berhimpun
secara maya pada petang ini dalam Majlis Penutup Pertandingan
Kemahiran Sukan Bola Jaring Dalam Talian MSSDHL bagi tahun 2021.

1
2. Saya merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah (Integrasi)
Kajang kerana berjaya menguruskan dan melaksanakan sukan dalam
talian ini. Semestinya pengurusan pertandingan ini menuntut komitmen
padu dan pengorbanan semua pihak bagi memastikan kelancaran.
Tahniah dan Syabas kepada Pengetua dan pihak sekolah.

Hadirin dan anak-anak yang dikasihi sekalian,

3. Pertandingan ini merupakan wadah untuk terus memupuk budaya


bersukan dalam kalangan murid secara normal baharu. Pendedahan ini
perlu berterusan dan dilaksanakan secara sistematik supaya impaknya
dapat dikecapi oleh semua warga sekolah.

4. Analoginya, anak-anak yang menyertai pertandingan sukan dalam


talian ini merupakan permata yang perlu digilap sehingga menyinari
persada sukan negara. Kita perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan
normal baharu supaya bakat-bakat yang ada dalam diri anak-anak tidak
tenggelam dalam arus pandemik ini.

5. Selain itu, pertandingan ini juga merupakan wahana dalam mencari


dan menggilap bakat anak-anak yang serba mahir dalam pelbagai
kemahiran seperti ICT. Di samping itu, ia mengeratkan ukhuwah dalam
kalangan guru-guru yang sudah lama tidak bersemuka dan mengadakan
aktiviti secara bersama-sama. Kegiatan sukan ini sewajarnya menjadi
budaya rakyat Malaysia ke arah meningkatkan kesihatan dan kualiti
kehidupan.

2
6. Sesungguhnya, akal yang sihat hadir daripada badan yang cergas.
Kata-kata ini membuktikan bahawa pentingnya aturan hidup ini yang
disulami dengan aktiviti sukan yang akhirnya akan mengharmonikan
setiap perjalanan kehidupan kita.

7. Tidak dapat dinafikan, kemenangan memanglah penting dalam setiap


pertandingan tetapi yang lebih penting utama ialah mengambil bahagian
dan mengutamakan semangat kesukanan. Kepada yang menang,
sekalung ucapan tahniah dirakamkan dan kepada yang kalah jangan
cepat berputus asa, tidak mengapa kerana sesungguhnya jadikan
kekalahan hari ini sebagai satu titik permulaan ke arah kejayaan yang
lebih gemilang pada masa hadapan.

8. Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin sekali lagi merakamkan


setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada anak-anak sekalian.
Setiap murid di mata dan di hati seorang guru ialah permata bersinar
yang mempunyai kebolehan tersendiri. “ Ketahuilah bahawa pendidikan
anak-anak murid ini merupakan pelaburan jangka panjang dalam
konteks pembangunan sesebuah negara.”

9. Akhir bicara, saya mengucapkan terima kasih kepada semua warga


kerja SMK Sultan Abdul Aziz Shah (Integrasi) Kajang kerana telah
berjaya mengelolakan majlis ini dengan penuh tertib dan tersusun.
Marilah kita sama-sama memanjatkan syukur dan doa mudah-mudahan
Allah S.W.T akan terus melimpahkan rahmat perlindungan dan
peliharaan-Nya kepada kita dan negara Malaysia dengan naungan
keselamatan, keamanan dan kemajuan.

3
Saya dengan ini, menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup
Pertandingan Kemahiran Sukan Bola Jaring Dalam Talian MSSDHL
bagi tahun 2021.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai