Anda di halaman 1dari 5

_______________________________________

TEKS UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN


MAJLIS APRESIASI
PERTANDINGAN PEMBANGUNAN PROGRAM ADAB DAN NILAI
PERINGKAT DAERAH PPD PETALING PERDANA 2020/1441H.
_______________________________________

TARIKH:
1 Oktober 2020
MASA:
10.30 pagi
TEMPAT:
SMK Seksyen 18,Shah Alam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

1) YANG DIHORMATI
Ustaz Ismail bin Jaapar
Penolong Pengarah Unit Pembangunan Adab dan Nilai,
Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Selangor

2) YANG DIHORMATI
Puan Norizah binti Tukiman
Penolong Pengarah Unit Pembangunan Adab dan Nilai,
Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Selangor

3) YANG BERUSAHA
Puan Yasmin binti Kamarudin
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran,
PPD Petaling Perdana

4) YANG BERUSAHA
Ustaz Mohamad Fahim bin Mohamed Jamli
Penolong PPD Unit Pendidikan Islam, Sektor Pembelajaran
PPD Petaling Perdana

5) YANG BERUSAHA
Ustaz Ahmad Rifaei bin Salleh
Penolong PPD Unit Pendidikan Islam, Sektor Pembelajaran
PPD Petaling Perdana

6) YANG BERUSAHA
Ustaz Mahadir bin Nasri
Penolong PPD Unit Pendidikan Islam, Sektor Pembelajaran
PPD Petaling Perdana

1
Yang Dihormati,
AJK Jawatankuasa Pelaksana,
Urus setia , Jurulatih Teknikal ADNI serta Jurulatih Utama ,
Guru-guru Pembimbing,
Seterusnya Ketua-Ketua Panitia Sekolah Rendah dan
Menengah,
Tuan-tuan, puan-puan hadirin hadirat yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita panjatkan rasa syukur kehadrat Allah
s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kita dapat dipertemukan dalam
Bengkel MASTer Kejurulatihan dan Majlis Apresiasi Pertandingan Pembangunan
Program Adab dan NIlai Peringkat Daerah PPD Petaling Perdana Tahun 2020.

Saya doakan agar majlis ini sentiasa dilimpahi dengan keberkatan dan rahmat
dari Allah S.W.T di atas usaha kita selama ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan


terima kasih tahniah dan syabas kepada Unit Pendidikan Islam, Sektor Pembelajaran
PPD Petaling Perdana kerana berjaya menjalankan pertandingan ADNI di peringkat
daerah. Begitu juga ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada semua guru
pembimbing di sekolah, jurulatih teknikal, jurulatih utama dan urus setia dalam
menjayakan pertandingan ini dengan sempurna. Saya percaya komitmen guru-guru di
PPD Petaling Perdana adalah yang terbaik dan mudah-mudahan Allah s.w.t
mengganjari usaha tersebut.

2
Hadirin yang dimuliakan

Walaupun negara kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan


kerana pandemik covid-19, namun sektor pendidikan beroperasi sepenuhnya mulai
Julai. Oleh kerana itu, Bahagian Pendidikan Islam telah merangka satu mekanisme
yang baharu yang dapat memenuhi SOP KPM. Maka Pertandingan Pembangunan
Program Adab dan Nilai dilaksanakan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah
secara dalam talian. Matlamatnya jelas iaitu ilmu dan kemahiran di bilik darjah perlu
diterjemahkan dan diaplikasikan dalam bentuk pertandingan melalui media baharu.

Maka bermulalah guru-guru kenal apa itu rakaman digital tanpa suntingan,
kualiti audio, aplikasi google meet, kualiti capaian internet, green screen dan
sebagainya. Itulah yang dilalui oleh tuan-tuan dan puan-puan dalam memastikan
pertandingan di alam maya ini dapat dilaksanakan. Terima kasih diatas kesukaran ini.
Namun disebalik itu, kita belajar dan memanfaatkan teknologi kini.

Hadirin yang dimuliakan,

Dalam kesempatan ini saya nak memperingatkan kita semula tugas hakiki guru,
Ilmu Umpama Hujan

َّْ ْ ‫ل ْ َما ْبَعَث َ ِني‬


ْْ‫ّللاُْبِ ِْه ْ ِمن‬ َْ ‫سلَّ َْم ْقَا‬
ُْ َ ‫ل ْ َمث‬ َ ‫علَي ِْه ْ َو‬ َّْ ْ ‫صلَّى‬
َ ُْ‫ّللا‬ ْ ِ‫عنْ ْالنَّب‬
َ ِْ ‫ي‬ َ ‫عنْ ْأَبِي ْ ُمو‬
َ ْ ‫سى‬ َ
ً ‫اب ْأَر‬
ْ‫ضا ْفَ َكانَْ ْ ِمن َها ْنَ ِقيَّةْ ْقَ ِبْلَتْ ْال َما َْء‬ َ َ ‫ير ْأ‬
َْ ‫ص‬ ِْ ‫ث ْال َك ِث‬ ِْ َ ‫ال ُه َدى ْ َوال ِعل ِْم ْ َك َمث‬
ِْ ‫ل ْالغَي‬
َ ‫بْال َك ِث‬
ْ‫ير‬ ْ َ ‫فَأَنبَتَتْْال َك‬
َْ ‫ل َْ َوالعُش‬
ْ‫عوا‬ ُ ‫سقَواْ َوزَ َر‬ َ ‫اسْفَش َِربُواْ َو‬ َْ َّ‫ّللاُْبِ َهاْالن‬ َّْ ْ‫س َكتْْال َما َْءْفَنَفَ َْع‬ َ ‫ِبْأَم‬ُْ ‫َو َكانَتْْ ِمن َهاْأ َ َجاد‬
ْ‫ك‬َْ ‫ل ًْفَذَ ِل‬
ْ َ ‫لْتُن ِبتُْْ َك‬ َْ ‫لْتُم ِسكُْْ َما ًْءْ َو‬ َْ ْْ‫يْ ِقيعَان‬ َْ ‫طا ِئفَ ْةًْأُخ َرىْإِنَّ َماْ ِه‬
َ ْ‫صابَتْْ ِمن َها‬ َ َ ‫َوأ‬
ْْ‫ل ْ َمنْ ْلَمْ ْيَرفَع‬ ُْ َ ‫علَّ َْم ْ َو َمث‬ َّْ ْ ‫ّللا ْ َونَفَعَ ْهُْ َما ْبَعَثَنِي‬
َ ‫ّللاُْ ِب ِْه ْفَعَ ِل َْم ْ َو‬ ِْ ‫ل ْ َمنْ ْفَقُ ْهَْفِي ْد‬
َِّْ ْ ‫ِين‬ ُْ َ ‫َمث‬
‫ّللاْالَّذِيْأُر ِسلتُْْبِ ِْه‬ َِّْ ْ‫ساْ َولَمْْيَقبَلْْ ُه َدى‬ ً ‫كْ َرأ‬ َْ ‫بِذَ ِل‬
3
Daripada Abu Musa dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Perumpamaan petunjuk
(hidayah) dan ilmu yang Allah mengutusku dengan membawanya adalah seperti hujan
lebat yang jatuh ke bumi. Di antara tanah itu ada jenis yang dapat menyerap air
sehingga dapat menumbuhkan rerumput dan tumbuhan yang pelbagai. Ada pula tanah
yang keras tidak menyerap air hingga bertakungnya air sehingga dapat diminum oleh
manusia, haiwan ternak dan untuk menyiram tanaman. Ada juga permukaan tanah
yang berbentuk lembah yang tidak dapat menahan air dan juga tidak dapat
menumbuhkan tanaman. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama,
memahami agama Allah dan dapat memanfaatkan apa yang aku diutus dengannya, dia
mempelajarinya dan mengajarkannya. Begitu juga perumpamaan orang yang tidak
dapat mengangkat darjat (untuk berfikir) dan tidak mahu menerima hidayah Allah
dengan apa yang aku diutus dengannya (dia umpama tanah yang tidak menakung air
dan tidak subur)". (HR Bukhari No: 79) Status: Hadis Sahih
Semoga kita menjadi menjadi insan yang makin hari makin cemerlang dalam
mendidik anak-anak murid dan berkhidmat untuk negara.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan

Saya difahamkan penjenamaan baharu dan penambahan acara dalam


pertandingan program ADNI yang melibatkan 11 acara di sekolah rendah dan 16 acara
di sekolah menengah bertujuan untuk memperluaskan lagi skop acara yang
dipertandingan antaranya deklamasi sajak dan puisi. Perubahan ini berpusatkan
kemenjadian murid dalam meningkatkan kemahiran berbahasa, kepelbagaian
penyampaian dan tuntas dalam penghasilan idea secara bersopan.

4
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dimuliakan,

Dikesempatan ini saya ingin mengucapan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana kerana bertungkus-
lumus menjayakan majlis kita pada hari ini.

Saya dimaklumkan hampir 300 penyertaan peserta dari ke semua baki acara
yang dipertandingkan di peringkat daerah ini, ucapan syabas dan tahniah kepada para
pemenang pada hari ini. Semoga bakat anak-anak murid kita semua dapat digilap lagi
pada hari mendatang.

Tuan-tuan dan puan-puan berjaya meletakkan kepenatan dan pengorbanan


wang ringgit hanya semata-mata untuk menjulang bakat murid-murid pada hari ini.
Kegembiraan mereka kepuasan untuk kita. Tiada kata yang dapat diucapkan selain
ucapan jazakumullahu khairan, terima kasih dan semoga usaha cikgu-cikgu
menjadikan amal ibadah di sisi Allah s.w.t

Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim..saya merasmikan Majlis


Penutupan Bengkel MASTer Kejurulatihan dan Majlis Apresiasi Pertandingan
Pembangunan Program Adab dan NIlai Peringkat Daerah PPD Petaling Perdana
Tahun 2020.

Sekian,
“Wabillahitaufikwalhidayahwassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh”I

Anda mungkin juga menyukai