Anda di halaman 1dari 5

KATEGORI LELAKI SEKOLAH RENDAH

1. Surah al-baqarah ayat 261-271

Intisari:

Ayat-ayat tersebut menjelaskan tentang kepentingan membelanjakan harta di jalan Allah


dengan niat semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Harta yang
dibelanjakan itu mestilah harta terbaik yang bermanfaat kepada si penerima. Pemberian
tersebut juga tidak harus dilakukan dengan perasaan untuk menunjuk-nunjuk kepada
orang lain. Allah akan memberi ganjaran dan pahala kepada mereka yang membelanjakan
harta nya dengan niat yang ikhlas. Namun, mereka yang menafkahkan harta nya dengan
niat untuk menunjuk-nunjuk tidak akan mendapat sebarang balasan daripada Allah s.w.t.

2. Surah al-maidah ayat 6-15

Intisari.

Ayat-ayat tersebut menjelaskan tentang kepentingan menjaga kebersihan iaitu dengan


bersuci seperti wudhuk dan tayamum kerana sesungguhnya Allah s.w.t sangat mengasihi
orang yang bersuci dan menjaga kebersihan. Selain itu, kita perlu sentiasa mensyukuri
segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah dengan bertakwa kepada-Nya serta
mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan-Nya.

3. Surah al-isra’ ayat 70-79

Intisari.

Ayat-ayat tersebut menjelaskan tentang Allah s.w.t yang memberi kemuliaan kepada
umat manusia dengan memudahkan manusia untuk bergerak samada di daratan mahupun
di lautan. Allah s.w.t juga memberi pelbagai jenis nikmat kepada manusia serta
melebihkan manusia daripada makhluk yang lain dengan diberikan akal kepada nya.
4. Surah Toha ayat 15-24

Intisari.

Ayat-ayat tersebut menjelaskan tentang Allah s.w.t yang sengaja merahsiakan waktu
berlakunya hari kiamat supaya manusia sentiasa melakukan persiapan iaitu beriman
kepada Allah s.w.t serta mentaati segala perintah-Nya.

5. Surah al-anbiya’ ayat 1-10

Intisari.

Ayat-ayat tersebut menjelaskan tentang teguran Allah s.w.t terhadap golongan yang tidak
membuat persiapan bagi menghadapi hari kiamat iaitu hari dimana setiap amalan akan
dihitung serta dibalas dengan adil.
KATEGORI PEREMPUAN SEKOLAH RENDAH.

1. Surah al-baqarah ayat 178-187

Intisari.

i. Allah s.w.t mewajibkan orang-orang beriman supaya menjalankan hukuman Qisas


iaitu barangsiapa yang membunuh orang lain, maka wajib dibunuh balik terhadap
pembunuh.
ii. Diwajibkan juga kepada orang yang hampir meninggal dunia supaya berwasiat
untuk keluarganya jika dia mempunyai harta yang bakal ditinggalkan.
iii. Orang-orang beriman diwajibkan untuk berpuasa pada bulan ramadhan setiap
tahun. Walaubagaimanpun, terdapat keringanan diberikan kepada golongan
tertentu yang membolehkan mereka tidak berpuasa seperti musafir dan orang yang
sakit.

2. Surah an-nisa’ ayat 40-49

Intisari.

i. Setiap amalan manusia samada yang baik atau buruk pasti akan dihisab oleh Allah
s.w.t dengan adil. Hal ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t tidak berlaku zalim
terhadap manusia.
ii. Allah s.w.t melarang orang-orang beriman menunaikan solat ketika mabuk
sehingga mereka mengetahui perkara yang mereka katakan
iii. Jika tidak terdapat air, maka dibolehkan untuk bertayamum sebagai ganti kepada
wudhuk supaya dapat mengerjakan ibadat seperti solat dan membaca al-quran
iv. Allah s.w.t tidak akan mengampuni dosa syirik iaitu mempersekutukan Allah s.w.t
dengan sesuatu. Walaubagaimanapun, Allah s.w.t berkuasa mengampuni dosa-
dosa lain mengikut kehendak-Nya.
3. Surah al-furqan ayat 1-10

Intisari.

i. Allah s.w.t menyindir orang-orang kafir yang menyembah berhala-berhala ciptaan


mereka sendiri. Berhala-berhala tersebut langsung tidak boleh mendatangkan
sebarang manfaat dan mudarat kepada mereka.
ii. Orang-orang kafir telah menuduh bahawa al-Quran adalah rekaan Nabi
Muhammad s.a.w semata-mata. Walaubagaimanapun, dakwaan tersebut telah
disangkal oleh Allah s.w.t yang menegaskan bahawa Allah s.w.t yang Maha
Mengetahui menurunkan kitab suci itu.

4. Surah ar-rum ayat 17-26

Intisari.

i. Allah s.w.t memerintahkan kita supaya sentiasa berzikir dan bertasbih kepada-Nya
pada setiap masa samada pagi, petang mahupun malam.
ii. Antara tanda-tanda kehebatan dan keagungan Allah s.w.t adalah;
iii. Allah s.w.t menghidupkan yang telah mati serta mematikan yang hidup.
iv. Allah s.w.t menciptakan isteri dan anak-anak bagi kaum lelaki untuk saling
berkasih sayang antara satu sama lain.
v. Allah s.w.t mencipta langit dan bumi.
vi. Allah s.w.t menjadikan siang untuk manusia bekerja dan malam untuk manusia
tidur.
5. Surah al-ahzab ayat 59-68

Intisari.

i. Allah s.w.t memerintahkan Nabi s.a.w supaya menyuruh isteri-isterinya, anak-


anaknya serta wanita-wanita yang beriman menutup aurat dengan melabuhkan
pakaian masing-masing. Hal tersebut dapat menjadikan mereka mudah dikenali
sebagai wanita yang baik serta tidak diganggu oleh orang lain.
ii. Allah s.w.t sangat murka terhadap golongan yang suka menyebarkan berita-berita
palsu dengan menyediakan azab dan seksa kepada mereka.
iii. Persoalan mengenai waktu berlakunya hari kiamat hanya diketahui oleh Allah
s.w.t.
iv. Orang-orang kafir yang sentiasa melanggar perintah Allah s.w.t akan menyesal
kerana menerima balasan serta seksaan daripada Allah s.w.t iaitu dicampakkan ke
dalam api neraka selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai