Anda di halaman 1dari 6

Bismillah ..

puja dan puji dirafakkan ke hadrat Allah SWT atas karunia yangTAZKIRAH IHYA
RAMADHAN 1433H

TAZKIRAH 1: MOHONLAH KEAMPUNAN

Daripada Kaab Bin Ujrah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,Hadirlah
ke mimbar. Maka kami semua pun hadir. Apabila baginda naik satu anak tangga mimbar,
baginda berkata, amin dan apabila naik anak tangga yang kedua, baginda
berkata amin dan apabila baginda naik anak tangga yang ketiga baginda
berkata amin. Apabila baginda turun, kami telah bertanya, Ya Rasulullah! Hari ini
sesungguhnya kami telah mendengar dari Tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar.

Beliau bersabda, Sesungguhnya Jibril telah muncul kepadaku dan berkata :Binasalah dia
yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan. Maka aku berkata,
amin. Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata : Binasalah dia yang apabila
engkau disebutkan didepannya,tidak pula dia menselawatimu. Maka aku berkata,
amin. Apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata : Binasalah dia yang
mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang darinya telah tua tetapi mereka tidak
menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga. Aku berkata amin. [Riwayat Hakim dan
Ibnu Hibban di dalam sahihnya]

1. Bersegeralah bertaubat meminta keampunan daripada Allah SWT dan


berazam untuk tidak mengulangi dosa-dosa yang telah dilakukan itu
lagi. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, lagi Maha Pengampun. Tiada dosa dan
kesalahan yang tidak akan diampunkan-Nya, melainkan perbuatan syirik kepada-Nya. Oleh
itu, janganlah sesekali kita berasa sedih dan berputus asa terhadap-Nya. Selagi nyawa
dikandung badan, selagi itulah pintu taubat masih terbuka seluas-luasnya. Sabda Nabi
SAW, ertinya:
Demi nyawaku di tangan Allah, sekiranya kamu (manusia) tidak melakukan dosa,
nescaya Allah akan melenyapkan kamu dan mendatangkan satu kaum lain yang berdosa
lalu mereka menyesal dan meminta keampunan Allah, kemudian Allah akan
mengampunkan mereka[Riwayat Muslim, no 2749, 4/2106]

2. Perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan mulia, Rasulullah SAW terutamanya setiap


kali nama baginda SAW disebut. Firman Allah SWT yang acapkali dilafazkan oleh para khatib
di masjid-masjid ketika khutbah Jumaat;

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang


beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan
kepadanya. [al-Ahzab: 56]
Diriwayatkan bahawa makna selawat Allah kepada Nabi adalah pujian atas beliau di
hadapan para malaikat-Nya, sedang selawat malaikat bererti mendoakan manakala selawat
umatnya bererti permohonan ampun untuknya. (Demikian seperti disebutkan al-Bukhari dari
Abul Aisyah). [2]

3. Berbaktilah kepada kedua-dua ibu bapa kita sebelum terlewat.Hendaklah kita sentiasa
mengambil berat dan menjaga hati mereka lebih-lebih lagi tatkala usia mereka semakin lanjut.
Jangan sesekali kita berkasar terhadap mereka, kerana sesungguhnya tiada suatupun yang dapat
kita lakukan untuk membalas jasa-jasa yang telah mereka taburkan ke atas kita. Hanya Allah
sahaja yang mampu membalasnya. Wa iyazubillah, jangan sesekali kita menderhaka kepada
kedua-dua orang tua kita.
selamat menyambut Ramadhan pada tahun ini Mudah-mudahan kita beroleh keberkatan dan
istiqamah dalam beramal demi mencapai keredhaan-Nya. Ameen

TAZKIRAH 2: BONUS DAN TAWARAN ISTIMEWA DI BULAN RAMADHAN

Bulan ini bolehlah dianggap sebagai bulan bonus' dari Allah SWT sebagai rahmat bagi hamba-
hambaNya. Gandaan pahala di bulan dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan hadith
Qudsi yang menyebut : "Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh
hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas
untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan,
minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .

Cuba kita renungkan kembali, kerap kali kita akan merasa gembira apabila tiba hujung tahun bagi
mendapat bonus dari majikan kita Mengapa kita gembira bila mendapat bonus, gaji dan insentif?
Sudah tentu jawabnya kerana ; "dapat duit " .Mengapa kita seronok mendapat duit ? Jawabnya ;
kerana boleh membeli itu dan ini, bergaya dan lain-lain. Lalu berapa lamakah keseronokan
barang dan perkara yang dibeli tadi ?Sudah tentu jawabnya, bergantung kepada apa yang dibeli,
ada yang rosak cepat dan ada yang lambat. Jika demikian, jika barang itu lambat rosak, berapa
lamakah keseronokan itu akan berterusan? Jawabnya, paling panjang adalah sekadar kita masih
hidup sahaja.

Baiklah, selepas kematian adakah masih ada seronok? Jika tidak, maka apakah yang boleh
menyeronokkan kita selepas mati ? Jawabnya ; tidak lain tidak bukan adalah pahala dan amalan
yang dikumpul. Jika banyak dan berkualiti, semua matawang pahala itu akan memberi seribu
satu macam keseronokan berpanjangan sehingga satu tarikh yang hanya diketahui Allah s.w.t dan
ia pastinya amat panjang.

Jika demikian, mengapa tidak tercetus perasaan seronok menerima kehadiran Ramadhan
sebagaimana seronoknya kita menerima bonus atau insentif duit? Sedangkan Ramadhan adalah
bulan bonus untuk meraih pahala sebanyaknya, bulan dipermudahkan peluang untuk ke syurga
Allah s.w.t.
Justeru, niat yang ikhlas dan benar ketika melaksanakan kewajiban Ramadhan adalah kunci
kepada bonus' yang ditawarkan oleh Allah. Bermakna, barangsiapa yang berpuasa Ramadhan
bukan kerana Allah tetapi disebabkan oleh rasa malu kepada rakan-rakan, atau ter'paksa'
menuruti suasana atau hanya ingin menunjuk-menunjuk dan lain-lain sebab keduniaan, tiadalah
orang seperti ini layak mendapatkan bonus' dan tawaran istimewa pahala luar biasa' yang
ditawarkan oleh Allah.

Selain itu, pahala bonus' ini juga boleh tergugat dengan amalan-amalan keji bercakap buruk
seperti maki, mencarut, mengeji orang, mengumpat, memfitnah dan apa-apa yang berkaitan
dengan dosa lidah dan anggota juga akan menipiskan lagi ganjaran pahala seseorang walaupun ia
berniat benar ketika berpuasa. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith ertinya :
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka
tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan
minumannya" (Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 - Fath al-Bari).
Sekian, terima kasih.

TAZKIRAH 3 : BULAN IBADAH, BULAN MUJAHADAH, BULAN RAHMAH DAN BULAN


MAGHFIRAH

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah SWT- Tuhan semesta alam. Kita sangat-sangat
bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan kehendak-Nya, Dia telah memilih kita untuk sekali
lagi berada dalam bulan Ramadhan yang mulia, yakni masuk ke dalam universiti Ramadhan.

Kenapa dinamakan universiti Ramadhan? Kerana bulan ini merupakan bulan tarbiah, bulan
pendidikan, di mana jiwa-jiwa kita ditarbiah dengan undang-undang Ramadhan dan hati-hati
kita dimotivasikan dengan kelebihan-kelebihan atau fadhilat-fadhilat Ramadhan
Bukan senang nak masuk univerisiti, tapi kita pada hari ini Alhamdulillah syukur, dipilih oleh
Tuhan untuk sama-sama masuk university Ramadhan. Pendaftarannya cukup mudah, tak payah
bayar duit cuma niat saja sama ada niat setiap hari ataupun niat sebulan terus.

Bulan bertuah ini juga bolehlah disebut sebagai bulan ibadah. Boleh juga disebut sebagai bulan
mujahadah. Disebut juga bulan rahmah dan bulan maghfirah. Dan macam-macam lagi sebutan
yang baik-baik. Jangan kita sebut dengan yang tak baik sudahlah. Wuih nak mai dah bulan bala,
nak makan minum pun susah.

Jadi namanya bulan ibadah, bulan mujahadah, bulan rahmah, bulan maghfirah.Kenapa
dinamakan bulan ibadah? Kerana pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah
amal-amalan mereka. Kalau sebelum bulan Ramadhan dia malas nak beramal ibadah, tapi
apabila sampai saja bulan Ramadhan, biasanya amalan seseorang akan bertambah walaupun
sedikit. Betul tak? Jadi pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah amal-amalan
mereka. Ataupun dari segi hakikatnya untuk menambah pengabdian kepada Allah SWT.
Perkataan ibadah berkait rapat dengan perkataan abdi, berkait juga dengan perkataan abdullah.
Beribadah ni maksudnya berabdi kepada Allah. Macam mana cara berabdi kepada Allah?
Sebenarnya senang saja. Buat apa yang Dia suruh dan jangan buat apa yang Dia larang. Selain itu,
kita tambah dengan buat apa yang Dia suka, iaitu amalan-amalan sunat. Begitulah cara-cara
berabdi kepada Allah.

Kenapa dinamakan bulan mujahadah? Sebab pada bulan ini kita berperang melawan nafsu.
Sesiapa yang berlawan sungguh-sungguh dengan nafsunya, dia dikira mujahid. Kalau setakat
lawan sikit-sikit ni, taklah dinamakan mujahid, tidaklah dinamakan mujahadah. Kena bersungguh-
sungguh, baru dia dikira sebagai mujahid, barulah usahanya itu dinamakan mujahadah.

Perkataan mujahadah ini adik-beradik dengan jihad, iaitu satu usaha yang bersungguh-sungguh.
Secara khususnya dinisbahkan kepada berperang melawan musuh-musuh Islam tetapi secara
umumnya dinisbahkan kepada satu usaha yang bersungguh-sungguh. Mujahadah juga berkait-
rapat dengan mujahidin.

Kenapa dinamakan bulan rahmah? Sebab pada bulan ini rahmat Allah melimpah-ruah.
Kenapa dinamakan bulan maghfirah? Perkataan maghfirah ini berkait-rapat dengan perkataan
istighfar. Yang kita sebut lepas solat Astaghfirullahal azim tu istighfarlah. Istighfar maksudnya
minta ampun. Maghfirah maksudnya keampunan. Jadi bulan Ramadhan ini adalah bulan
keampunan. Pintu taubat, pintu keampunan terbuka seluas-luasnya. Terpulanglah kepada kita
sama ada hendak menggunakan kelebihan-kelebihan yang ada sepanjang bulan ini ataupun tidak.
Siapa tak mahu, rugilah.... pada bulan-bulan lain tak ada macam ni.

Sekian, terima kasih.

TAZKIRAH 4 : KESILAPAN MUSLIM DI BULAN RAMADHAN siri 1

Sebenarnya terdapat objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini
terbahagi kepada dua iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan
jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan'
ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang
perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh
Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali
tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang keperihatinan umat Islam kini. Antara yang
dimaksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja(bukan kerana uzur yang
diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur
seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan
dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang
hari itu. Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya.
Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan
(batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu
yang melakukan amalan ini terhalang dari
mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan
sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam.
Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam
Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan
oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat
Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan
menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika
waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

4) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak
sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama
demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk
makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat
bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti
ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr
Md 'Uqlah, hlm 278)

Bersambung di pertemuan akan datang....sekian, terima kasih.

TAZKIRAH 5 : KESILAPAN MUSLIM DI BULAN RAMADHAN siri 2

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang
benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak
kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala
puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu
kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak
mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, terutamanya solat subuh
berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah,
maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan


alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan dengan niat ibadat pastinya menambahkan
lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan
mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-
Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat
adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai
antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap
terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu,
fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di
masjid.
10) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang
kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa
sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut
Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih ) Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka
berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang
tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian , terima kasih.

TAZKIRAH 6 : BULAN RAMADHAN BULAN MELATIH SIFAT SABAR

Rasulullah sollallahualaihiwasallam bersabda, Allah berfirman, "Setiap amalan anak Adam ialah
untuk dirinya kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah untukKu dan Akulah yg akan membalasnya,
dan sesungguhnya bau mulut orang yg berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau al-misk
(kasturi)." Hadith Riwayat Bukhari.

Apabila seseorang berpuasa dengan ikhlas maka dia akan bersabar untuk menahan dirinya
daripada segala perkara yg membatalkan puasa. Dia perlu bersabar dengan semua kategori
kesabaran. 3 kategori sabar:

Kategori pertama: Sabar untuk melakukan ketaatan


Kategori kedua: Sabar untuk meninggalkan maksiat
Kategori ketiga: Sabar di atas ujian Allah yg menyakitkan

Ketiga-tiga kategori sabar terdapat di dalam ibadah puasa iaitu bersabar melakukan taat, bersabar
meninggalkan maksiat dan bersabar di atas ujian lapar, dahaga dan lemahnya tubuh badan kesan
daripada berpuasa. Bahkan Baginda bersabda dalam sebuah hadith yg dinilai sebagai hasan oleh
Imam Tirmizi, "Puasa itu sebahagian daripada kesabaran."

Allah berfirman dalam Surah az-Zumar ayat 10, "Sesungguhnya (Dia) memberi ganjaran kepada
orang-orang yg sabar dengan ganjaran yg tidak terhitung." Baginda juga bersabda, "Dan ia
(Ramadhan) bulan kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya syurga." Riwayat Ibnu Khuzaimah di
dalam Kitab Sahihnya.

Ayuh berpuasa, ayuh bersabar, ayuh ke syurga!

Anda mungkin juga menyukai