Anda di halaman 1dari 2

DOA HARI RAYA AIDILFITRI

.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Segala puji-pujian dan syukur, kami panjatkan kepada-Mu, Tuhan Yang Maha
Agung lagi Maha Mengetahui. Dengan rahmat-Mu kami memohon
pertolongan pada pagi yang barakah ini, bersempena dengan MAJLIS
SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
PETALING PERDANA TAHUN 2017M bersamaan 1438H. Semoga majlis yang
dirancang ini berjalan lancar dan mendapat keberkatan daripada-Mu

Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum


Pada pagi ini, kami berhimpun untuk meraikan majlis Hari Raya, yang disebut
sebagai hari kemenangan bagi ummat Islam yang telah berjaya menghadapi
segala cubaan dan dugaan melawan kehendak nafsu dengan keimanan,
ketabahan dan kesabaran sepanjang Ramadan yang telah berlalu.

Ya Allah Ya Shakur
Muliakanlah kami, bahagiakanlah kami, berkatilah setiap rezeki kami,
berjayakanlah setiap kerjaya kami, kayakanlah kami dengan harta yang halal,
kuatkanlah iman kami dan terimalah amal-amal kebajikan kami.

Ya Allah, kami memohon dariMu, Makmurkanlah kesepakatan kami ini dengan


limpahan rahmat kasihMu, Tautkanlah ikatan ukhuwwah dan silaturrahim antara
kami. Jauhilah kami dari segala sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat
keji dan segala yang membawa bencana kepada kami.

Ya Rahman Ya Rahim
Tiada daya upaya kami selain mengharapkan bantuan dan pertolongan-Mu.
Anugerahkan kejayaan,kemudahan dan keselamatan kepada seluruh warga
Pendidikan di Negeri Selangor khususnya PPD Petaling Perdana, guru-guru dan
murid-murid di daerah yang tercinta ini. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang
berkuasa atas segala sesuatu.




















Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati
dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan
dilindungi.

{



}

Anda mungkin juga menyukai