Anda di halaman 1dari 2

Ya Allah ya Tuhan Kami..

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana dengan izinMu Kami dapat menghadiri dan berkumpul bagi menjayakan Program Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 Sesi 2012 pada hari ini.

Maha Suci Engkau Ya Allah, Tuhan sekalian alam yang telah mengaturkan segalanya. Sesungguhnya pada hari ini kami berhimpun demi mendapat keredhoaanMu. Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahmat dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Mudah-mudahan maklumat yang akan diberikan pada Majlis Pendaftaran hari ini dapat memandu kami dan pelajar kami kearah kecemerlangan diri yang lebih gemilang. Jadikanlah anak didik kami ini pelajar-pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan untuk menigkatkan prestasi pelajaran. Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid Disaat ini juga kami rafakan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik, kokurikulum mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.


kami memohon kepadaMU kurniakanlah dan limpahkanlah kepada kami sekalian yang hadir ini nikmat kesihatan yang berpanjangan, ketenangan serta kesejahteraan rohani dan jasmani, kekuatan mental dan fizikal yang sentiasa menjana ke arah penerokaan ilmu yang dapat memberikan impak ke arah kemantapan akidah dan kegemilangan ummah.

Anda mungkin juga menyukai