Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA MAJLIS APRESIASI DAN GRADUASI PELAJAR

_____________________________________©™©_____________________________________

‫بِسْمِ اهللِ الَرّحْمَنِ الَّرحِيم‬


.‫ والعَاقِبَة ُلِلْمُتَّقِين والصالة على سيدنا محمد وعلى اله و أصحابه اجمعين‬, ‫الحمد هلل رب العالمين‬
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarga serta para sahabat Baginda sekalian.

‫يا هللا يا كريم يا َو ُدود‬


Kami merakamkan kesyukuran kepadaMu kerana dengan keizinanMu kami dapat menjayakan
Majlis Apresiasi dan Graduasi kali ke -65 SK Abang Ali tahun 2018.

‫يا هللا يا غنيُّ يا َحميد‬


Kami memohon kepadaMu, agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan sifat Rahman dan
RahimMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredaan dan
hidayahMu.
Disaat ini juga kami merafakkan tangan kehambaan mengharapkan ihsanMu agar Engkau teruskan
dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun
aspek pembinaan modal insan.

‫يا هللا يا أرحم الراحمين‬


Jadikanlah Ya Allah, pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini
sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar
yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi
mereka dalam bidang akademik mahupun keterampilan peribadi yang luhur. Malah kami
memohon daripadaMu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi
katalis dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah
keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama
sekolah ini.

ِ‫َر كُلِّهِ عَاجِلِهِ وآجِلِه‬


ٍّ ‫اللهم إِنَّا نَسْأَلُكَ من الخَي ِر كُلَّهَ عاجِلِهِ و آجِلِهِ ما عَلِمْنا منهُ ومالم نعلم ونعوذ بك مِن ش‬
.‫ما عَلِمْنا منه وما لم نعلم‬
‫حبه‬2‫ وصلى اهلل على محد وعلى آله وص‬.‫ربنا ءاتنا في الدنيا حسنة وفي األخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
.‫ والحمد هلل رب العالمين‬,‫و سلم‬

©™**/;’;SKAAli2018**™©

Anda mungkin juga menyukai