Anda di halaman 1dari 1

DOA PELANCARAN IHYA DAN INFAK RAMADAN

َ َ ّ َ ّ ُ ْ َ ْ َ ْ َّ
‫العال ِـم ْي َن‬ ‫ الحمد ِلل ِه ر ِب‬، ‫الر ْح َم ِن الر ِحي ِم‬
َّ ‫هللا‬ ْ
ِ ‫ِبس ِم‬
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Kami berhimpun pada hari ini kerana-Mu untuk mengisi seluruh ruang hidup
kami dengan ibadah sesuai dengan firman-Mu yang mulia:

. َ ‫العالَ ِمنْي‬
َ ‫ب‬ ِّ ‫ايت لِلّ ِه َر‬
ِ َ‫اي َومَم‬ ِ ‫ِإ َّن َ يِت‬
َ َ‫صاَل ْ َونُ ُسكي َوحَمْي‬
“Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku dan matiku hanya untuk-Mu ya Allah”.
Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang
sedikit mahupun nikmat yang melimpah ruah.

Bersempena Pelancaran Ihya’ dan Infak Ramadan kali ini, kami menadah tangan
dengan penuh pengharapan dan rendah diri agar kami dikurniakan kesihatan dan
kekuatan, jiwa yang tenang dan tenteram.

Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan
bertanggungjawab, tekad dan azam yang tinggi untuk terus berjaya serta dapat
menjalankan tugas sebagai hamba-Mu ya Allah.

Ya Allah, bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami, elokkanlah urusan
dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan.

Ya Allah, berkatilah kami, rahmatilah kami dan tekunkanlah kami dalam


melaksanakan ibadah puasa Ramadan. Perbaikilah segala keadaan dan akhlak
kami serta segala amal kami dalam berpuasa. Perbaikilah akhlak kami dengan
keberkatan Ramadan. Jadikanlah puasa kami mengikut segala puasa yang
dilakukan oleh Nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W.

Ya Allah, Kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati, kekuatan dan
kesabaran dalam menempuh dugaan di sepanjang bulan Ramadan yang penuh
keberkatan, penuh kerahmatan dan penuh keampunan.

ُ ‫اج َع ْل َج ْم َع َنا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما َو َت َف ُّر َق َنا م ْن َب ْعده َت َف ُّر ًقا َم ْع‬
‫ َر َّب َنا َءا ِت َنا ِفى‬.‫ص ْو ًما‬ ْ ‫الل ُه َّم‬َّ
ِِ ِ
َ َ َ َ َ َ َ َ ُ َّ َ َ َّ ‫اب‬ َ ‫الد ْن َيا َح َس َنة َوفى ْاآلخ َرة َح َس َن ًة َوق َنا َع َذ‬ ُّ
‫وصلى هللا على س ِّي ِدنا ُمح َّم ٍد وعلى َء ِال ِه‬. ‫الن ِار‬ ِ ِ ِ ِ
َ ْ ْ َّ
.‫ َوال َح ْم ُد ِهللِ َر ِّب ال َعال ِـم ْي َن‬.‫ص ْح ِب ِه َو َسل َم‬
َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai