Anda di halaman 1dari 2

‫الر ِح ْي ِم‬

َّ ‫الر ْح َم ِن‬َّ ‫اهلل‬ِ ‫بِس ِم‬


ْ
‫َأص َحابِِه‬ ِِ ٍ ِ َّ ‫العاقِبَة لِْل ُمت َِّقنْي َ َو‬ ِ ‫ب‬ ِ
ْ ‫السالَمُ َعلَى َسيِّدنَا حُمَ َّمد َو َعلَى آله َو‬ َّ ‫الصالَة َُو‬ َ ‫ َو‬, َ ‫العالَمنْي‬
َ ِّ ‫اَحْلَ ْم ُد هلل َر‬
ِ
َ ‫َأمْج َعنْي‬
Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu pemeliharaan dan keamanan dalam


memasuki bulan Ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi. Bersempena Majlis
Sambutan Ihya Ramadan Surau SMT Sejingkat pada tahun ini, kami menadah tangan
dengan penuh pengharapan dan rendah diri agar kami dikurniakan kesihatan dan kekuatan,
jiwa yang tenang dan tenteram. Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas,
amanah dan bertanggungjawab, tekad dan azam yang tinggi untuk terus berjaya serta dapat
menjalankan tugas sebagai hamba-Mu ya Allah.

Ya Allah, Yang Maha Esa Lagi Maha Perkasa

Ya Allah, berkatilah kami, rahmatilah kami dan tekunkanlah kami dalam melaksanakan
ibadah puasa Ramadan yang bakal tiba nanti. Perbaikilah segala keadaan dan akhlak kami
serta segala amal kami dalam berpuasa Ramadan. Panjangkanlah usia kami dengan
keberkatan Ramadan. Perbaikilah akhlak kami dengan ketibaan Ramadan. Jadikanlah puasa
kami mengikut segala puasa yang dilakukan oleh Nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W.

Ya Allah, Ya Fattahu Ya Alim,

Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadan yang bakal menjelang tidak beberapa hari
lagi. Kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati, kekuatan dan kesabaran
dalam menempuh dugaan di sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan, penuh
kerahmatan dan penuh keampunan itu nanti. Kau permudahkan segala urusan kami dalam
melaksanakan program bagi menghidupkan suasana ramadhan yang diberkati. Semoga nanti
kami berpeluang melaksanakan ibadah dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan bagi
merebut seribu ganjaran yang telah engkau janjikan.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Ya Allah , jadikanlah pertemuan secara maya kami ini sebagai pertemuan yang diberkati dan
dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau
pelihara daripada bahaya dan keburukan.

َ‫ َوال‬، ‫ َوتَفَرُّ قَـَنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه تَفَرُّ قا ً َم ْعص ُْو ًما‬، ‫اَللَّهُ َّم اجْ َعلْ َج ْم َعنَا هَ َذا َج ْمعًا َمرْ ح ُْو ًما‬
. ‫طر ُْودًا َوالَ َمحْ ر ُْو ًما‬ ْ ‫تَجْ َع ِل اللَّهُ َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َم ْن يَ ْتبَ ُعنَا َشقِيًّا َوالَ َم‬
‫صلَّى هللاُ َعلَى‬ َ ‫اب النَّار ِ َو‬ َ ‫األخ َر ِة َح َسنَة ًَوقِنَا َع َذ‬ ِ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح َسنَة ً َوفِي‬
‫ َو ْال َح ْم ُدهَّلِل ِ َربِّ ال َعالَ ِمي َْن‬، ‫صحْ بِ ِه َو َسلَّ َم‬
َ ‫ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬

Anda mungkin juga menyukai