Anda di halaman 1dari 2

‫الر ِح ْي ِم‬

َّ ‫الر ْح َم ِن‬ ِ ‫بِس ِم‬


َّ ‫اهلل‬ ْ
‫الحمد هلل رب العالمين حمدا يوافى نعمه ويكافئ مزيده يارنا لك الحمدكما ينبغي‬
‫لجالل وجهك الكريم وعظيم سلطانك اللهم صل وسلم على سيدنا محمد صالة‬
‫تنجينا بها من جميع األهوال واآلفات وتقضي لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا بها من‬
‫جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات وتبلغنا بها أقصى الغايات من جميع‬
.‫الخيرات في الحياة وبعد الممات وعلى ءاله وصحبه أجمعين‬
Ya Allah Engkaulah Pemilik Langit dan bumi .
Kami berhimpun pada hari ini merafak sujud, mengirim doa, memohon restu, menyatakan
setinggi-tinggi kesyukuran pada Mu atas segala nikmat kurniaan yang tidak ternilai. Engkau
maha mengetahui ya Allah, sepanjang tahun 2022 ini, kami telah berusaha sedaya upaya
melaksanakan tugas mendidik anak bangsa sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara,
menyampaikan ilmu berdasarkan sukatan pelajaran, berusaha memabantu anak murid kami
memahami konsep ilmu yang tersirat di sebalik yang tersurat bagi melahirkan hamba-hamba
yang taat kepada agama Mu.
Justeru itu ya Allah, kami mohon agar Engkau ampunkan dosa kami sekiranya kami tersilap dalam
memberi makna, tersalah dalam menghurai fakta, terlanggar batas tutur kata dan adab bicara, tersasar dari
landasan kebenaran, tersalah anggap terhadap anak didik kami dan kurang memahami kehendak mereka
serta tidak berupaya menarik minat mereka supaya cintakan ilmu yang menjadi tugas utama profesion
kami.

‫ال لِ َما يُ ِريْد‬


ُ ‫يَا َف َّع‬
Sekiranya usaha selama ini tidak setimpal dengan apa yang sepatutnya kami curahkan, kami
memohon keampunan Mu ya Allah, berkatilah rezeki kami, halalkanlah pendapatan kami dan
sekiranya masih berkurangan, sudi apalah kiranya ya Allah Engkau tampungkan dengan ibadat-
ibadat sunat serta amalan kebajikan yang kami kerjakan.

‫يَا اَهلل ُ يَا َش ُك ْو ُر‬


Kami mohon kepada Mu ya Allah ya Rahim, Engkau tunjukkan kami jalan yang benar, tetapkan iman
kami, tambahkan kecintaan kami kepada agama Mu, hidupkan kami dengan perasaan kasih ukhuwwah
Islamiyyah, Engkau satukan hati kami, kukuhkan perpaduan antara kami, jadikan kami para guru yang
mampu berbincang tanpa berbalah, berbeza pendapat tanpa sengketa, mempunyai jalinan kerjasama yang
utuh serta jauhkan kami dari sifat-sifat mazmumah, dengki-mendengki terhadap pencapaian sesama
sendiri, bermusuh-musuhan dan berpaling muka, tindas-menindas demi kepentingan diri sendiri,
‫‪sebaliknya Engkau campakkan ke dalam hati-hati kami perasaan ingin membantu agar yang ringan dapat‬‬
‫‪dijinjing dan segala yang berat dapat dipikul secara bersama demi kecemerlangan organisasi kami.‬‬
‫‪Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan‬‬
‫‪kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi serta mendapat pengampunan‬‬
‫‪daripada Mu.‬‬

‫ِ ِِ‬
‫ص ْو ًما ‪َ ،‬والَ تَ ْج َع ِل‬ ‫اَللَّ ُه َّم ْ‬
‫اج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما ‪َ ،‬وَت َف ُّرقَـَنَا م ْن َب ْعده َت َف ُّرقاً َم ْع ُ‬
‫اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َم ْن َي ْتَبعُنَا َش ِقيًّا َوالَ َمط ُْر ْو ًدا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما ‪.‬‬

‫اخ ُرهُ َو َخ ْي َر َأ ْع َمالِنَا َخ َواتِ ُمهُ َو َخ ْي َر أيَّ ِامنَا َي ْو َم ألْ َق َ‬


‫اك فِ ْي ِه‬ ‫اللَّه َّم اجعل َخير َأ ْعما ِرنَا ء ِ‬
‫ُ َْ ْ َْ َ َ‬
‫ان َوالَ تَ ْج َع ْل فِ ْي قـُلُ ْوبِنَا ِغالًّ لِلَّ ِذيْ َن‬
‫اللَّ ُه َّم ا ْغ ِفرلَنَا ذُ ُنوبنَا وِإل ْخوانِنَا الَّ ِذيْن سب ُقونَا بِاِإل يْم ِ‬
‫َ‬ ‫َ ََ ْ‬ ‫َْ َ َ‬ ‫ْ‬
‫ف َر ِح ْي ٌم ‪ ,‬ربنا ءاتنا فى الدنيا حسنة وفى اآلخرة حسنة وقنا‬ ‫َء َام ُن ْوا َر َّبنَاإنَّ َ‬
‫ك َرءُ ْو ٌ‬
‫عذاب النار‪ ,‬وأدخلنا الجنة مع األبرار يا عزيز يا غفار يا رب العالمين‪ ,‬وصلى اهلل‬
‫وسلم على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه أجمعين‪ ,‬والحمد هلل رب العالمين‪.‬‬

Anda mungkin juga menyukai