Anda di halaman 1dari 2

Doa Perasmian Mesyuarat

‫بسم اهلل الرمحن الرحيم‬


‫ اللهم صل‬. ‫ يا ربنا لك احلمد كما ينبغي جلالل وجحك وعظيم سلطانك‬، ‫ محدا يوايف نعمه ويكافئ مزيده‬، ‫احلمد هلل رب العاملني‬
‫وسلم على سيدنا حممد وعلى آل سيدنا حممد‬
‫اللهم يا بديع السموات واألرض يا ذااجلالل واإلكرام‬

Pada hari dan saat ini, dengan rasa rendah diri, kami bermunajat memohon taufik dan
hidayahMu Ya Allah. Jadikanlah Taklimat Program Mentor Mentee UNISEL Bersama-
sama PPD sekolah terpilih daerah Kuala Selangor ini sebagai majlis yang Engkau
redhai dan berkati.

‫اللهم يا ارحم الرمحني‬

Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang, berikanlah kami kekuatan dan
kemampuan, agar dapat mempergunakan seluruh tenaga dan idea pemikiran kami, bagi
menjana satu nafas baru untuk sama-sama berkongsi ilmu dan maklumat, saling
bertukar-tukar pendapat, dengan kata-kata yang sepakat, membuat keputusan yang
tepat, sentiasa bersilaturrahmi dan bermuafakat, sentiasa mesra dan erat, moga kami
mendapat berkat dah rahmat, moga kami mampu menangani keperluan dan tuntutan
semasa, selari dengan ajaran petunjukMu dan Sunnah pesuruhMu baginda Nabi
Muhammad SAW.

‫اللهم أنت اجمليب املستعان‬

Wahai tuhan yang sebaik-baik perancang dan sebaik-baik pemberi keputusan, Engkau
gembelingkanlah seluruh tenaga kami Ya Allah, untuk menggempur anjakan pemikiran
dan sikap dikalangan kami, agar bersedia membuka tingkap minda, untuk menerima
segala perubahan. Cetuskan idea dan gerakkan minda kami, untuk terus menjana
kecemerlangan khususnya dalam bidang Pendidikan dan dalam bidang-bidang yang lain
amnya..

‫اللهم يا غين يا محيد‬

Wahai Tuhan yang Maha kaya lagi Maha terpuji, Kurniakanlah kepada kami akal yang
waras dan sihat, semoga kami dapat menyumbangkan idea-idea yang bernas, idea-idea
yang berfaedah buat manfaat seluruh ummat. Terimalah segala kerja dan khidmat bakti
kami sebagai amal ibadat yang Engkau redhai, semoga hasil usaha dan kejayaan kami,
dapat dirasai dan dinikmati oleh seluruh umat manusia dalam membina umat yang
cemerlang demi memartabatkan agama, bangsa dan Negara di persada dunia.

‫اللهم أنت الغفور الرحيم‬

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibubapa kami, dan dosa-dosa
orang mukminin dan mukminat samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal
dunia. Hidupkan kami dalam keadaan beriman, matikan kami dalam keadaan beriman
serta masukkan kami ke dalam SyurgaMu dengan keadaan beriman.
‫اهلل أحد مل يلد ومل يولد ومل يكن له كفوا أحد‬

Ya Allah, satukanlah hati-hati dan jiwa-jiwa kami, anugerahkanlah kepada kami nikmat
iman dan Islam, kesihatan dan keselesaan, keselamatan dan keamanan, kekayaan dan
kesenangan, kesepakatan dan kesatuan, perpaduan dan persefahaman, nikmat
kejayaan dan kecemerlangan, kesabaran dan kesyukuran.

َ‫ َوالَ جَتْ َع ِل اللَّ ُه َّم فِْينَا َوال‬، N‫ص ْو ًما‬ ِِ ِ


ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
ُ ‫ َو َت َفُّرقَـَنَا م ْن َب ْعده َت َفُّرقاً َم ْع‬، ‫اج َع ْل مَجْ َعنَا َه َذا مَجْ ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬
. ‫َم َعنَا َوالَ َم ْن َيْتَبعُنَا َش ِقيًّا َوالَ َمطُْر ْو ًدا َوالَ حَمْ ُر ْو ًما‬
Allahumaj’al jam’ana haza jam’an marhuma, Wa tafarruqanna min ba’dihi wa tafaruqan (
)ma’suma, Wala Maana Wala Man Yatba’Una Saqiya Wala Matruda Wala Marhuma
Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang
Engkau Rahmati dan perpisahan kami selepas dari majlis ini, sebagai perpisahan yang
.terpelihara daripada sebarang bala bencana dan kemaksiatan

ِ ِ ُّ ‫اللهم َربَّنَا ءَاتِنَا يِف‬


َ ‫الد ْنيَا َح َسنَة ً َويِف األخَر ِة َح َسنَة ًَوقنَا َع َذ‬
ِ ‫اب النَّار‬

َ ‫العالَ ِمنْي‬
َ ِّ ‫ َواحْلَ ْم ُدلِلَّ ِه َر‬، ‫ص ْحبِ ِه َو َسلَّ َم‬
‫ب‬ ِِ ٍ
َ ‫َصلَّى اهللُ َعلَى حُمَ َّمد َو َعلَى ءَاله َو‬
َ‫و‬

Anda mungkin juga menyukai