Anda di halaman 1dari 2

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,

Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas


iradat dan qudrat-Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk
berhimpun pada pagi yang ceria dan bersejarah ini…kami dengan rendah diri
memohon restu dan perkenan, agar engkau anugerahkan kesejahteraan,
taufiq dan hidayahmu, serta kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada
kami terutamanya kepada Pn. Hjh. Fautika Wahid yang menamatkankan
perkhidmatan beliau sebagai seorang guru.

Sesungguhnya kami warga SMK Keningau dengan berat hati dan penuh
kepiluan untuk melepaskan beliau dan terasa sekali kehilangannya. Jesteru,
kami iringi persaraan beliau dengan doa dan harapan semoga Engkau
anugerahkan kepadanya nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan
bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan dan kesejahteraan,
ketenteraman dan ketenangan yang berpanjangan.

Allahumma Ya Munzilar Rahmah wa Ya Fatihal Barakah.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya ganjaran, syafaat dan


keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan
sepanjang bergelar sebagai seorang guru…Ya Allah jikalau sebelum ini beliau
umpama lilin menyinari orang lain, kini tiba masanya kau terangi pula
kehidupannya dengan hidayah dan taufikmu. Jadikanlah pengalaman suka
duka puluhan tahun perkhidmatannya yang dinokhtahkan di sekolah ini
sebagai detik paling bersejarah dan kenangan yang terindah sepanjang
kehidupanya. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran
dan balasan kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus
asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan ibu
yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi
kecemerlangan anak bangsa.

Mudah-mudahan segala jasa pengorbanan, khidmat bakti dan tunjuk ajar


beliau, Engkau catatkan sebagai satu amal jariah disisiMu dan menjadi
pendorong untuk guru2 meneruskan perjuangan sebagai seorang insan
pendidik.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat

Ya Allah, Ya Tuhan kami….kau masukkan beliau dan kami di kalangan


hamba-hambamu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami daripada
melanggari perintahmu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan dan
kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras dan cerdas, rezeki yang
halal dan berkat, zuriat yang beriman serta anugerahkan kami segala
kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Ya Hayyu ya Qayyum Ya Zal Jalali Wal Ikram

Jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah


perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.

ْ‫ َوالَ َتجْ َع ِل اللَّ ُه َّم ِِ ْْ َنا َوالَ َم َع َنا َوالَ َمن‬،‫ َو َت َفرُّ َقـَ َنا مِنْ َبعْ ِد ِه َت َفرُّ قا ً َمعْ ص ُْومًا‬،‫اَللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َجم َْع َنا َه َذا َجمْ عً ا َمرْ حُ ْومًا‬
‫َْ ْت َب ُع َنا َشقِ ًّْا َوالَ َم ْطرُ ْو ًدا َوالَ َمحْ رُ ْومًا‬
‫اب ال َّنار‬ َ ‫ِِ َر َّب َنا َءا ِت َنا ِِي ال ُّد ْن َْا َح َس َنة ً َوِِي األَخ َِر ِة َح َس َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬
‫العالَ ِمْ َْن‬ ِ َّ ِ ‫ َو ْال َحمْ ُد‬،‫صحْ ِب ِه َو َسلَّ َم‬
َ ِّ‫َلِل َرب‬ َ ‫صلَّى هللا ُ َعلَى َس ِّْ ِد َنا م َُح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai