Anda di halaman 1dari 2

DOA PENGANTIN

ِ ‫بِس ِْم هللاِ الرَّحْ َم ِن الر‬


‫َّحي ِْم‬
َ ‫سالَ ُم َع َلى‬
‫س ِّي ِد َنا ُم َح َّم ٍد‬ َّ ‫الصالَة َُوال‬ َّ ‫العاقِ َبة لِ ْل ُم َّتقِ ْينَ َو‬
َ ‫ َو‬, َ‫العا َل ِم ْين‬ ِ ‫اَ ْل َح ْم ُد‬
َ ‫هلل َر ِّب‬
‫َو َع َلى آلِ ِه َوأَصْ َحابِ ِه أَجْ َم ِعي َْن‬
Allahumma Antal Azizul Jalil,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada Mu kerana telah mengizinkan kami


untuk berada dan menghadiri Majlis Sempena Pernikahan pasangan mempelai
Abdul Ghani bin Selbi dengan pasangan pilihan hatinya Anis Shazwani binti
Dato’ Mohamed Asri pada hari yang berbahagia dan bermakna ini.

Ya Allah Ya Rahim,

Kami merasa sungguh bertuah kerana dikunjungi oleh tetamu yang amat
dialukan kehadiran mereka, moga-moga kehadiran mereka akan menambah
seri dan menyemarakkan keberkatan majlis ini. Berkatilah tuan majlis ini,
kurniakanlah kepadanya seisi keluarga kemurahan rezeki yang halal dan
hindarilah mereka daripada sesuatu yang haram.

Ya Allah Ya Mu’allafata Baina Qulubil Insan,

Limpahkanlah lembayung rahmat dan rahimMu kepada pasangan Raja Sehari


yang kami raikan pada hari ini. Sesungguhnya pernikahan ini satu ikatan suci
dan luhur, ikatan yang menyatukan dua hati yang berbeza fitrah dan nalurinya,
maka Engkau peliharalah ikatan ini dan kurniakanlah kesabaran dalam
menghadapi cabaran. Dan Kurniakanlah jua rahmat dan rahimMu kepada
pasangan suami isteri ini ketenangan jiwa ( sakinah ) sebagaimana Engkau
janjikan dalam kitab Mu, juga kurniakanlah kepada mempelai ini sifat kasih
sayang menghadapi cabaran rumahtangga, sifat tolak ansur dan menerima
seadanya dalam menerima kekurangan pasangan masing-masing.

Ya Allah Ya Razzaq Ya Fattah,

Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah, sebagai penyejuk
hati, sehingga mereka mengecap nikmat perkahwinan yang sempurna yang
Engkau telah janjikan. Dan jadikanlah anak-anak mereka anak-anak yang
mentaati dan memuliakan mereka sebagai ibu bapa.
Allahuma Ya Qadial Hajat Wa Ya Rafi’al Barakat,

Berkatilah perkahwinan ini, sebagaimana Engkau memberkati perkahwinan


Junjungan kami dengan Siti Khadijah dan Siti Aisyah, sebagaimana Engkau
memberkati perkahwinan Nabi Ibrahim a.s. dengan Siti Hajar dan Siti Sarah,
sebagaimana Engkau memberkati perkahwinan Nabi Yusuf a.s. dengan Siti
Zulaikha dan sebagaimana Engkau memberkati perkahwinan Nabi Adam a.s. dengan Siti
Hawa.

‫ َوالَ تَ ْج َع ِل اللَّ ُه َّم‬، ‫ص ْو ًما‬ ِِ ِ


ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
ُ ‫ َوَت َف ُّرقَـَنَا م ْن َب ْعده َت َف ُّرقاً َم ْع‬، ‫اج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬
. ‫فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َم ْن َي ْتَبعُنَا َش ِقيًّا َوالَ َمط ُْر ْو ًدا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬

ِ ‫اب ال َّنار‬َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬ َ ‫َر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
َ‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب ال َعا َل ِم ْين‬، ‫س َّل َم‬ َ ‫ص َّلى هللاُ َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai