Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PERKAHWINAN

.
Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engkau
kurniakan kepada kami.
Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda
kesyukuran kami di atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang
diadakan oleh keluarga mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan
anakanda mereka [ Salleh Bin Mohd Sidek dengan pasangan pilihannya
Nur Azhani Binti Abdul Aziz]

Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat-Mu ya Allah, kurniakanlah
kepada kedua mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat dan selamat serta
dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Perkukuhkanlah ikatan kasih sayang dan
hormat menghormati antara mereka, berakhlak mulia dan berbudi bahasa, serta
beriman dan bertakwa kepada-Mu ya Allah pada setiap masa.



Berkat keagungan-Mu dan sifat Rahim-Mu Ya Allah, kami memohon agar
peliharakanlah kami dari malapetaka dan mara bahaya. Daripada Sifat Buruk Manusia
Yang Berniat Serong serta jauhilah kami dari segala keburukan yang akan menimpa
sama ada berupa peringatan mahupun ujian yang tidak dapat diduga. Jika ia berupa
ujian, maka kurniakanlah kepada kami ketabahan dan kesabaran. Jika ia berupa
peringatan maka ampunilah kami sebelum ia mendatang. Ya Allah,
Kami memohon rahmat-Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal-
afiat kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan dan
memeriahkan majlis yang diberkati ini.





.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan
kami pula selepas ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.

}
{




.

Anda mungkin juga menyukai