Anda di halaman 1dari 2

Doa Majlis Persaraan Guru dan Jamuan Akhir Tahun

َّ ْ‫من ا‬
‫لر ِحيْم‬ َّ ْ‫بِس ِْم هللاِ ا‬.
ِ ْ‫لرح‬
َ‫ص َحا ِب ِه أَجْ َم ِعيْن‬
ْ َ‫علَى آ ِل ِه َوأ‬ َ ‫علَى‬
َ ‫س ِِّي ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫ َوال‬،‫ب ْال َعالَ ِميْن‬
َّ ‫صالَة َُوال‬ ِ َّ ِ ُ‫اَ ْل َح ْمد‬.
ِ ِّ ‫َلِل َر‬
Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar
Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon
ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga
kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada Puan Hajjah Rosnawati Bt Rashid yang akan
bersara, menamatkankan perkhidmatan sebagai seorang guru. Moga baginya selepas bersara
nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan,
kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.
Allahumma Ya Munzilar Rahmah wa Ya Fatihal Barakah
Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas
segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang
guru. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang
tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik,
pemimpin dan ibu yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi
kecemerlangan anak bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau
menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.
Allahumma Ya `Aalim wa Ya Qadhial Hajat

Pada pagi ini juga kami merafa’kan kesyukuran atas keizinan-MU untuk kami berkumpul di
sini, di Majlis Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru dan Kakitangan SMK Ayer Lanas pada pagi ini,
menadah tangan dengan penuh pengharapan dan rendah diri agar kami dikurniakan limpahan inayah dan
riayah, taufik dan hidayah, agar kami diberikan kesihatan dan kekuatan, tekad dan azam yang tinggi untuk
Berjaya serta menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggung jawab.
Sekiranya usaha kami pada tahun ini, tidak setimpal dengan apa yang sepatutnya kami curahkan, maka
Engkau ampunkanlah dosa kami,berkatilah rezeki kami, halalkanlah pendapatan kami, dan sekiranya
masih berkurangan, maka engkau tampungkanlah ia dengan ibadat-ibadat sunatdan kebajikan yang kami
kerjakan.
‫اي مسيع بصي‬
Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur.
Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami
kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang
cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami
segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.
Ya Zal Jalali Wal Ikram
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan
jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.
‫ص ْو ًما‪َ ،‬والَ تَجْ َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َم ْن يَتْبَعُنَا َ‬
‫ش ِقيًّا َوالَ‬ ‫اَللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َج ْم َعنَا َهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما‪َ ،‬وتَف َُّرقَـَنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه تَف َُّرقا ً َم ْع ُ‬
‫ط ُر ْودًا َوالَ َمحْ ُر ْو ًما‪.‬‬ ‫َم ْ‬

‫عذَ َ‬
‫اب النَّار‪ِ.‬‬ ‫سنَة ً َوفِي األ َ ِخ َر ِة َح َ‬
‫سنَة ًَوقِنَا َ‬ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي الدُّ ْن َيا َح َ‬
‫ب العَالَ ِميْنَ ‪.‬‬ ‫سلَّ َم‪َ ،‬و ْال َح ْمد ِ َّ ِ‬
‫َُلِل َر ِّ ِ‬ ‫علَى َءا ِل ِه َو َ‬
‫صحْ بِ ِه َو َ‬ ‫صلَّى هللاُ َ‬
‫علَى َ‬
‫سيِِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َ‬ ‫َو َ‬

Anda mungkin juga menyukai