Anda di halaman 1dari 2

DOA KEMBARA BASIKAL SEMPENA ROAD TO PT3 2015

Assalamualaikum w.b.t
Kepada hadirin yang beragama Islam, marilah bersama-sama kita menadah tangan
mengaminkan doa, manakala kepada hadirin yang bukan beragama Islam diminta
untuk bertafakur seketika.
Bimillahirrohmanirrohim.
Alhamdulillah hirobbil alamin, wassola tuwassala asyrofil anbiya iwal mursalin,
wa ala alihi wasohbihi ajmain.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk
berada dan berhimpun dalam Program Kembara Merdeka Sempena Road To PT3 2015.
Jadikan perjalanan program ini berjalan dengan lancar dan sempurna.
Ya Allah, Ya Aziz, Ya Jabbar,
Kami meminta padaMu akan keselamatan pada agama, kesejahteraan pada tubuh badan,
penambahan pada ilmu dan keberkatan pada rezeki.
Mulakanlah hari-hari yang kami lalui dengan kerahmatanMu, pertengahannya dengan
keberkatanMu, dan disudahi dengan keampunanMu. Penuhilah keseluruhan hari yang
kami lalui dengan hidayah, kemenangan dan kecemerlangan.
Ya Allah, Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan Apa Yang Dikehendaki,
Jadikanlah usaha kami ini sebagai wahana untuk menyedarkan dan menginsafkan diri
kami. Kurniakanlah kepada kami iman yang teguh, mantap dan kukuh demi menghadapi
cabaran-cabaran semasa dan dalam mengharungi ujian dan pancaroba hidup kami.
Ya Allah, Ya Fatta hu Ya Alim,
Berikanlah juga kami taufiq dan hidayah. Jadikanlah kami insan yang suka mendengar
kebaikan lantas melakukannya. Jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui
keburukan lantas bersegera meninggalkannya.
Ya Allah,
Jadikanlah program kami ini sebagai program yang diberkati dan dirahmati serta
terpelihara daripada mara bahaya dan keburukan.
Robbana atina fiddun ya hasanah, wa fil akhiroti hasanah, wa khina aza bannar,
Walhamdulillahi robbil alamin.

Sesungguhnya Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya yang berhak disembah melainkanNya,
ke atasNya aku bertawakkal, dan Dialah Tuhan yang memiliki arasy yang agung, .Apa sahaja
yang dikehendakinya tentu akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya tidak akan
berlaku.Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang maha tinggi lagi maha
agung.Aku bersaksi bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuanNya
meliputi segala sesuatu.Aku memohon perlindungan kepadaNya yang maha berkuasa menahan
langit dari jatuh ke atas bumi melainkan dengan izinNya, aku memohon perlindunganNya dari
kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasaNya.
Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus (HR. Tirmidzi)

Anda mungkin juga menyukai