Anda di halaman 1dari 3

5/16/2018 TEKSUCAPANMajlisKhatamAl-quran-slidepdf.

com

TEKS UCAPAN Y.A.B. DATUK SERI PANGLIMA MUSA BIN HAJI AMAN,
KETUA MENTERI SABAH, SEMPENA MAJLIS KHATAM AL-QURAN
PERDANA SEKOLAH-SEKOLAH j-QAF, KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SABAH, PADA 14 NOVEMBER 2009 /
26
ZULKAEDAH 1430H (SABTU), DI DEWAN SAADAH, WISMA
MUIS

KOTA KINABALU

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana berkat rahmat dan izin-Nya,
kita dapat bersama-sama pada Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah j-QAF,
Peringkat Negeri Sabah. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran
Negeri Sabah atas undangan untuk saya hadir dan seterusnya merasmikan majlis yang
penuh keberkatan ini.

Saya menyambut baik usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran
Negeri Sabah menganjurkan program ini bagi bagi menyuburkan minat membaca al-
Quran yang mendalam dalam kalangan anak-anak. Ia ternyata telah membuahkan hasil
seperti yang kita lihat pada hari ini. Tanggungjawab yang besar ini tergalas di bahu para
pendidik dan warga pendidikan amnya.

Saya percaya, penganjuran majlis ini bukan sekadar untuk meraikan kejayaan anak-anak

menamatkan pengajian membaca al-Quran, tetapi apa yang paling penting ialah mesej

yang
hendak disampaikan dan pengertiannya kepada kita. Penghayatan kepada isi kandungan
ayat-ayat suci al-Quran juga akan memberi kita inspirasi dan galakan untuk lebih
berusaha mendekatkan diri kepada Ilahi dan menguasai segenap bidang ilmu
pengetahuan. Ini kerana al-Quran banyak mengajak dan menyeru manusia
untuk menimba dan memartabatkan ketinggian ilmu dalam kehidupan. Seperti ayat
al-Quran yang pertama diturunkan kepada manusia yang bermaksud ;

“ BACALAH, DENGAN NAMA TUHANMU YANG TELAH MENJADIKAN KALAM. DIA

TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA DARI SEGUMPAL DARAH. BACALAH

DAN
TUHANMU LAH YANG MAHA PEMURAH, YANG MENGAJAR (MANUSIA)
DENGAN
PERANTARAAN KALAM. DIA MENGAJARKAN KEPADA MANUSIA APA YANG
TIDAK DIKETAHUINYA”. ( SURAH AL-ALAQ: AYAT 1 HINGGA 5)

http://slidepdf.co m/r eader /full/teks-ucapan -majlis-khatam-al-qur an 1/3


5/16/2018 TEKSUCAPANMajlisKhatamAl-quran-slidepdf.com

Penguasaan ilmu pengetahuan merupakan teras bagi membentuk bangsa yang cemerlang
dan berjaya, yang didasari oleh jati diri dengan ketinggian akhlak dan budi. Insan yang
berilmu seperti ini akan dapat menguasai dan menguruskan alam, memanfaatkan segala
nikmat kurniaan-Nya untuk kesejahteraan ummah.

Seorang ahli psikologi umpamanya, apabila mempunyai pengetahuan dalam bidang


agama dan sains lebih membantu kepakarannya untuk memahami tingkah laku
masyarakat secara menyeluruh. Hal yang sama juga berlaku terhadap seorang ahli sains
yang pakar dalam sesuatu bidang, tetapi mampu juga menguasai ilmu asas tentang agama
dan kemanusiaan. Seterusnya saintis ini akan jauh lebih berjaya kerana kualiti ilmunya.

Integrasi ilmu-ilmu ini menyebabkan pandangan ilmuwan Islam amat luas dan berkait

rapat antara satu sama lain. Kekuatan inilah yang menyebabkan mereka menjadi modal

insan
yang berkualiti dan menjadi tunggak kemajuan ilmu dan pembinaan tamadun yang
unggul,
pada masa lalu.

Modal insan cemerlang yang diperlukan oleh negara pada masa hadapan ialah
mereka yang mempunyai pengetahuan yang tinggi, berpegang teguh kepada agama,
berkemahiran, inovatif, memiliki jati diri, beretika serta mempunyai minda kelas
pertama. Mereka ini bukan sahaja penting kepada pembangunan negara, malah
memainkan peranan yang penting bagi menjamin kesejahteraan dan perpaduan rakyat
serta meningkatkan daya saing

negara di peringkat global.

Generasi penerus inilah yang akan memacu kemajuan dan kestabilan politik, ekonomi dan
sosiobudaya negara pada masa hadapan. Suka saya ingatkan, apabila harapan kerajaan ini
difokuskan kepada generasi penerus sudah tentu mereka antaranya ialah anak-anak yang
berada di hadapan saya ini, yang akan menjadi pemimpin, pengurus, penggerak
pembangunan dan seterusnya merealisasikan agenda dan wawasan negara dan ummah.

Hasrat ini selaras dengan tema Majlis Khatam Al-Quran Sekolah-Sekolah j-


QAF Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2009 iaitu, “Al-Quran
Pemangkin Modal Insan Cemerlang”. Semoga harapan ini digalas sebagai satu cabaran
dan amanah yang perlu dilaksanakan oleh semua pihak. Bagi anak-anak
sekalian, jadikanlah “perjuangan” pembacaan dan pembelajaran al-Quran ini sebagai
titik tolak untuk mempelopori, menghayati dan mendalami ilmu-ilmunya kerana masih
banyak lagi ilmu yang perlu diterokai dan dikuasai dalam kitab suci ini.

http://slidepdf.co m/r eader /full/teks-ucapan -majlis-khatam-al-qur an 2/3


5/16/2018 TEKSUCAPANMajlisKhatamAl-quran-slidepdf.com

Kepada para pendidik, semoga kejayaan dalam melahirkan murid-murid yang


berjaya menyertai Majlis Khatam Al-Quran Perdana ini, akan mencetus
semangat dan kesungguhan untuk menghasilkan usaha yang lebih berjaya pada masa-
masa akan datang.

Semoga
ini dengantuan-tuan dan puan-puan
penuh dedikasi dapatAkhirnya,
dan cekap. melaksanakan tugas dan majlis
saya mendoakan tanggungjawab
ini akan
dilimpahi
keberkatan dan kerahmatan daripada Allah
S.W.T.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis


Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-sekolah j-QAF Kementerian Pelajaran Malaysia,
Peringkat Negeri Sabah Tahun 2009.

Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh

http://slidepdf.co m/r eader /full/teks-ucapan -majlis-khatam-al-qur an 3/3

Anda mungkin juga menyukai