Anda di halaman 1dari 3

Lampiran aktiviti

Program Latihan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (ISBE – Inquiry-Based Science Learning)

Awan Berwarna

Bahan dan Alatan

1. 3 gelas kaca/plastik lutsinar


2. Pewarna makanan
3. Air pada suhu bilik
4. Air suam
5. Air sejuk (di bawah suhu bilik)
6. Buku log Sains (mencatat keputusan penyiasatan)

Persediaan

1. Sediakan ¾ gelas air suam.


2. Sediakan ¾ gelas air sejuk (air daripada peti ais).
3. Sediakan ¾ gelas air pada suhu bilik.
4. Peserta dibahagikan kepada kumpulan secara berpasangan.
5. Setiap pasangan dibekalkan dengan ¾ gelas air suam , ¾ gelas air sejuk dan ¾
gelas air pada suhu bilik.
6. Edarkan pewarna makanan ( 1 botol kepada setiap pasangan)
7. Edarkan Buku Log Sains.
Langkah-langkah

1. Peserta menjalankan penyiasatan secara berpasangan (Peserta A dan Peserta B).

2. Peserta A diminta menutup mata sementara Peserta B menyediakan 50 ml air.


Peserta A diminta memasukkan jarinya ke dalam gelas yang berisi air tersebut.
Peserta A mengenal pasti suhu air dengan menyebut sama ada “suam, sejuk atau
suhu bilik)

3. Aktiviti diulangi dengan Peserta B menutup mata.

4. Peserta membincangkan apakah yang membuatkan suhu air berbeza.

5. Di dalam Buku Log Sains, Peserta membuat hipotesis apakah yang membuatkan
suhu air berbeza.

6. Peserta meletakkan gelas mereka bersebelah antara satu sama lain.

7. Peserta menitiskan tiga titisan pewarna makanan ke dalam gelas berisi air sejuk
dan rekodkan penyebaran pewarna makanan tersebut.

8. Ulangi langkah 7 dengan menitiskan pewarna makanan ke dalam gelas berisi air
pada suhu bilik dan seterusnya air suam.

9. Selepas pemerhatian dan mencatat keputusan, Peserta membuat ilustrasi untuk


dapatan mereka.

10. Sepanjang penyiasatan ini, guru memantau, membaca hipotesis, menjawab


soalan dan bekerja dengan setiap pasangan untuk memberi penerangan tentang
fakta Sains disebalik aktiviti yang Peserta jalankan.

Nota khas :

Sebagai penanda aras “perubahan fasa” contoh pendidihan air (cecair) boleh
diterangkan dengan merujuk kepada perubahan air (cecair) berubah kepada stim (gas).
Perubahan fasa ini terjadi apabila terdapat tenaga/haba mencukupi yang menjadikan
zarah yang membentuk bahan (air) bergerak lebih cepat (move in circular motion).
Keadaan ini secara tidak langsung menghasilkan perubahan keadaan dari cecair (air)
kepada gas (stim). Untuk menerangkan perubahan fasa dari cecair (air) kepada pepejal
(ais), hal yang sebaliknya berlaku. Dengan penyejukan yang mencukupi, tenaga menjadi
berkurang dan pergerakan zarah menjadi cukup perlahan untuk menghasilkan ais.
Pentaksiran

Dalam Buku Log Sains, Peserta menerangkan dan membuat ilustrasi kefahaman
mereka bahawa pemanasan dan penyejukan jirim akan mempercepat atau
memperlahan pergerakan zarah-zarah halus dalam jirim.

Rujukan : http://www.topscience.org/activities_print/FreeDownload09.pdf
Diperolehi : 2 Ogos 2013

Anda mungkin juga menyukai