Anda di halaman 1dari 8

AKTIVITI 1 : MENENTUKAN ARAS-ARAS INKUIRI

A.

SOALAN:
Adakah suhu persekitaran mempengaruhi kadar respirasi yis?

Proses respirasi yis dimangkinkan oleh enzim zimase yang dikeluarkan oleh yis. Aktiviti enzim
sangat dipengaruhi oleh suhu persekitaran. Sifat enzim yang tidak aktif pada suhu rendah dan
mudah ternyahasli pada suhu tinggi menyebabakan kadar respirasi yis hanya boleh berlaku
dengan baik pada suhu optimum iaitu suhu bilik.

Bahan dan radas yang diperlukan untuk menjalankan penyiasatan anda:

1. Serbuk yis
2. Serbuk glukosa
3. Air suling
4. Spatula
5. Thermometer
6. Penunu Bunsen
7. Kiub ais
8. Kelalang kon 250 ml dan penyumbat getah berliang
9. Salur penghantar dan tiub getah
10. Silinder penyukat
11. Picagari 250 ml
12. Kaki retort
13. Baling kaca
14. Jam randik

Panduan aktiviti:
1. Sukat spatula yis bersama 4 spatula serbuk glukosa dan 100 ml air suling ke dalam
kelalang kon.
2. Tutup kelalang kon dengan penyumbat getah berliang yang telah disumbat dengan salur
penghantar.
3. Satu hujung penghantar disambungkan kepada picagari melalui tiub getah dan
pasangkan picagari kepada kaki retort.
4. Letakkan kelalang kon ke dalam baling kaca yang berisi air suling pada suhu bilik
(catatkan suhu rendaman air di dalam balang kaca dengan menggunakan thermometer)
5. Rekodkan isipadu gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam picagari selepas 15
minit.
6. Ulang eksperimen sebanyak 2 kali untuk mendapatkan purata.
7. Sediakan set yang sama untuk suhu 10c ( dengan menggunakan kiub ais) dan untuk suhu
70c ( gunakan air yang telah dipanaskan menggunakan penunu Bunsen)
8. Rekodkan bacaan anda di dalam jadual.
B:

Soalan:
Adakah suhu persekitaran mempengaruhi kadar respirasi yis?

Bahan dan radad yang diperlukan untuk menjalankan penyiasatan anda:

1. Serbuk yis
2. Serbuk glukosa
3. Air suling
4. Spatula
5. Thermometer
6. Penunu Bunsen
7. Kiub ais
8. Kelalang kon 250 ml dan penyumbat getah berliang
9. Salur getah dan tiub getah
10. Silinder penyukat 100 ml
11. Picagari 250 ml
12. Kaki retort
13. Balang kaca
14. Jam randik
C:

Dalam musim sejuk di London, Alice menghadapi masalah kerana mesin pemanas rumahnya
telah rosak. Dia sering berasa lapar jika tiba musim sejuk. Alice bercadang untuk membuat
roti pau kukus. Dia mengikut langkah-langkah dan resepi yang ditonton di internet. Walau
bagaimana pun, setelah membiarkan paunya naik selepas setengah jam ramuan doh
dibancuh dan diperap di dalam mangkuk adunan , saiz paunya tetap sama dan tidak
mengganda dua sebagaimana yang ditonton di internet.

Dengan berpandukan bahan-bahan yang disediakan berikut, rancang satu penyiasatan


untuk membantu menyelesaikan masalah Alice.

Bahan dan radas yang diperlukan untuk menjalankan penyiasatan anda:

1. Serbuk yis
2. Serbuk glukosa
3. Air suling
4. Spatula
5. Thermometer
6. Penunu Bunsen
7. Kiub ais
8. Kelalang kon 250 ml dan penyumbat getah berliang
9. Salur getah dan tiub getah
10. Silinder penyukat 100 ml
11. Picagari 250 ml
12. Kaki retort
13. Balang kaca
14. Jam randik
D

SOALAN:
Adakah suhu persekitaran mempengaruhi kadar respirasi yis?

Bahan dan radas yang diperlukan untuk menjalankan penyiasatan anda:

15. Serbuk yis


16. Serbuk glukosa
17. Air suling
18. Spatula
19. Thermometer
20. Penunu Bunsen
21. Kiub ais
22. Kelalang kon 250 ml dan penyumbat getah berliang
23. Salur penghantar dan tiub getah
24. Silinder penyukat
25. Picagari 250 ml
26. Kaki retort
27. Baling kaca
28. Jam randik

Panduan aktiviti:
9. Sukat spatula yis bersama 4 spatula serbuk glukosa dan 100 ml air suling ke dalam
kelalang kon.
10. Tutup kelalang kon dengan penyumbat getah berliang yang telah disumbat dengan salur
penghantar.
11. Satu hujung penghantar disambungkan kepada picagari melalui tiub getah dan
pasangkan picagari kepada kaki retort.
12. Letakkan kelalang kon ke dalam baling kaca yang berisi air suling pada suhu bilik
(catatkan suhu rendaman air di dalam balang kaca dengan menggunakan thermometer)
13. Rekodkan isipadu gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam picagari selepas 15
minit.
14. Ulang eksperimen sebanyak 2 kali untuk mendapatkan purata.
15. Sediakan set yang sama untuk suhu 10c ( dengan menggunakan kiub ais) dan untuk suhu
70c ( gunakan air yang telah dipanaskan menggunakan penunu Bunsen)
16. Rekodkan bacaan anda di dalam jadual.
AKTIVITI II

AKTIVITI 1

AIR DAN MINYAK

Panduan aktiviti

1. Air lebih tumpat daripada ais dan minyak lebih tumpat daripada ais.

2. Apakah akan berlaku kepada ais dan titisan air yang lebur daripada ais apabila ais
diletak di atas air?

3. Isi satu tabung didih sebanyak 80% dengan minyak masak.

4. Letakkan seketul ais di atas minyak.

5. Perhatikan apa yang berlaku apabila ais melebur. Catatkan pemerhatian anda di
dalam buku nota sains.

6. Ketumpatan ais dan ketumpatan air berbeza. Yang mana satu lebih tumpat?
Mengapa?

7. Satu gram air memenuhi isipadu satu mililiter, oleh itu ketumpatan air = 1 g/ml.

8. Apakah jisim 10 ml air? Gunakan penimbang untuk menentusah jawaban anda


betul.

9. Apakah ramalan anda tentang ketumpatan 10 ml minyak masak dibanding dengan


10 ml air?

10. Catatkan ramalan anda di dalam buku nota sains dan gunakan penimbang untuk
menentusahkan ramalan anda.

11. Tuliskan penjelasan anda di dalam buku nota sains mengapa jisim 10 ml minyak
masak adalah sedemikian.

Rujukan:
TOPS Learning System. (n.d.). Slow drips. Dimuat turun dari
https://cdn.shopify.com/s/files/1/1847/6591/files/FreeDownload09.pdf?136284169188857
1600
AKTIVITI 2

KISMIS YANG MENARI

Panduan aktiviti

1. Tuang sebanyak lebih kurang 150 ml air soda ke dalam satu cawan plastik lutsinar
yang berisi empat atau lima biji raisin.

2. Perhatikan apa yang berlaku di dalam cawan dan catatkan pemerhatian anda di
dalam buku nota sains.

3. Mengapakah butiran kismis kelihatan naik dan turun di dalam air soda?

4. Ambil dua cawan plastik lutsinar dan sekotak kismis.

5. Isi satu cawan dengan 150 ml air dan masukkan empat atau lima biji kismis.

6. Lukiskan gambarajah susunan radas ini di dalam buku nota sains dan catatkan
pemerhatian secara teliti.

7. Ulang prosedur di atas dengan menggunakan air soda dan kismis di dalam cawan
yang lain.

8. Lukiskan gambarajah susunan radas di dalam buku nota sains dan catatkan
pemerhatian secara teliti.

9. Kongsikan catatan pemerhatian anda dan sebarang penjelasan anda dengan rakan.

10. Apakah yang berlaku kepada kismis yang membolehkannya timbul ke permukaan?

11. Tuliskan penjelasan anda di dalam buku nota sains.

Rujukan:
Banchi, H., & Bell, R. (2008). The many levels of inquiry. Science and Children, 46(2),
26-29.
AKTIVITI 3

TIN SODA TIMBUL

Panduan aktiviti

1. Isi tangki plastik dengan air sehingga lebih kurang 80% penuh.

2. Perhatikan satu tin soda biasa dan satu tin soda diet.

3. Ramalkan apa yang berlaku apabila setiap tin soda ini dimasukkan ke dalam air di
dalam tangki. Catatkan ramalan anda di dalam buku nota sains berserta dengan
penjelasan.

4. Kongsi ramalan anda dengan rakan.

5. Buat pemerhatian yang teliti apa yag berlaku apabila setiap tin soda diletakkan di
dalam air.

6. Mengapakah tin soda diet timbul lebih banyak daripada tin soda biasa?

7. Di dalam kumpulan anda, sumbangsaran aktiviti yang anda boleh lakukan untuk
mendapat penjelasan bagi fenomena yang diperhatikan.

8. Catatkan perancangan anda di dalam buku nota sains dan kongsi dengan rakan.

9. Apabila perancangan anda sudah selesai, dapatkan kebenaran guru untuk


memulakan penyiasatan.

Rujukan:
Banchi, H., & Bell, R. (2008). The many levels of inquiry. Science and Children, 46(2),
26-29.
AKTIVITI 4

TIMBUL DAN TENGGELAM

Panduan aktiviti

1. Isi tangki plastik dengan air sehingga 80% penuh.

2. Perhatikan objek-objek yang dibekalkan kepada anda.

3. Rekod semua objek ini di dalam buku nota sains.

4. Ramalkan sama ada setiap objek akan timbul atau tenggelam. Catatkan ramalan
anda di dalam buku nota sains.

5. Sahkan ramalan anda dengan meletakkan objek tersebut ke dalam air satu demi
satu.

6. Buat pemerhatian yang teliti untuk mengesahkan ramalan anda.

7. Selepas itu, tulis lima pernyataan bermula dengan “Saya ingin tahu…” berdasarkan
penyiasatan anda.

8. Tinjau semula soalan yang telah anda senarai. Pilih satu soalan yang menarik dan
dapat dilaksanakan dengan menggunakan sumber yang ada untuk dibuat
penyiasatan.

9. Untuk menjalankan penyiasatan, anda perlu menyediakan satu masalah yang


terfokus, ramalan, satu perancangan yang teliti bagaimana anda akan melakukan
penyiasatan, serta jadual data (jika perlu)

10. Apabila anda telah bersedia dengan semua yang diperlukan, dapatkan kebenaran
guru anda untuk memulakan penyiasatan.

Rujukan:
Banchi, H., & Bell, R. (2008). The many levels of inquiry. Science and Children, 46(2),
26-29.

Anda mungkin juga menyukai