Anda di halaman 1dari 7

AKTIVITI HANDS ON MINDS ON

STESEN 1 :STRAW PIPES

Bahan-bahan :

1.7 Batang penyedut minuman yang sama panjang

2.Pita pelekat

Peralatan :

1.Gunting

2.Pembaris

3.Pen

Kaedah :

1.Ambil sebatang straw

2.Kemudian dengan menggunakan pembaris ambil ukuran 2.5 cm,

3.Buat garisan diatas straw untuk menanda pada titik 2.5cm.

4.Potong straw ditempat ditanda.

5.Ambil lagi straw dan ulangi langkah satu dan dua.

Setiap kali menanda dan memotong straw yang berlainan,

pastikan ukuran ditambah 2cm.

6.Ulangi langkah tersebut sehingga ketujuh-tujuh straw dipotong dengan hasil


straw berlainan panjang.

7.Setelah selesai memotong kesemua straw, susun straw tersebut mengikut


turutan menaik, dari yang paling pendek ukuranya sehingga yang paling panjang
ukuranya. Kemudian lekatkan ketujuh-tujuh batang straw dengan pita pelekat.

8.Cuba tiup setiap straw dan dengarkan perbezaan bunyi

pada setiap straw yang berlainan ukuran panjang.

STESEN 2: BLOWING BUBBLES (MENGHASILKAN BUIH)


Bahan-bahan :

1.Air

2.Sudu besar

3.Sudu kecil

4.Pencuci pinggan

5.Mangkuk

6.glycerol atau sirap jagung

7.Pinggan plastic

8.Straw

Kaedah :

1.Masukkan 10 sudu besar air ke dalam mangkuk. Kemudian campurkan satu sudu
besar pencuci pinggan.

2.Masukkan satu sudu kecil glycerol atau sirap jagung ke dalam mangkuk tadi dan
kacau hingga sebati.

3.Kemudian ambil beberapa sudu campuran tersebut dan masukkan kedalam


pinggan plastik.

4.Gunakan straw dan tiup ke dalam cecair dalam pinggan plastik.

5.Apa yang dapat anda perhatikan?


STESEN 3:PEPEJAL CECAIR GAS

Bahan-bahan:

1.Serbuk penaik (baking powder)

2.Sudu besar

3.Corong

4.Cuka makan

5.Botol

6.Belon

7cawan

8.Sudu

Kaedah:

1. Masukkan satu sudu besar serbuk penaik ke dalam botol dengan


menggunakan corong.

2. Ketuk-ketukkan corong itu supaya serbuk penaik itu turun masuk ke dalam
botol.

3. Pastikan anda sudah bersedia dengan belon untuk dimuatkan ke mulut


botol kerana ia bahan-bahan yang akan digunakan agak cepat bertindak
balas!

4. Tuangkan setengah cawan cuka ke dalam botol dengan menggunakan


corong tadi.

5. Dengan cepat, muatkan belon itu kepada mulut botol itu untuk
memerangkap gas yang terbebas.
STESEN 4:BURUJ KACANG HIJAU/MERAH

Apakah yang diperlukan?

1. Kertas lukisan

2. Kacang Hijau dan Kacang Merah

3. Gam

Apa yang perlu dibuat?

1. Minta pelajar untuk melakarkan bentuk atau pola buruj di atas kertas lukisan.

2. Pelajar kemudiannya diminta melekatkan kacang hijau mengikut lakaran yang


dibuat.

3. Sebagai aktiviti lanjutan, gunakan kacang merah untuk menunjukkan bintang


yang paling cerah pada buruj tersebut. Contohnya bintang Antares pada Skorpio
(Scorpio), Bintang Rigel dan Bintang Betelgeuse pada Buruj Belantik (Orion).

Pengisian Sains

Buruj merupakan sekumpulan bintang-bintang yang membentuk suatu bentuk, imej


atau corak di langit. Bintang-bintang memancarkan cahaya yang sangat terang
menyebabkan bintang-bintang itu boleh dilihat dari Bumi.

Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) telah menjumpai sejumlah 88 buruj. Empat


buruj yang paling terang antara buruj-buruj lain adalah; Buruj Biduk (Big Dipper),
Buruj Belantik (Orion), Buruj Pari (Southern Cross) dan Buruj Skorpio (Scorpion).
STESEN 5:SUSUNAN PLANET

1. Kertas A4 bercetak gambar planet

2. Pensel

Kaedah:

1.Tuliskan nama planet mengikut susunan dalam tempoh masa diberikan

STESEN 6 : TEPUNG AJAIB

BAHAN
1.Satu cawan tepung jagung
2.Setengah cawan air suling (air biasa pun boleh)

PERALATAN:
1. Besen kecil

KAEDAH:

1.Gaul bahan diatas.

2.Perhatikan hasilnya

STESEN 7 : AIS KRIM GOYANG

1 .Bahan-bahannya ialah:

1 kotak kecil susu (apa2 perisa pun boleh)

bungkus garam

1 bungkus ais batu ( kat 7 Eleven tu)

Zip plastic ( palstik yg boleh seal tu) satu kecik dan satu besar
Suratkhabar

Tuala

Pita pelekat/ getah

TELUR TERAPUNG

2 butir telur ayam yang biasa ( tidak direbus)

Air paip

Garam

2 gelas atau bekas berbentuk silinder yang lutsinar

Cara-caranya:

a) Isikan air paip kedalam kedua-dua gelas sehingga separuh gelas.

b) Air paip digelas A dibiarkan tanpa mencamprukan apa-apa bahan.

c) Sementara itu, masukkan 6 sudu besar garam digelas B dan kacau


sehingga larut.

d) Masukkan telu di dalam bekas A dan lihat apa terjadi.

e) Kemudian masukkan telur kedalam bekas B dan lihat apa yang terjadi.

Hasilnya:

Gelas A: telur tenggelam hingga ke dasar gelas

Gelas B : telur terapug dipermukaan gelas.

Mengapa fenomena ini terjadi?


Air garam mempunyai berat lebih daripada air tawar, di mana banyak garam
dilarutkan semakin mudah bagi objek melayang di dalamnya. Ketika saya
menurunkan telur ke dalam cecair itu perlahan, telur akan terus melalui air
masin, pada air garam yang telah larut ini mempunyai berat yang melebihi
dari berat air dan ini menyebabkan telur melayang dan terapung
dipermukaan air garam tersebut.

Mengikut prinsip seorang ahli sains terkenal iaitu HUKUM ARCHIMEDES

Benda yang dicelupkan sebagian atau seluruhnya akan mengalami gaya ke


atas yang besarnya sama dengan berat zat cair yang dipindahkan.

Contoh yang berkaitan denga reality kehidupan ialah laut mati yang berada
di israel, apa saja yang berada di atasnya pasti terapung kerana di laut mati
kadar garamnya sangat tinggi dan tepu. Jadi, zarah-zarahnya mampat dan
udara tidak dapat menembusi garam tersebut.

Sementara air tawar pula mempunyai ruang udara yang luas jadi telur itu
tenggelam hingga ke dasar gelas dengan senang dan cepat. Begitu juga
dengan tanah, tanah mempunyai berat, jadi apa-apa hidupan yang
teperangkap didalam tanah tidak boleh hidup kerana udara tidak boleh
menembusi ruang-ruang tanah yang terlalu mampat.

Kesimpulannya, berat dan kandungan sesuatu objek itu mempengaruhi oleh


pergerakan udara dan kemampatan udara dimana-mana sahaja.

Anda mungkin juga menyukai