Anda di halaman 1dari 5

Aktiviti Pembentukan Huruf

• Menulis huruf vokal dan konsonan


– Keupayaan menguasai kemahiran menulis huruf vokal dan
konsonan mengikut urutan yang betul.
– Guru menyebut huruf vokal kepada murid dan meminta murid
untuk menulis huruf tersebut.
• Menulis suku kata terbuka
– Cantumkan huruf yang diberi bagi membentuk suku kata
terbuka.
– Guru meminta murid untuk mencantumkan huruf yang diberi
bagi membentuk suku kata terbuka dalam ruangan yang telah
disediakan.
• Menulis suku kata imbuhan
– Guru boleh memberikan satu perkataan dasar kepada murid
untuk dijadikan kata imbuhan.
Meniru Tulisan
• Meniru ialah aktiviti melakar sesuatu objek atau gambar
berpandukan gambar objek tersebut.
– Dalam aktiviti meniru ini, murid perlu ditegaskan supaya
mengambil kira semua aspek yang terdapat didalam objek
yang ditiru.
– Dari segi bahan atau objek yang ditiru, guru boleh memulakan
dengan gambar objek yang ditiru secara beransur-ansur.
• Strategi in kemudian digunakan untuk melatih murid
untuk meniru bentuk-bentuk huruf.
– Bantu murid untuk membina keyakinan diri untuk melakar
secara bebas dan pada masa yang sama dapat melatih
koordinasi tangan dan mata.
Ejaan
• Kebolehan pelajar memilih huruf bagi melambangkan
bunyi-bunyi dalam sesuatu perkataan.
• Kemahiran ini dikuasai selepas murid membentuk
huruf-huruf dalam bahasa yang dipelajari.
• Penguasaan kemahiran ejaan penting dalam
kemahiran menulis di mana idea yang ingin
disampaikan perlu dicatat dengan menggunakan
perkataan yang dieja dengan betul.
• Contoh:
– A untuk ayam
– B untuk bapa
Membina Ayat Mudah
• Keupayaan murid menguasai kemahiran
menulis ayat-ayat mudah.
• Langkah yang boleh dilakukan:-
– Menyusun dan menulis perkataan menjadi ayat
yang betul.
• Guru meminta murid menyusun dan menulis
semula perkataan menjadi ayat yang mudah.
• Murid menyusum dan menulisan semula
perkataan menjadi ayat mudah.
Rencana
• Guru meminta murid menulis karangan
ringkas atau menyusun ayat yang disediakan
menjadi urutan supaya menjadi sebuah
karangan lengkap.
• Murid diberi peluang menulis karangan
daripada perenggan atau isi yang disediakan
oleh guru.

Anda mungkin juga menyukai