Anda di halaman 1dari 36

KEMAHIRAN MENGEJA

Mengeja merujuk kepada perbuatan membunyikan


(menulis) huruf secara berturut-turut dalam
seseuatu perkataan. Kemhairan mengeja
perkataan berkait rapat dengan kemahiran
membaca perkataan.
AKTIVITI KEMAHIRAN MENGEJA
1. Mengenal abjad
• Mulakan dengan membiasakan murid/anak-anak
mendengar nyanyian lagu abjad
• Bermain dengan puzzle abjad
• Bermain main dengan kad imbas abjad
• Meneroka huruf dalam kotak abjad
• Menekap huruf menggunakan doh
• Kolaj huruf
• Memancing ikan huruf
• Menulis huruf
https://www.youtube.com/watch?v=hp3rhMOA8V0
Mengenal perkataan
https://www.youtube.com/watch?v=ikRNErwR0pc.
Membezakan bunyi
• Aktiviti ini melibatkan keupayaan untuk mengesan atau
mengenalpasti apa yang didengari.
• Melalui aktiviti ini guru dapat mengetahui samada murid
mempunyai masalah pendengaran atau tidak.

https://www.youtube.com/watch?v=Ej9EjbIv_Pk
HUBUNGKAIT SIMBOL/ ABJAD DENGAN BUNYI
KEMAHIRAN KEFAHAMAN
• Lamberg & Lamb (1980)
• Kebolehan menterjemah idea daripada satu bentuk ke satu bentuk yang lain,
menginterpretasi idea, kesan, dan akibat.

• Kefahaman tentang isi-isi bacaan itu akan lebih bermakna sekiranya dapat dikaitkan
dengan pengalaman-pengalaman yang sedia ada bagi memudahkan seseorang membuat
huraian, taakulan, dan kesimpulan.

• Kefahaman dapat diberi pengertian sebagai kebolehan membuat penghuraian atau


menginterpretasi idea dan makna kepada bahan yang dibaca

• Kefahaman melibatkan bahasa, pengalaman, dan proses kognitif.

• Proses kognitif dalam konteks kefahaman melibatkan perkara-perkara yang berikut:


• i. keupayaan membuat perkaitan,
• ii. mengetahui perkaitan atau perhubungan,
• iii. pemindahan pembelajaran,
• iv. membuat telahan atau inferens
TAHAP KEFAHAMAN
• 1. Memahami Maksud Perkataan dan Ayat
• 
• Bacaan dan kefahaman melibatkan proses kognitif.

• Kemahiran ini dapat dikuasai melalui latihan.


• 
• Bagi kanak-kanak pemulihan yang sebahagian besarnya mempunyai daya ingatan yang lemah, latihan
ingatan pendengaran dan ingatan penglihatan mestilah diberi penekanan.
• 
• Bahan bacaan yang disediakan bermula dengan jumlah bilangan perkataan yang kecil pada satu-satu
masa.

• Contoh teks bacaan:

• Ini buku.
• Ini buku Abu.
• Buku Abu biru
• Membuat Urutan Idea

• Merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman inferens.

• Tahap ini memerlukan murid menginterpretasi, membuat perkaitan atau perhubungan,


menaakul, dan membuat telahan.
 
• Keupayaan seseorang murid berfikir serta melakukan operasi kognitif tersebut akan
mempengaruhi keupayaannya membuat urutan idea dari bahan yang dibaca.
• 
• Kanak-kanak pemulihan memang sering menghadapi masalah untuk berfikir secara
abstrak. Oleh itu, guru pemulihan perlu membiasakan murid-murid dengan latihan-latihan
kefahaman inferens ini secara lisan sebelum kefahaman inferens secara bacaan
dilaksanakan.

• Untuk membantu perkembangan kefahaman ini, guru perlu menyediakan soalan-soalan


yang berstruktur serta petunjuk-petunjuk lisan ke arah menampakkan kepada murid-
murid isi-isi berkaitan agar mereka dapat menginterpretasi maklumat yang dibaca.
• Contoh teks bacaan:

• Ini Abu.
• Abu ada adik.
• Abu ada kakak.
• Ali adik Abu.
• Ani kakak Abu.
• Siti adik Ali.

• Contoh soalan jenis mengisi tempat kosong:

• i. Adik beradik Abu ada _______ orang.

• ii. _______ kakak Ali.

• iii. Ani ada ______ orang adik.


• Hubungan Sebab dan Akibat

• Tahap kefahaman ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman


kritis.

• Memerlukan bantuan dalam menentukan perkara-perkara yang mereka


baca sama ada benar atau tidak. Murid-murid juga perlu dibantu supaya
mereka dapat membuat penaakulan dan meramal kemungkinan serta
membuat penghakiman berasaskan hubungan sebab dan akibat.

• Oleh sebab keupayaan proses kognitif yang terhad, murid-murid


mungkin menghadapi kesukaran untuk melakukan proses kognitif ini.

• Guru boleh membantu mereka untuk maju dengan membiasakan


mereka dengan soalan-soalan berdasarkan siri-siri cerita yang mereka
baca.
• Membuat Tafsiran/Andaian

• Tahap kefahaman ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman kreatif.


• Tahap ini merupakan hasil daripada pencapaian murid-murid dalam tahap-tahap
sebelumnya.

• Murid yang telah sampai ke tahap kefahaman kreatif ini sudah mampu
menghayati bahan-bahan yang dibacanya.

• Mereka juga membuat hubungan sebab dan akibat, membuat kritikan


berasaskan pemikiran bercapah, dan membuat andaian serta tafsiran sehingga
mampu membina situasi baharu berasaskan andaian dan tafsiran tersebut.

• Murid akan bertindak balas terhadap bahan yang dibacanya dengan


menunjukkan emosinya seperti gembira, sedih, marah, pilu, menangis, dan
terharu. 
 
KAEDAH PENGAJARAN KEFAHAMAN
• 1. Peta Minda

• Proses pemahaman berkaitan dengan proses visual dan proses


non-visual.

• Bahagian terpenting dari informasi non-visual yang cukup


berperanan dalam proses pemahaman adalah skemata.

• Proses pemahaman dipengaruhi oleh skemata-skemata yang


dimiliki oleh seorang pembaca

• Menurut penulis, pengaktifan skemata isi dapat dilakukan


dengan peta minda.
• https://www.youtube.com/watch?v=ix9T2B4X7bI
• 2. Carta Organisasi
“ Satu bentuk rajah grafik yang menunjukkan struktur susunan, kedudukan tempat atau
posisi seseorang individu di dakam sesuatu organisasi selaras dengan bidang kuasa
( authority) , tugas dan tanggungjawabnya. ”

• Carta Organisasi bukan sekadar bertujuan memaparkan bagaimana sesebuah


organisasi itu perlu ditadbirkan mengikut struktur operasi organisasi itu tetapi carta itu
perlulah menggariskan dengan jelas bidang tanggungjawab tiap-tiap anggota
organisasi itu.

• Cara organisasi merupakan gambarajah yang menunjukkan fungsi-fungsi jabatan ,


unit-unit , atau individu-individu dan bagaimana mereka berkait antara satu sama
dengan lain.

• Secara umumnya carta organisasi dapat menunjukkan lima aspek pengurusan berikut:

a) Pembahagian Kerja
b) Hubungan ketua-pekerja bawahan
c) Jenis kerja yang dijalankan
d) Pengumpulan bahagian-bahagian kerja
e) Tingkat pengurusan
PEMBINAAN BAHAN BANTU BELAJAR BAHASA
• Bahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang
digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam
menyampaikan pengajaran di dalam kelas.

• Tidak terhad kepada buku teks sahaja

• Merangkumi semua pancaindera seperti melihat,


mendengar, rasa, hidu dan sebagainya.
Bahan maujud Bahan elektronik

Bahan-bahan yang
menggunakan media
Merupakan bahan konkrit elektronik seperti filem
atau bahan sebenar yang pelajaran,filemjalur,slaid,
boleh disentih dan dipegang. overhead projektor (OHP),
pita video, radio, pita
rakaman,piring hitam, CD ,ko
mputer,radio kaset,
televisyen, internet dan
sebagainya.
• KEPENTINGAN BAHAN BANTU MENGAJAR ( BBM) DI
DALAMPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale
(1964 ) kepentingan BBMbolehlah dirumuskan seperti berikut:

•  BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu 
konsep

•  Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar

•  Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan
aktiviti sendiri dikalangan pelajar.

•  Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan
pembelajaran lebihmendalam danberagam.
Prinsip pemilihan bbm :
• Sesuai
• Menarik
• Jimat dan mudah
• Mudah alih
PEMBINAAN ALAT PENILAIAN BAHASA
(KEMAHIRAN BACAAN)
PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA
• Penilaian ditakrifkan sebagai suatu proses dalam
membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu hasil kerja
atau prestasi pelajar.
Kepentingan penilaian
1. Membantu mengesan perkembangan seseorang murid
dan mengenalpasti potensi mereka
2. Dapat membantu guru mengenalpasti keberkesanan
pdp yang dijalankan.
3. Dapat mengesan kelemahan dan kelebihan murid.
4. Guru dapat merancang aktiviti pengajaran yang
bersesuaian dengan tahap murid.
Jenis Ujian Membaca
1. Penilaian Rujukan Norma (PRN)

• Penilaian dibuat dengan membandingkan pencapaian


• seseorang pelajar dengan pencapaian pelajar/
• kumpulan pelajar lain yang mengambil ujian yang
• sama.
• biasanya meliputi kandungan pelajaran yang luas
• dibina untuk menghasilkan perbezaan pencapaian
• yang maksimum di kalangan pelajar
• 25% soalan mudah, 50% soalan sederhana dan 25%
• soalan susah
• memaksimumkan perbezaan pencapaian antara
• pelajar lemah dan pandai
2. Penilaian Rujukan Kriteria (PRK)

• membandingkan pencapaian pelajar dengan kriteria


• tertentu, iaitu sama ada kriteria tersebut dapat
• dikuasai pelajar atau tidak.
• diguna untuk menentukan status pencapaian individu
• pelajar dalam domain tingkah laku yang ditetapkan.
• lebih terperinci/mendalam dan meliputi kandungan
• pelajaran tertentu sahaja.
3. Penilaian Formatif

• penilaian yang dibuat secara berterusan


• penilaian ini adalah PRK yang tidak membandingkan
• pencapaian pelajar
• Contoh ujian formatif ialah soal jawab, latihan yang
• diberikan guru dan ujian mingguan.
• sebagai ujian diagnostik yang dapat mengesan
• masalah yang dihadapi pelajar
Prosedur

• Menentukan tajuk pengajaran


• Menentukan aspek dan tahap penguasaan
• Menghubungkaitkan elemen-elemen dalam tajuk
• Membina soalan ujian
• Mencadangkan tindakan susulan
Perbezaan antara Penilaian Formatif dan
Sumatif

Anda mungkin juga menyukai