Anda di halaman 1dari 11

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

• SK 1.1 Mendengar dan memberikan respons


• SP 1.1.2 Mendengar, memahami, dan memberikan respons terhadap;
• (i) soalan
• (ii) suruhan
• (iii) pesanan
• (iv) permintaan
• OBJEKTIF
– Menyatakan jawapan berdaasarkan soalan yang diberikan
– Murid dapat menyatakan pendapat dan jawapan tentang paparan yang ditunjukkan di
hadapan kelas
PEMILHAN KAEDAH
STRATEGI PEMUSATAN GURU

STRATEGI BERASASKAN SUMBER ATAU BAHAN

STRATEGI BERASASKAN TUGASAN / AKTIVITI

PENDEKATAN INDUKTIF

KAEDAH PERBINCANGAN
STRATEGI PEMUSATAN GURU
• Dalam strategi ini guru bertindak mengawal  keadaan dan berperanan
sebagai ketua. Fokus pengajaran dimonopoli oleh guru.
• Mengikut Brophy (1978), pendekatan ini merupakan satu pendekatan
yang mudah dirancang dan diurus. Kepimpinan guru bersifat
autokratik iaitu komunikasi dan interaksi  antara guru dan murid
adalah sehala.
• Contoh strategi pemusatan guru adalah seperti syarahan, demontrasi
dan bercerita.
STRATEGI BERASASKAN SUMBER/
BAHAN
• Strategi pemusatan bahan bermaksud guru menggunakan banyak bahan
seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik,
komputer, pusat sumber, pusat akses kendiri dan lain-lain untuk
melaksanakan pengajarannya.
• Penekanan diberi kepada penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran
• Kepelbagaian media kaan meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran serta meningkatkan pemikiran kritikal dan kemahiran
mental.
STRATEGI BERASASKAN TUGASAN/
AKTIVITI
• Strategi berpusatkan tugasan/aktiviti bermaksud guru melibatkan murid
dalam aktiviti/tugasan  yang memberi peluang kepada murid untuk
memilih atau mengaplikasikan apa-apa  yang dipelajari ( dalam proses
memberi bimbingan dan strategi-strategi  mempermudahkan tugasan atau
bantuan atau scaffolding  yang membolehkan mereka menyempurnakan 
aktiviti dengan jayanya)
• Menurut J. Dewey (1910), melalui aktiviti murid, intelek, rohani, sosial, dan
jasmani mereka dapat dikembangkan dan murid akan belajar dengan lebih 
berkesan melalui cara yang praktik. Contohnya aktiviti membaca, menulis,
bermain, berbincang, dan lain-lain
PENDEKATAN INDUKTIF
• Pendekatan induktif Pendekatan induktif bermula daripada spesifik
kepada umum, iaitu dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan
menuju ke arah sesuatu generalisasi (J.M. Kierzek dan Gibson, 1960).
• Hal ini bermaksud seseorang guru boleh membantu pelajar menguasai
konsep atau generalisasi berasaskan pemerhatian atau contoh-contoh yang
diperoleh. 
TEKNIK PERBINCANGAN
• Orlich et al. (2007) berpandangan bahawa perbincangan merupakan
teknik yang boleh meningkatkan kemahiran pemikiran dan pertuturan
pelajar serta dapat merangsang pemikiran analitik.
• Perbincangan digunakan oleh guru untuk mencapai tiga objektif
pengajaran, iaitu meningkatkan pemikiran dan membantu pelajar
membina kefahaman kandungan; merangsang penglibatan; serta
membantu pelajar menguasai kemahiran komunikasi dan proses
pemikiran (Arends, 2001).
LANGKAH LANGKAH PENGAJARAN

1. PENDEDAHAN

2. PELAKSANAAN
3. HASIL
AKTIVITI
PENDEDAHAN
• 1. Guru memberitahu murid akan aktiviti yang akan dilakukan
• 2.Guru menyediakan paparan skrin berkaitan tajuk pembelajaran yang ingin dipelajari
iaitu berkaitan dengan cerita rakyat
• 3. Guru menayangkan cerita rakyat tersebut selama beberapa minit dan diselitkan
dengan sarikata bahasa Melayu (menguji kemahiran membaca murid).
• 4. Murid-murid mendengar dan menonton video sambil mencatat isi-isi penting
berkaitan tajuk pembelajaran pada hari itu
• 5. Contohnya, kata kerja dan sebagainya

PENGGABUNGJALINAN
- KEMAHIRAN MENULIS
PELAKSAAN
• 1. Minta murid membentuk beberapa kumpulan yang terdiri daripada beberapa orang
• 2. Berikan kertas kosong dan minta setiap kumpulan menyatakan sebanyak mana kata
kerja yang mereka dapat hasil menonton video cerita rakyat tadi.
• Murid diberikan masa selama 5 minit untuk mencatatkan sebanyak mungkin kata kerja
yang dapat dikenalpasti dalam cerita rakyat tadi

PENGGABUNGJALINAN
- KEMAHIRAN MENULIS
HASIL
• 1. Wakil setiap kumpulan diminta untuk hadir ke hadapan kelas
• 2. Minta setiap wakil untuk mencatat jawapan kumpulan pada papan putih kelas.
• 3. Semak dan berbincang jawapan bersama-sama murid
• Kumpulan yang paling banyak mendapat kata kerja dikira sebagai pemenang

PENGGABUNGJALINAN
- KEMAHIRAN MENULIS

Anda mungkin juga menyukai