Anda di halaman 1dari 37

Konsep pendekatan, Kaedah,Teknik dan strategi pengajaran

KONSEP PENDEKATAN

PENDEKATAN
Parera (1986) :
Pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian).

Kamarudin Hj. Husin (1988) :


satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa

PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA


Definisi Edward Anthony (1963) mendefinisikan pendekatan sebagai satu set andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran dan pengajaran Jack Richards dan Theodore Rodgers (1986) sebagai andaian, kepercayaan, teori tentang sifat bahasa dan pembelajaran bahasa.

Sambungan DEFINISI
Menurut Kamus Dewan (1998) :
- Cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah.

Dalam konteks pendidikan :


- Cara mendekati sesuatu atau perihal mendekati. - Contoh : objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu pelajaran.

Sambungan..
Contoh pendekatan menurut Gestalt :
- situasi mempelajari sesuatu secara keseluruhan dahulu dan kemudian mempelajari elemen-elemen yang ada di dalamnya. Jika situasi ini diterima sebagai sebuah teori pembelajaran, maka ia merupakan suatu bentuk pendekatan.

Secara umumnya :
Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, penyampaian dan peraturan merupakan aspek terpenting

Jenis-jenis Pendekatan :
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pendekatan Induktif Pendekatan Deduktif Pendekatan Eklektik Pendekatan Komunikatif Pendekatan Interaksional Pendekatan Pengalaman Bahasa Pendekatan Bersepadu

Pendekatan berlandaskan kepada model, prinsip/ teori pembelajaran


a) b) c) d) e) f) g) konkrit kepada abstrak Mudah kepada kompleks Keseluruhan kepada bahagian Umum kepada spesifik (deduktif) Spesifik kepada umum (induktif) Dekat kepada jauh Diketahui kepada yang belum diketahui

KAEDAH

KAEDAH PENGAJARAN
satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.

Mangantar Simanjuntak (1982) :

DEFINISI KAEDAH

satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang di gunakan.

Parera (1986) :
satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagian-bahagiannya yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan kepada pendekatan

Ishak Ramly (2006) :


satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.

Jenis-jenis kaedah :
(menurut Kamarudin Hj. Husin,1988 )

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Kaedah terus Kaedah semulajadi Kaedah askar atau tentera Kaedah ajuk-hafaz Kaedah linguistik Kaedah oral-aural Kaedah terjemahan Kaedah psikologi Kaedah kod-kognitif Kaedah khusus

TEKNIK

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih hendaklah sejajar dengan kaedah dan seirama dengan pendekatan

DEFINISI TEKNIK
Kamus Dewan (edisi ketiga) : kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Edward M. Anthony : satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz : pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Sambungan definisi
Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz; sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Tujuan Teknik
1. Menarik Minat murid 2. Mengekalkan perhatian 3. Membangkitkan ras ingin tahu

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa


1. Teknik main peranan 2. Teknik latih tubi 3. Teknik bercerita 4. Teknik inkuiri 5. Teknik perbahasan 6. Teknik kuiz 7. Teknik sumbangsaran 8. Teknik soal jawab 9. Teknik simulasi 10. Teknik drama 11. Teknik perbincangan 12. Teknik forum 13. Teknik dialog

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa


14. Teknik permainan bahasa 15. Teknik bercakap 16. Teknik Menyanyi 17. Teknik perbualan telefon 18. Teknik Penyelesaian Masalah 19. Teknik tunjuk cara 20. Teknik Penyampaian Berita 21. Teknik Penyampaian Laporan 22. Teknik Bersyarah 23. Teknik berpuisi 24. Teknik Bermesyuarat

Contoh Teknik 1. Teknik berbincang teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan kanak-kanak di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Teknik brainstorming teknik yang berbentuk perbincangan Kanak-kanak digalakkan berfikir secara kreatif dan aktif untuk menghuraikan pendapatnya. Teknik soal jawab teknik yang kerap digunakan oleh guru. Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan kanak-kanak. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan dan kanak-kanak akan menjawab soalan tersebut. Mempunyai aras kesukaran soalan

2.

3.

STRATEGI

Strategi
Kamus Dewan 1998
rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan Bidang pendidikan kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan

Contoh: Strategi penggabungjalinan kemahiran-kemahiran bahasa, misalnya pertuturan, membaca dan menulis Strategi penyerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran Strategi integrasi fakta-fakta dalam pelbagai mata pelajaran Strategi gabung kaedah keseluruhan kelas dengan kaedah kumpulan Strategi gabungan kemahiran-kemahiran pelajaran dalam kelas bercantum

Pemusatan Guru

Strategi
Pemusatan Murid Pemusatan Bahan

Pemusatan Guru
Kaedah Dan Teknik
Penerangan Demonstrasi Syarahan Pengajaran Berkumpulan/Berpasukan Pengajaran Mikro Bercerita Keseluruhan Kelas

Pemusatan Bahan
Kaedah Dan Teknik
Audio-visual Penggunaan Komputer Penggunaan Bahan Cetak Pengajaran-pembelajaran Kesepaduan Modul Penggunaan Buku Teks dan Buku Rujukan

Pemusatan Murid
Kaedah Dan Teknik
Projek Inkuiri-penemuan Perbincangan Penyoalan Penyelesaian Masalah Simulasi Main Peranan Sumbangsaran Kumpulan Pembelajaran Melalui Pengalaman

Teknik Pengajaran Bahasa

1. Teknik bercerita

9. Teknik soal jawab

2. Teknik Bersyarah

8. Teknik Main peranan TEKNIK PENGAJARAN BAHASA

3. Teknik Berbincang

7. Teknik tunjuk cara

4. Teknik menghafaz &latih tubi

6. Teknik brainstorming

5. Teknik penyelesaian masalah

TEKNIK BERCERITA
Teknik yang mudah menarik minat kanakkanak kerana mereka menumpukan perhatian dalam keadaan seronok. Mudah difahami dan membuatkan suatu proses P&P yang berkesan. Mementingkan aspek-aspek bahasa dalam penceritaan oleh seseorang guru. Antara langkah yang perlu diambil dalam persediaan teknik bercerita ialah: Pilih cerita yang sesuai dengan umur,minat Kaji dahulu cerita dan masukkan aspek bahasa yang sesuai. Hafazkan frasa,ayat-ayat yang penting atau lain-lain aspek bahasa dalam cerita tersebut Membuat latihan bercerita Guru dalam keadaan yang selesa Gunakan ABM tambahan yang menarik seperti gambar,bahan maujud dll. Sediakan kad-kad frasa atau ayat-ayat untuk tujuan pembelajaran selanjutnya.

-TEKNIK BERSYARAH
Dikenali juga sebagai teknik kuliah yang melibatkan pengajaran fakta atau prinsip secara lisan oleh guru. Interaksi satu hala yang tidak banyak melibatkan aktiviti murid. Teknik ini dapat menjimatkan masa kerana idea dan pengalaman guru dapat dikemukakan sekaligus bergantung kepada kebolehan guru itu. Guru perlu meninjau dan menyelidik dahulu setakat mana kemampuan murid untuk mengikuti syarahan yang disampaikan. Guru perlu memastikan murid akan memahami segala syarahan yang diberi. Komunikasi melalui suara yang kuat dan jelas bagi murid-murid.

TEKNIK BERBINCANG
Berbentuk perbualan dikalangan murid dan guru. Murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan pandagan mengenai sesuatu topik sambil guru memantau. Dapat menggalakan murid berfikir dengan jelas dan bekerjasama untuk selesaikan sesuatu masalah.mereka kelihatan lebih cergas dan aktif. Guru harus memilih tajuk yang sesuai untuk dijadikan topik perbincangan serta berkaitan dengan pengalaman dan latar belakang murid-murid. Perbincangan boleh dilakukan secara berkumpulan dan memilih ketua untuk memastikan semua aspek perbincangan tercapai.

TEKNIK MENGHAFAZ DAN LATIH TUBI


Teknik yang lama telah digunakan. Terdapat 4 langkah iaitu: Memikirkan bahan yang dipelajari Mengulang bahan yang dipelajari Mengucapkan bahan dihadapan guru Mengingat bahan yang dipelajari.

Latih tubi ialah pengulangan faktafakta atau kecekapan yang dipelajari. Bertujuan untuk mencapai tahap penguasaan kemahiran tersebut.

TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH


Teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah penyeliaan guru. Dewey(1933:105) mencadangkan 5 langkah dalam teknik ini iaitu : a- Kenal masalah b- Penentuan masalah c- Cadangan penyelesaian d- Penelitian penyelesaian atau jawapan e- Pemeriksaan kesimpulan.

TEKNIK BRAINSTORMING
Teknik berbentuk perbincangan yang membolehkan kumpulan berfikir secara kreatif dan aktif. Murid-murid digalakkan untuk menghuraikan pendapat yang telah dikemukakan dan dikembangkan. Beberapa langkah yang harus dipatuhi: Semua murid harus terlibat Ahli kumpulan boleh mencadangkan apa sahaja pendapat dan dipaparkan. Semua idea mesti diterima dengan terbuka Pendapat dan pandangan diperkembangkan lagi oleh ahli kumpulan. Memperkemaskan lagi dan menilai idea untuk dibuat pengubahsuaian. Keputusan mengenai pandangan atau pendapat harus diterima oleh semua ahli kumpulan untuk digunakan.

TEKNIK TUNJUK CARA


Disebut juga sebagai teknik demonstrasi. Teknik yang menunjukkan murid langkah-langkah,prosedur atau peraturan bagi menghasilkan sesuatu. Banyak aktiviti bahasa yang boleh dilakukan melalui teknik ini. Contoh;guru meminta murid-murid menunjukkan cara menjahit baju,membuat kuih,menunggang basikal dll.

TEKNIK MAIN PERANAN


Teknik yang membolehkan murid-murid mendapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Disebut juga sebagai ambil peranan atau sosiodrama yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan. Dimulakan dengan pemilihan masalah,kemudian dilakonkan. Menekankan beberapa perkara iaitu: Dirancangkan oleh guru dengan teliti. Sebelum mula,terangkan dahulu situasi dan masalahnya. Sewaktu dijalankan,murid diminta memerhati dengan penuh tumpuan. Bincangkan peranan yang telah dilakonkan oleh murid mengenai kelemahan dan kekuatan peranan tersebut.

TEKNIK BERSOAL JAWAB


Satu teknik yang paling popular dan kerap digunakan oleh guru-guru. Ia mewujudkan satu interaksi antara guru dan murid yang berkesan. Dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan dan murid-murid memberi tindak balas yang sewajarnya. Teknik ini mementingkan perkara berikut: Soalan yang dikemukakan mestilah jelas dan rasional dan tenang. Hentian dan cepat-lambat dalam penyoalan harus diberi perhatian. Soalan yang diberi haruslah tersebar dengan baik diseluruh kelas. Soalan mesti bersifat mencungkil dan menggalakkan murid berfikir dalam. Soalan yang baik biasanya tidak mengandungi terlalu banyak maklumat

Kesimpulannya
Pendekatan, strategi dan teknik yang digunakan oleh guru mampu menanam dan membina keinginan untuk belajar selain memupuk minat murid. Secara tidak langsung, ia juga dapat meningkatkan pencapaian dalam pelajaran.

Hubungkait
Menurut Edward M. Anthony, strategi pengajaran dan pembelajaran berhubung rapat dengan pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Ia merujuk kepada satu perancangan yang berkesan dalam menentukan pendekatan serta memilih dan menyusun kaedah dan teknik mengajar secara logikal dan sistematik untuk

mencapai objektif pelajaran secara optimum.

Anda mungkin juga menyukai