Anda di halaman 1dari 66

Kaedah Pengajaran

A) Sumbangsaran
B) Perbincangan
C) Belajar sambil bermain
D) Demonstrasi
E) Simulasi
F) Main Peranan
G) Penyelesaian Masalah

Modifikasi kaedah dan teknik


pengajaran dan pembelajaran untuk
kakank-kanak berkeperluan khas NGUI GEOK KIM
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
EDUP3033 MURID DAN
PEMBELAJARAN
SEM 2 Amb Jun 2016
KULIAH 10
Hasil Pembelajaran:

Di akhir pembelajaran, pelajar dapat:

Merancang aktiviti Pengajaran dan


Pembelajaran Menggunakan
Pendekatan Strategi dan Kaedah
Pengajaran Masa Kini dan Membuat
Pembentangan
STRATEGI PENGAJARAN

KAEDAH

PENDEKATAN

TEKNIK PENGAJARAN

AKTIVITI
1. Dalam sistem pendidikan guru di Malaysia, pelbagai teknik
pengajaran guru telah diaplikasikan. Hal ini adalah untuk
memastikan keberkesanan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.

2. Kepelbagaian pelajar dapat dilihat melalui pemerhatian


guru-guru, ibu bapa, rakan-rakan dan masyarakat.

3. Sebagai seorang guru,kita seharusnya fleksibal dalam


mempelbagaikan teknik pengajaran guru. ( kaedah,
pendekatan dan aktiviti )
PENGAJARAN GURU
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk
memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi
tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat
menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan
harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran
yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan
suasana pembelajaran yang dapat merangsangkan minat
pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan
keperluan pelajar.

KEPELBAGAIAN PELAJAR
Selain mendidik pelajar, guru seharusnya memahami
kemahuan pelajar kerana setiap pelajar mempunyai sikap,
latar belakang keluarga, tahap kecerdasan yang berbeza.
GURU
merupakan pendidik profesional dengan tugas
mendidik,mengajar,membimbing,melatih dan menilai
pelajar.

PELAJAR
Istilah pelajar atau murid merujuk kepada sesiapa yang
sedang atau dalam keadaan belajar.

PENDEKATAN jalan yang diambil

KAEDAH cara yang teratur, kemas & sistematik


DEFINISI TEKNIK PENGAJARAN GURU

Teknik pengajaran guru adalah , konsep


pendekatan, strategi, atau kaedah untuk
membentuk sesuatu rancangan pelajaran
harian yang sempurna oleh seseorang guru.
Menarik minat pelajar
Mengekalkan perhatian
Membangkitkan perasaan ingin tahu

( 3M )
Sumbangsaran

Bersoal
jawab Perbincangan

Belajar
Bercerita sambil
bermain

Simulasi Demonstrasi

Penyelesaian Simulasi
Masalah

Main Peranan
1. Apakah itu sumbangsaran?
1. Sumbangsaran ialah teknik pembinaan kemahiran yg mudah dan berkesan jika satu
tahap kreativiti tinggi dlm pelmbelajaran yg diingini dpt dicapai. (Orlich et a(2007)).
2. Satu teknik perbincangan yg kreatif utk mendapatkan beberapa idea daripada
sesuatu kumpulan dlm masa yg terkawal.
3. Aktiviti perbincangan, di mana ahli dlm kumpulan besar mengemukakan seberapa
banyak idea dgn tujuan menyelesaikan sesuatu masalah.
4. Setiap ahli digalakkan untuk memberi idea dan idea itu akan dikaji dgn teliti. Idea
yg paling sesuai akan diterima sbg rumusan perbincangan. Keputusan yg dicapai
merupakan keputusan kumpulan.
5. Sumbagsaran bertujuan melatih murid mengemukakan idea atau pandangan yg
bernas.
6. Guru meningkatkan keyakinan murid untuk mengemukakan pendapat di hadapan
orang ramai dan memupuk semangat berkongsi idea serta menerima pendapat
orang lain. Ini juga dapat memupuk sifat-sifat sosial dan menggalakkan
perkembangan mental murid.
2. Prinsip-Prinsip Sumbangsaran
1. Topik perbincangan haruslah sesuai dgn kebolehan dan minat murid.

2. Suasana perbincangan harus kondusif dan tidak formal utk menggalakkan


perbincangan.

3. Murid diberikan peluang utk mengemukakan seberapa byk idea atau


pendapat.

4. Murid dilarang membuat kritikan atau menilai idea semasa proses


sumbangsaran. Penilaian idea dibuat pada peringkat akhir.

5. Semua pendapat / idea dicatat dan huraian org lain adalah dibenarkan.

6. Murid digalakkan utk mengembangkan satu-satu idea agar melahirkan


pandangan yg baharu.

7. Masa utk mengemukakan idea adalah terkawal supaya ahli-ahli boleh


digalakkan berfikir secara pantas.
3. Pelaksanaan Sumbangsaran
1. Melibatkan seluruh kelas. Tetapi jika tempoh masa utk perbincangan
adalah pendek, bilangan murid di dalam kelas seharusnya kecil.

2. Kelas boleh dibahagikan kpd beberapa kumpulan.

3. Tajuk perbincangan dikemukakan kpd murid-murid dgn jelas oleh ketua


kumpulan.

4. Menentukan satu cara utk merekod semua idea melalui (grafik/carta)

5. Setiap murid diberikan peluang utk mengemukakan idea secara bergilir


-gilir.

6. Setiap idea / pendapat dibincangkan.

7. Rumusan idea dibuat hasil drp persetujuan semua murid dlm kumpulan.
4. Pelaksanaan Sumbangsaran
1. Semua idea kecuali jenaka harus diterima dan dicatatkan.

2. Tiada kritikan terhadap mana-mana idea / cadangan.

3. Ahli kumpulan harus menambah idea rakan-rakan.

4. Ketua kumpulan harus cuba menggalakkan semua ahli utk mengemukakan


idea serta memberikan peneguhan positif.

5. Kualiti idea tidak begitu dipentingkan. Namun, ahli digalakkan utk berfikir
secara kreatif dan berintelek.
5. Kelebihan Sumbangsaran
1. Semua murid melibatkan diri dlm mengemukakan idea.

2. Menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis dlm kalangan murid.

3. Murid-murid digalakkan utk melibatkan diri secara aktif.

4. Nilai-nilai murni dipupuk dan wujudnya unsur hormat-menghormati idea


atau pendapat org lain.

5. Sumbangsaran adalah kurang sesuai utk murid-murid yg lemah kerana


mereka tidak dpt memberikan idea. Mereka akan berasa kecewa dan rendah
diri jika idea mereka ditolak pada akhir sesi sumbangsaran.

6. Orlich et al (2007) menyarankan agar sumbangsaran merupakan satu


proses pencetusan idea dan harus dilanjutkan.
Contoh, idea yg dijana dlm sumbangsaran
2. PERBINCANGAN
1. Satu proses aktif yg melibatkan guru dan murid.

2. Perbincangan merangsangkan interaksi antara murid-murid secara


bermakna dan juga menggalakkan pelbagai pembelajaran yg merangkumi
kandungan, kemahiran, sikap dan proses-proses pembelajaran.

3. Orlich et al (2007) berpendapat perbincangan merupakan teknik yg boleh


meningkatkan kemahiran dan pemikiran murid.

2a) Objektif Perbincangan


1. Meningkatkan pemikiran dan membantu murid-murid membina
kefahaman kandungan.

2. Merangsang penglibatan

3. Membantu murid menguasai kemahiran komunikasi dan proses


pemikiran.
2c) Pelaksanaan Sesi Perbincangan
1. Proses dan interaksi
a) Proses komunikasi amat penting untuk menjayakan perbincangan.
b) Penglibatan murid dlm perbincangan merupakan sebahagian daripada
proses perbincangan.

2. Peranan dan tanggungjawab


a) Guru berperanan sbg fasilitator, beliau akan membimbing murid dgn
kemahiran, memberi bahan dan peluang kpd murid.
b) Guru juga perlu bergerak ke tiap-tiap kumpulan utk mendengar,
memerhati, dan menggalakkan setiap murid utk melibatkan diri.
c) Setiap kumpulan terdapat seorang ketua dan pencatat. Peranan ini boleh
digilirkan.

3. Kepimpinan
a) Ketua kumpulan mempunyai autoriti dan sbg jurucakap.
b) Atribut seorg ketua kumpulan:
- populariti - tahap pencapaian akademik
- kemahiran sosial - kebolehan berfikir dan bertutur
3) Belajar Sambil Bermain
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari
bahasa melalui teknik permainan.

Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada


pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna
dan sebagai alat dianogstik.

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan


pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan


dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan
Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini
diinterpretasikan melalui objektif tersirat dalam permainan
bahasa tersebut iaitu :
1. merangsang interaksi verbal pelajar
2. menambah kefasihan dan keyakinan
3. menyediakan konteks pembelajaran
4. bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan
pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu.

Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.

Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan


mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki.

Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.

Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan,


perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan
sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan
pengukuhan.

Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan


antara pelajar.
4A) DEMONTSTRASI

1. Satu cara utk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti
mengikut prosedur.

2. Dalam proses ini terdapat komunikasi lisan secara langsung drp guru kpd
murid.

3. Teknik ini bertujuan memberi peluang kpd murid agar benar-benar


memahami perkara yg hendak dipelajari melalui prosedur yg ditunjukkan.

4. Membolehkan murid-murid menguasai sesuatu perkara dgn lebih mudah


dan dpt meningkatkan ingatan murid terhadap sesuatu perkara.

5. Demonstrasi yg baik memerlukan objektif dan kandungan yg teliti,


penerangan yg jelas, tumpuan drp murid, rumusan, dan aktiviti susulan
dlm memperkukuhkan kefahaman murid.
4B) TUJUAN DEMONTSTRASI

1. Menunjukkan sesuatu isi atau prosedur secara berkesan.

2. Menimbulkan minat dlm sesuatu topik.

3. Menyediakan model utk kemahiran mengajar.

4. Mengubah kadar pembelajaran murid.


4C) PELAKSANAAN DEMONTSTRASI

1. Guru menentukan topik serta menyediakan alatan dan bahan.

2. Langkah-langkah yg perlu diikuti ditunjukkan.

3. Gerak balas diberikan utk setiap soalan.

4. Guru menyoal demi pemahaman murid.

5. Urutan perlu dicatatkan supaya tiada perkara penting yg ditinggalkan.

6. Guru meminta murid mengulangi langkah dan murid akan mempraktikkan


apa-apa yg dipelajari.
5) SIMULASI

1. Simulasi ditakrifkan sbg satu situasi yg diwujudkan hampir menyerupai


keadaan sebenar yg memerlukan murid berinteraksi sesama sendiri
berdasarkan peranan masing-masing utk membuat sebarang keputusan
menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.

2. Melalui teknik ini, murid-murid dpt menggunakan kemahiran belajar


seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temu ramah dgn individu
tertentu dan mencatat isi-isi penting.

3. Dlm proses ini murid-murid digalakkan utk memberi pendapat, cadangan,


membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yg
dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kpd murid mengalami sendiri
situasi dan masalah.

4. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dpt digabungjalinkan dan


dipertingkatkan terutamanya dlm kemahiran lisan membaca dan menulis.
5) SIMULASI

5. Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yg menjadi sumber motivasi


kpd murid utk meneruskan proses P&P.
6) MAIN PERANAN

1. Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau


peristiwa yg dianggap penting.

2. Murid diberi peranan dan bertindak sbg watak-watak yg ditentukan dlm


satu situasi yg disediakan.

3. Main peranan ialah dramatisasi yg tiada kaitan atau penghafalan skrip, yg


mana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan situasi kpd murid lain supaya
mempraktikkan kpd diri mereka berdasarkan peranan yg dimainkan secara
spontan.

4. Proses ini biasanya dimulakan dgn pemikiran masalah yg sesuai.


Masalah ini dikemukakan kpd murid dgn cara membacakannya atau
memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan
sebagainya.
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi
atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.

Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak


yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.

Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau


penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba
menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada
pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri
mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara
spontan.

Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran


masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada
pelajar dengan cara membacakannya atau
memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar
rakaman dan sebagainya.
Main peranan ialah aktiviti dalam pengajaran
yang memberi peluang kepada murid untuk
membayangkan diri sendiri atau orang lain
dalam pelbagai situasi tertentu.

Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk


mendapatkan penglibatan aktif murid-murid dalam
pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini boleh
dijalankan di dalam kelas dan murid murid yang
mengambil bahagian haruslah berlagak seperti watak
yang dibayangkan.
Tujuan
Konsep Main
Peranan
Langkah-
langkah
Pelaksanaan

Contoh
pelajaran
Konsep
Satu teknik mengajar dalam bilik darjah.
Lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa
menggunakan sebarang skrip.
Lakonan berdasarkan kepada sesuatu situasi atau masalah yang
timbul.
Misalnya, murid membayangkan sesuatu situasi yang timbul,
kemudian melakonkannya mengikut situasi yang dibayangkan
dengan secara spontan.
Tujuan
Membantu murid-murid memahami tingkah laku sosial
,peranan mereka dalam interaksi sosial dan cara-cara
menyelesaikan masalah dengan berkesan.

Mengukuhkan kemahiran pertuturan dan melatih diri untuk


berfikir secara spontan supaya dapat menyelesaikan masalah
secepat mungkin dalam situasi yang terkawal.
Membantu mereka mengumpul serta mengurus
maklumat mengenai isu-isu sosial, megembangkan
sifat empati terhadap orang lain, dan boleh
menambahbaikkan kemahiran sosial mereka.

Membolehkan pelajar memahami lebih mendalam


akan tujuan, sikap dan tingkah laku orang lain dalam
situasi yang sebenar.
Pelaksanaan
Guru mewujudkan satu situasi yang
bermasalah yang disediakan

Guru menerangkan secara ringkas mengenai


objektif lakonan, watak-watak yang terlibat
dalam situasi itu dan tempoh berlakon (dalam
lingkungan 5-6 minit)

Guru memilih murid-murid yang


berminat menjadi pelakon-pelakon
murid-murid dikehendaki
memikirkan dan mengemukakan cara
penyelesaian masalah yang timbul
dalam situasi itu berdasarkan watak-
watak mereka.

Guru berbincang denagn murid tentang prestasi


pelakon-pelakon dan cara menyelesaikan masalah

Guru membimbing murid-murid membuat rumusan


Contoh Pelajaran melalui Teknik
Main Peranan

Mata Pelajaran : Sains

Tajuk : Cara haiwan melindungi dirinya dengan

hidup berkelompok.

Watak-watak : Harimau, anak kerbau dan


sekumpulan kerbau.
Langkah-langkah
Mengajar:
Guru mewujudkan satu situasi : seekor anak kerbau diburu
oleh seekor harimau. Bagaimanakah anak kerbau dapat
Permulaan diselamatkan?

Seorang murid memakai topeng harimau mengejar seorang pelajar yang


memakai topeng anak kerbau
Anak kerbau itu berlari dengan perasaan takut tetapi sempat dilindungi oleh
Sesi aktiviti murid-murid yang memainkan peranan sebagai satu kumpulan kerbau berhidup
lakonan berkelompok
Kerbau-kerbau membentuk satu bulatan melindungi anak kerbau di dalamnya

Guru berbincang dengan murid tentang lakonan yang telah selesai dijalankan
Guru membimbing murid-murid membuat rumusan yang mengabaikannya
Penutup dengan konsep perpaduan rakyat
Kelebihan Main peranan
1. Memberi peluang pada murid memikirkan cara penyelesaian secara
spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan
2. Meningkatkan kemahiran pertuturan (semasa berlakon)
3. Menarik & seronok di samping membawa suasana pembelajaran yang
berkesan
4. Menggalakkan interaksi antara murid
5. Dilatih untuk menghadapi situasi bermasalah yang sebenar
6. Menghayati nilai-nilai moral yang baik, seterusnya mengubah sikap
negatif dan membina sikap positf
7. Banyak situasi luar bilik darjah dapat ditunjukkan dalam bilik darjah
8. Secara tidak langsung, bakat lakonan murid dapat diasah melalui
lakonan.
Kelemahan Main peranan
Perasaan gelisah mungkin tertimbul di kalangan murid yang tidak
pernah ada pengalaman berlakon
Prestasi pelakon yang kurang baik dan menarik akan menimbulkan
perasaan bosan dikalangan penonton yang mungkin membuat bising
atau mengejek kesilapan pelakon tertentu
Hanya murid yang terlibat dalam lakonan sahaja yang mendapat
pengalaman secara langsung dan faedah-faedah berlakon.
Penilaian prestasi pelakon dan membuat rumusan tidak mudah
dilakukan dengan seperti yang diharapkan
7A) PENYELESAIAN MASALAH

1. Suatu proses inkuiri, murid-murid mencari jawapan utk soalan yg relevan


kpd mereka.

2. Teknik ini berasaskan kpd falsafah konstruktivisme, murid melibatkan diri


secara aktif dlm proses pembelajaran.

3. Peranan guru dlm teknik ini mewujudkan persekitaran yg membolehkan


murid mengambil bahagian dlm aktiviti kelas atau penerokaan internet.
7B) PROSES PENYELESAIAN MASALAH

1. Murid-murid mengenal pasti masalah.

2. Menjelaskan isu-isu.

3. Mencadangkan cara utk memperoleh maklumat-maklumat yg diperlukan.

4. Menilai idea dan rumusan.


7C) LANGKAH-LANGKAH MENYELESAIKAN MASALAH

1. Menyedari masalah.

2. Mengenal pasti masalah.

3. Mendefinisikan semua masalah

4. Menentukan had masalah

5. Membuat analisis

6. Mengumpulkan data yg relevan

7. Menguji dan menilai data

8. Membuat sintesis

9. Membuat generalisasi

10. Melaporkan keputusan


7D) CONTOH PdP YANG MENGGUNAKAN PENYELESAIAN MASALAH

1. Sesi soal jawab berdasarkan kesusasteraan - yg memerlukan daya


pemikiran kritis dan kreatif.

2. Aktiviti pengayaan- di mana persoalan dan permasalahan sesuatu bahan


latihan secara lisan, bacaan atau penulisan.

3. Aktiviti geografi seperti masalah persekitaran sekolah, iaitu pencemaran


bunyi, bilik darjah sempit dan sesak serta tempat meletak kereta yg terhad.

4. Aktiviti kajian tempatan- pelajar menyelesaikan masalah lalu lintas di luar


sekolah.
7D) CONTOH PdP YANG MENGGUNAKAN PENYELESAIAN MASALAH

1. Satu lagi perspektif drp pengajaran berasaskan penyelesaian masalah


ialah Theory of Constraint (TOC) yg boleh digunakan secara berasingan
atau digandingkan dgn kaedah lain utk membentuk sistem penyelesaian
masalah dan pengurusan perubahan yg sesuai.

2. TOC membolehkan pelajar menerangkan masalah dan mencipta


penyelesaian kreatif, menganalisis, berfikir melalui akibat terhadap
tindakan dan idea-idea serta mengaplikasi apa-apa yg dipelajari sehingga
mencapai keputusan.

3. Tujuan generik adalah utk menterjemahkan gerak hati kpd format yg boleh
dibincangkan secara rasional, menyoal dgn bebas dan mengubah suai kpd
kefahaman situasi.

4. Cara ini digunakan utk penyelesaian masalah, di samping memudahkan


komunikasi, kerjasama dan persetujuan dlm kalangan mereka yg terlibat
dlm penyelesaian masalah tersebut.
7D) CONTOH PdP YANG MENGGUNAKAN PENYELESAIAN MASALAH

5. TOC merupakan satu alat berfikir dan komunikasi yg amat efektif


( Vishalache Balakrishnan, 2002).

6. Alat-alat ini membolehkan pelajar menerangkan masalah dan mencipta


penyelesaian yg kreatif, menganalisis secara berkesan, berfikir melalui
akibat terhadap tindakan dan idea-idea serta mengapliaksi apa-apa yg
dipelajari sehingga mencapai keputusan dlm satu cara yg
bertanggungjawab.

7. Teknik ini bukan hanya menghafal maklumat drp teks, tetapi


merangsangkan pemikiran pelajar.
7D) CONTOH PdP YANG MENGGUNAKAN PENYELESAIAN MASALAH

8. Toc perlu menyokong salah satu drp tiga objektif generik proses
penyelesaian masalah yg perlu dilaksanakan oleh kumpulan.

a) Apa yg akan diubah: Penilaian situasi, huraian ttg kenyataan semasa dan
diagnosis menentukan teras masalah atau konflik dari andaian-andaian
yg mengekalkannya.

b) Apa yg hendak diubah: Menyatakan visi atau penyelesaian dan huraian


strategi utk mendapatkan apa yg diingini preskripsi, membuat keputusan
dan perkembangan penyelesaian.

c) Bagaimana membuat perubahan: Pembinaan pelan yg terperinci dan taktik


yg boleh menjelaskan perkara yg perlu berlaku dan menyelaraskan usaha
kumpulan utk melaksanakan strategi- merancang pembinaan pasukan.

9. TOC merangsangkan penyoalan sokratik yg membolehkan pelajar


memperoleh pengetahuan dan penyelesaian terhadap masalah-masalah.
Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan
dalam bidang pendidikan.

Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia


adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid
secara berkesan.

Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia


adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid
secara berkesan.

Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir


disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.

Tujuan utama teknik soal jawab ialah :


Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid.
Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan
kritis.
Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang
diajar.
Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan
untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan
sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan


tatabahasa dapat disampaikan.

Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar,


bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada


peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita.
Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak
laku dan kawalan mata.

Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus


dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan
kebosanan.
Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.

Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk


mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang
berorientasikan masalah.

Dapat menimbulkan daya refleksi dalam kalangan


pelajar.

Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang


dinamik untuk menimbulkan minat dan daya
kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering
mengemukakan soalan bagaimana. Oleh itu, ia dapat
melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.
GAYA KOGNITIF

Cara yang berkaitan dengan proses mental untuk


mentafsir , mempelajari dan memahami sesuatu

Menurut Kajian Loo (2002) ke atas 374 orang pelajar


tingkatan empat menunjukkan bahawa pelajar yang
bergaya kognitif Field Independent (FI) memperoleh
skor yang lebih tinggi dalam mata pelajaran Biologi ,
Kimia dan Fizik berbanding dengan pelajar-pelajar
yang bergaya kognitif Field Dependent (FD)
Stress
Arahan
Kementerian
Stress Stress
Akurjanji Karenah
Luar
Daerah
Murid
MASALAH-
MASALAH
YANG Stress
Stress DIHADAPI masalah
akibat OLEH Rumahtangga
tugas GURU
tambahan

Stress Pihak Stress Gaji


Rakan Rendah
Sekerja
TEKANAN KEMURUNGAN KEBIMBANGAN

KETIDAKPUASHATIAN DENDAM MALAS


GURU
MESTILAH
BERSIKAP
ADIL
MENASIHATI
PELAJAR AGAR GURU
BERDEPAN HENDAKLAH
SECARA BAIK MENGAMBIL
DGN GURU JIKA BERAT
ADA TERHADAP
PERSELISIHAN LANGKAH PELAJAR
FAHAM PENYELESAIAN

SENTIASA
MENYARANKAN MEMBERI
PELAJAR MOTIVASI
BERJUMPA KEPADA
KAUNSELOR PELAJAR
Secara keseluruhannya kami dapati pelbagai teknik
pengajaran guru telah dipraktik dalam proses
pengajaran bagi memastikan kesesuaian dengan
kepelbagaian pelajar.

Masalah yang dihadapi sepanjang proses


pembelajaran dapat diatasi melalui kerjasama antara
pelajar dan guru.
1. Modifikasi kaedah adalah perubahan terhadap cara-cara penyampaian
guru.

2. Kanak-kanak berkeperluan khas terdiri daripada kanak-kanak bermasalah


deria, kecacatan fizikal dan masalah pembelajaran.

3. Antara amalan terbaik utk kanak-kanak berkeperluan kahs ialah peer


tutoring, buddy system dan pembelajaran koperatif.

4. Kaedah mengajar secara berpasangan seperti pengajaran interaktif,


alternatif dan stesen merupakan teknik yg sesuai.
A) Modifikasi Kaedah dan Teknik untuk Kanak-Kanak dengan Masalah
Pembelajaran

B) Modifikasi Kaedah dan Teknik untuk Kanak-kanak yang Menghadapi


Kecacatan Fizikal dan Sensori.

C) Modifikasi Kaedah dan Teknik untuk Kanak-kanak yang Menghadapi


Masalah Tingkah Laku, Emosi dan Perkembangan Sosial.

D) Modifikasi Kaedah dan Teknik untuk Kanak-kanak Pintar Cerdas.


A) Modifikasi Kaedah dan Teknik untuk Kanak-Kanak dengan Masalah
Pembelajaran
1. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran menghadapi kekurangan dari
segi kebolehan intelek dan pencapaian akademik.
2. Kanak-kanak sedemikian memerlukan pengajaran yg berbeza serta
pengubahsuaian bagi masalah pembelajaran yg spesifik utk mereka.
3. Guru perlu mengubah suai kaedah pengajaran utk membantu mereka dlm
kelas.
4. Modifikasi teknik dgn meringkaskan projek.
5. Menyediakan objek atau peristiwa yg konkrit.
(menyediakan objek secara konkrit yg membolehkan pelajar menyentuh,
mendengar dan menghidu apabila guru menerangkan secara lisan.)
6. Pengulangan dan pembelajaran koperatif antara teknik yg sesuai.
7. Modifikasi dgn menggunakan teks yg lebih rendah arasnya.
A) Modifikasi Kaedah dan Teknik untuk Kanak-Kanak dengan Masalah
Pembelajaran

8. Modifikasi dgn memberi tempoh masa yg lebih panjang.

9. Cara alternatif ialah tambah aktiviti bertulis secara grafik daripada bertutur.

10. Cara alternatif ialah menulis di atas tanah liat atau menyalin huruf.
B) Modifikasi Kaedah dan Teknik untuk Kanak-kanak yang
Menghadapi Kecacatan Fizikal dan Sensori.

1. Modifikasi pengajaran langsung dgn menggunakan gambar dan saiz font


yg besar.

2. Pengubahsuaian teks bacaan kpd kad indeks utk memudahkan bacaan.

3. Ubah suai cara penyampaian dgn menunjukkan banyak visual dan


pemetaan.

4. Pengulangan dgn hentian secara lisan serta gunakan arahan bertulis.

5. Pengajaran melalui teknologi utk bantu kanak-kanak kecacatan fizikal.

6. Modifikasi kepada pemerhatian berbantukan senarai semak.


C) Modifikasi Kaedah dan Teknik untuk Kanak-kanak yang Menghadapi
Masalah Tingkah Laku, Emosi dan Perkembangan Sosial.

1. Teknik pengurusan tingkah laku melalui pemantauan rakan sebaya sesuai


utk melibatkan kanak-kanak berkeperluan khas dlm tugasan.

2. Teknik kawalan diri dan kemahiran peneguhan kendiri dpt meningkatkan


penglibatan kanak-kanak berkeperluan khas dlm aktiviti PdP.
D) Modifikasi Kaedah dan Teknik untuk Kanak-kanak Pintar Cerdas.

1. Kaedah belajar secara arah kendiri utk mencungkil bakat kanak-kanak


pintar cerdas.

2. Aktiviti yg terbuka dan soalan divergen utk pemikiran aras tinggi.

3. Aktiviti pengayaan utk mereka melaksanakan projek yg berpanjangan.


Modifikasi kaedah dan teknik bertujuan membantu kanak-
kanak berkeperluan khas dpt menguasai pembelajaran dan
mencapai hasil pembelajaran.
Tutorial 11:

Menayangkan klip-klip video yg menunjukkan


guru mengaplikasikan pendekatan dan strategi
di dalam PdP di dalam bilik darjah.

Simpulkan idea-idea utama.


PEMBELAJARAN KENDIRI (ISL 11):
PELAJAR MENCARI BAHAN ATAU MAKLUMAT MENGENAI
12. - KERANGKA KEMAHIRAN PEDAGOGI

PERSEDIAAN INTERAKSI 11
12. DALAM KUMPULAN TUTORIAL MASING-MASING,
BINCANGKAN DAPATAN LAPORAN PBS SETIAP AHLI
KUMPULAN. KEMUDIAN, SIMPULKAN DAPATAN ANDA DAN
BUAT PERSEDIAAN PEMBENTANGAN LAPORAN PBS.

DAN MEMBUAT NOTA MENGENAINYA.


- MASUKKAN NOTA DALAM PORTFOLIO.
PENTAKSIRAN:
LAPORAN PBS ( 3 JAM)

Anda mungkin juga menyukai