Anda di halaman 1dari 5

2.

PERNYATAAN PROFESIONAL/
KONTRAK AKTIVITI
2.1 PENDAHULUAN

Setiap pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan


diwajibkan untuk mengikuti program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang
dijalankan semasa seminggu untuk pelajar semester satu hingga semester empat
PISMP. Hal yang demikian bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar
sebagai bakal guru mengenai alam persekolahan.

Secara amnya, tujuan PBS adalah untuk memberi peluang kepada guru pelatih
untuk menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran di sekolah. Selain itu, PBS
juga bertujuan untuk membolehkan guru pelatih memahami kaedah pengurusan
pentadbiran di sekolah dan mendapatkan pengetahuan tentang kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang digunakan oleh guru-guru di sekolah.

Pernyataan profesional atau kontrak aktiviti merupakan turutan tugasan yang


perlu dilakukan dalam tempoh PBS. Kontrak aktiviti semasa PBS adalah ditentukan
sendiri oleh pelajar. Setiap aktiviti hendaklah jelas dan teratur untuk memastikan
proses mendapatkan maklumat berjalan dengan lancar. Tujuan kontrak aktiviti adalah
untuk memastikan objektif sebenar dapat dicapai. Antara objektif PBS adalah pelajar
diharap dapat memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah, Pelajar
juga diharap dapat menghayati kerjaya seorang guru. Objektif seterusnya ialah
memastikan pelajar memperolehi pengetahuan tentang pengurusan sekolah dan
memahami pengurusan dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu,
membolehkan pelajar dapat mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk
perbincangan semasa sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan.
2.2 PERNYATAAN SEBELUM PENGALAMAN BERASASKAN
SEKOLAH (PBS)

Pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) adalah suatu


pelaksanaan yang wajib terhadap pelajar yang menuntut di Institut Pendidikan Guru
Malaysia. Hal ini kerana pendedahan awal terhadap budaya dan persekitaran sekolah
serta etika guru di sekoalah adalah adalah sangat penting kepada guru pelatih.
Pendedahan ini adalah untuk melatih pelajar sebagai bakal guru agar bersedia dalam
menempuh cabaran apabila menjadi guru sebenar kelak selain dapat melahirkan
seorang guru yang dapat memberi perkhidmatan yang cemerlang bagi melahirkan
warganegara berminda kelas pertama.

Semasa PBS 3, kami perlu melaksanakan suatu pemerhatian bagi memenuhi


kehendak tugasan kerja kursus kami dalam SCES212,. Tugasan ini menghendaki
kami untuk menganalisis dan menambah baik item ujian sains. Seterusnya kami akan
membincangakn perkaitan aras kognitif item ujian sains tersebut dengan pencapaian
murid. Serta menambah baik 5 utem ujian sains dengan pencapaian muird.

Di samping itu, melalui taklimat PBS 3, kami telah dimaklumkan bahawa kami
akan dipantau oleh pihak pengurusan sekolah semasa kami menjalankan program
PBS 3. Oleh itu, sudah tentu menjadi kemestian saya sebagai seorang guru pelatih
perlu sentiasa menjaga ketrampilan saya sebagai seorang bakal guru dari segi tingkah
laku dan tutur kata memandangkan saya membawa nama baik IPGK Batu Lintang.
Bagi menyempurnakan tugasan yang diberikan, saya berazam untuk komited dalam
melaksanakan tugasan supaya hasil terbaik dapat saya persembahkan di akhir
pelaksanaan PBS 3 ini.
2.3 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS
SEBELUM PBS 3

Aktiviti : Pemilihan sekolah untuk penempatan PBS 3

Tarikh : 2017

Masa : -

Tempat : -

Ketua Jabatan Unit Praktikum telah meminta setiap pelajar PISMP Ambilan Jun
2015 untuk menghantar nama dan alamat sekolah bagi PBS 3. Pemilihan lokasi
sekolah untuk PBS 3 adalah bebas bagi setiap pelajar. Tarikh PBS 3 akan dijalankan
pada 13 Mac 2016 hingga 17 Mac 2017

Saya telah mengambil keputusan untuk memilih sekolah di sekitar Kuching iaitu
SK Green Road. Saya turut ditemani empat rakan saya yang memilih untuk menjalani
PBS 3 di sekolah yang sama. Saya berharap PBS 3 saya berjalan dengan lancar dan
mendapat kerjasama yang perlu daripada warga SK Green Road.
Aktiviti : Taklimat Pengurusan Pengalaman Berasaskan Sekolah 2 (PBS
2) Pelajar PISMP Ambilan Jun 2015

Tarikh : 9 Mac 2017

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Bilik Seminar, IPG Kampus Batu Lintang

Taklimat Pengurusan Pengalaman Berasaskan Sekolah 3 (PBS 3) telah


disampaikan oleh Encik Joshua serta Unit Praktikum. Taklimat PBS ini diadakan bagi
menerangkan kepada guru pelatih Ambilan Jun 2015 mengenai garis panduan PBS
yang perlu dipatuhi semasa menjalankan tugasan PBS di sekolah. Antara perkara
yang ditekankan meliputi hal-hal berkaitan kehadiran, refleksi, laporan perkembangan
pelajar, format aktiviti PBS, rekod kolaborasi dan soalan tugasan serta panduan
menyediakan pernyataan profesional.

Semasa PBS 3, kami perlu melaksanakan suatu pemerhatian bagi memenuhi


kehendak tugasan kerja kursus kami dalam SCES212,. Tugasan ini menghendaki
kami untuk menganalisis dan menambah baik item ujian sains. Seterusnya kami akan
membincangakn perkaitan aras kognitif item ujian sains tersebut dengan pencapaian
murid. Serta menambah baik 5 utem ujian sains dengan pencapaian muird

Anda mungkin juga menyukai