Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN SYARAHAN
SMK PANGLIMA GADING


Pengenalan

Syarahan ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang mengandungi
idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya secara berkesan. Penyampaian
syarahan yang berkesan adalah secara bersahaja dalam bentuk nasihat, peringatan,
penegasan, sindiran dan selingan kecindan yang bertujuan untuk mempengaruhi audien.
Penyampaian syarahan yang juga bergantung kepada kesesuaian nada dan gaya bukannya
menggunakan emosi seperti dengan nada suara yang tinggi, menyanyi, dan bersyair.
Sentuhan seni syarahan adalah unik tidak seperti seni bahas yang bertujuan menegakkan
dan mematikan hujah lawan.


Objektif

Membina keyakinan diri.
Meluaskan pengetahuan.
Memantapkan kemahiran komunikasi.
Menjana daya saing secara positif.


Peserta

Pertandingan ini dibuka kepada pelajar tingkatan satu, dua, tiga, empat, dan lima.
Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori seperti berikut:

Kategori A : Menengah Rendah
Kategori B : Menengah Atas


Perancangan Program

Tarikh : 12 Mac 2014
Hari : Rabu
Waktu : 7.30 pagi 8.50 pagi




Format Pertandingan

Setiap peserta diberi masa 5 minit.

Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan
kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang.

Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang.

Tema : Kebaikan / Kepentingan menyertai aktiviti kokurikulum.


Peraturan Pemarkahan


Idea / Isi ( 10 markah )

Peserta syarahan akan diadili dari segi pengutaraan tiga idea/ isi. Isi/idea hendaklah bernas
yang disokong oleh data / bahan yang tepat / logik sebagai peneguh huraiannya.


Bahasa ( 20 markah )

Peserta syarahan akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku (struktur dan sebutan), gaya
bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

Penyampaian dan Persembahan ( 30 markah )

Peserta syarahanakan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada,
meyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib.


Hadiah

Kategori A : Menengah Rendah
Pertama:
Kedua:
Ketiga:
Kategori B : Menengah Atas
Pertama:
Kedua:
Ketiga:





Penutup

Semoga projek ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat serta objektifnya.
Dengan ini, diharapkan para pelajar dapat menjadikan program ini sebagai batu loncatan ke
arah kemajuan diri.


Disediakan oleh :


.

(PN SYAHIDA BINTI ABDULLAH )
SU Kokurikulum
SMK. Panglima Gading

Disemak oleh :


.

(EN HAZRI BIN HAKIM )
GPK Kokurikulum
SMK. Panglima Gading

Disahkan oleh :


.

(PN HAJAH AISYAH BINTI ABDUL AZIZ )
Pengetua
SMK. Panglima Gading

Anda mungkin juga menyukai