Anda di halaman 1dari 6

SK RAPAT JAYA, IPOH

PROGRAM PASCA NILAI


MURID TAHUN 6
BERSAMA GURU PELATIH
(MELUKIS MURAL)

ANJURAN:
PANITIA PJK

TARIKH:
OGOS HINGGA SEPTEMBER 2017

TEMPAT:
SK RAPAT JAYA (HADAPAN STOR SUKAN)
1.0 PENGENALAN
Projek melukis mural merupakan salah satu projek yang akan dijalankan oleh
guru pelatih dari IPG Kampus Ipoh bagi memenuhi syarat Internship bagi semester 8 ini.
Kertas kerja ini sedapat mungkin menggariskan pengisian program dengan mengambil
kira penglibatan warga sekolah di atas bantuan dari guru-guru SK Rapat Jaya. Pada
masa yang sama semangat kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk dengan
meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat menceriakan lagi
persekitaran sekolah.

Kebersihan, kesihatan dan keselamatan merupakan tiga aspek yang penting


dalam sesebuah sekolah. Oleh itu, projek mulukis mural ini dijalankan berhasrat
menjadikan sekolah sebagai organisasi pendidikan yang mempunyai persekitaran
pembelajaran yang ceria dan berseri. Persekitaran yang bersih dan sihat akan
memberangsang suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

2.0 MATLAMAT
2.1 Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik secara
tidak langsung di sekolah.
2.2 Memupuk sikap murid yang cintakan sekolah dengan menceriakan persekitaran
sekolah.
2.3 Menyalurkan maklumat kepada murid melalui lukisan mural.
2.4 Melahirkan guru yang cekap dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah.
2.5 Melahirkan murid yang cergas dan merapatkan hubngan antara guru dan murid.

3.0 OBJEKTIF
Murid dapat :

1. Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik dan


indah.
2. Memupuk nilai-nilai murni seperti menyayangi dan mencintai persekitaran sekolah.
3. Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.
4. Mendapat informasi daripada lukisan mural dan meningkatkan pengetahuan sendiri.
Guru pelatih dapat :
1. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akuntabiliti dan integriti
dalam melaksanakan tugas.
2. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara
berterusan.
3. Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid Tahun 6 SK Rapat Jaya

5.0 TARIKH PELAKSAAN


Ogos hingga September 2017

6.0 TEMPAT
SK Rapat Jaya (Hadapan Stor Sukan)

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Penasihat : Pn Nor Asiah binti Ahmad p.j.k (Guru Besar)

Pengerusi : Pn Zaimah binti Musa (Penolong Kanan Pentadbiran)

Penyelaras : En Mohd Redzwan bin Abdul Jaafar (Ketua Panitia PJK)

Setiausaha : Cik Angel Tiong Hoe Yi

AJK Peralatan : Cik Ling Tong Zhen

Cik Angel Tiong Hoe Yi

AJK Kebersihan : Cik Ling Tong Zhen

Cik Angel Tiong Hoe Yi

AJK Disiplin murid : Cik Ling Tong Zhen

Cik Angel Tiong Hoe Yi

AJK Dokumentasi : Cik Angel Tiong Hoe Yi

Cik Ling Tong Zhen


8.0 ANGGARAN PEMBELANJAAN
HARGA
BIL BUTIRAN KUANTITI HARGA
SEUNIT

1 Berus Cat 2 set RM6.00 RM12.00

2 Tinner 2 botol RM5.50 RM11.00

3 Cat Pelaka (warna) 7 botol RM24.50 RM171.50

4 Musjin tape (1 inci) 3 gulung RM2.40 RM 7.20

Hadiah sukan permainan


5 8 buah RM20.00 RM 160.00
murid

JUMLAH RM361.70

Baki PCG Pendidikan Jasmani & Kesihatan RM363.18.

9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan program ini mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada
semua pihak yang terlibat demi memastikan objektif program akan tercapai.

10.0 LAMPIRAN (GAMBAR)

*SAIZ: 8X10
Disediakan oleh:

______________________________________
(ANGEL TIONG HOE YI)
Setiausaha
Program Pasca Nilai Murid Tahun 6
Bersama Guru Pelatih (Melukis Mural),
SK RAPAT JAYA, IPOH

Dibimbing oleh:

_______________________________
(MOHD REDZWAN B. ABD JAAFAR)
Ketua Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan,
SK RAPAT JAYA, IPOH

Disemak oleh:

____________________
(ZAIMAH BINTI MUSA)
Penolong Kanan Pentadbiran,
SK RAPAT JAYA, IPOH

Disahkan oleh:

____________________________
(NOR ASIAH BINTI AHMAD P.J.K)
Guru Besar,
SK RAPAT JAYA, IPOH
(LING TONG ZHEN)

Anda mungkin juga menyukai