Anda di halaman 1dari 3

TEKS PERTANDINGAN SYAIR DAERAH KUBANG PASU

NAMA MURID:

SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN DARULAMAN HEIGHTS

Dengan Bismillah syair dibaca,

Assalamualaikum,pembuka kata,

Keluarga bahagia tajuk bicara,

Menjadi panduan kita bersama,

Kasih keluarga kukuh tersemat,

Kemas tersimpan di dalam hati,

Ayah menegur ibu nasihat,

Itulah tanda kasih sejati.

Cinta Ilahi sayang keluarga,

Kasih nan ikhlas tiada berbeda,

Kasihnya ibu membawa ke syurga,

Sanggup berkorban itu ayahanda.

Kasih nan ikhlas semat di hati,

Tidak terbalas takkan dilupa,

Hidup di dunia buatlah bakti,

Kepada ibu dan juga bapa.

Ajaran bonda harus taati,

Mana yang dapat harus diingat,

Orang yang muda kita sanjungi,

Orang yang tua patuh dan hormat.


Nasihat bonda jangan ditegah,

Takut hai nanti musibah menimpa,

Andai tersilap anakanda beralah,

Baru hidupmu ada berkatnya,

Pohon berdiri kerana akarnya,

Akar bertaut kerana tanahnya,

Keluarga bermotivasi keluarga bahagia,

Saling berpaut tanda cintanya,

Rakan dan taulan ingat selalu,

Sayangi keluarga utamakan dahulu,

Hidup muafakat sentiasa bersatu,

Kelak berjaya segala usahamu

Syairku ini mari dendangkan,

Sebagai penyuluh buat pedoman,

Aspirasi keluarga sentiasa amalkan,

Ibarat perahu menuju haluan.

Berakhirlah sudah syairku ini,

Syair dilagu motivasi diberi,

Semoga kasih sentiasa terpatri,

Keluarga mawaddah syurga menanti.

Anda mungkin juga menyukai