Anda di halaman 1dari 3

Bahasa Arab ( al-lughah al-Arabyyah), atau secara mudahnya Arab ( Arab), adalah sebuah bahasa Semitik yang muncul

l dari daerah yang sekarang termasuk wilayah Arab Saudi. Bahasa ini adalah sebuah bahasa yang terbesar dari segi jumlah penutur dalam keluarga bahasa Semitik. Bahasa ini berkerabat dekat dengan bahasa Ibrani dan bahasa Aram. Bahasa Arab Modern telah diklasifikasikan sebagai satu makrobahasa dengan 27 sub-bahasa dalam ISO 639-3. Bahasa-bahasa ini dituturkan di seluruh Dunia Arab, sedangkan Bahasa Arab Baku diketahui di seluruh Dunia Islam. Bahasa Arab Modern berasal dari Bahasa Arab Klasik yang telah menjadi bahasa kesusasteraan dan bahasa liturgi Islam sejak lebih kurang abad ke-6. Abjad Arab ditulis dari kanan ke kiri. Bahasa Arab telah memberi banyak kosa kata kepada bahasa lain dari dunia Islam, sama seperti peranan Latin kepada kebanyakan bahasa Eropah. Semasa Abad Pertengahan bahasa Arab juga merupakan alat utama budaya, terutamanya dalam sains, matematik dan falsafah, yang menyebabkan banyak bahasa Eropah turut meminjam banyak kata darinya. Kini bahasa Arab dijadikan salah satu matapelajaran di sekolah-sekolah rendah mahupun di tadika. Bahasa Arab jauh sekali perbezaannya dengan mempelajari bahasa Melayu ataupun bahasa-bahasa lain. Salah satu elemen yang penting untuk menguasai sesuatu bahasa itu ialah kemampuan bagaimana untuk berfikir dalam bahasa tersebut. Bahasa Arab juga berdemikian dan ditulis dari kanan ke kiri. Berdasarkan markah diatas, di kelas Tahun 4 Kenanga, ramai murid didapati memperolehi markah yang tinggi dalam ujian Bahasa Arab. Walau bagaimanapun segelintir tidak dapat mencapai keputusan yang baik dalam bahasa Arab. Guru bahasa Arab dapat menolong dan membantu murid-murid yang lemah dan gagal dalam ujian Bahasa Aarab lulus dalam ujian dengan menggunakan kaedah yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah latih tubi adalah bersesuaian dengan bentuk pembelajaran Bahasa Arab kerana kemahiran berbahasa perlu kepada proses mengulangi apa yang dipelajari, disebut atau ditulis. Memberi pengenalan huruf-huruf tunggal Arab dan bersambung dengan sistem tanda dan baris kepada murid-murid. Guru bahasa Arab boleh membaca semua huruf tunggal Arab berbaris satu di atas dan meminta murid

mengikutnyasecara ramai dan individu. Guru mengedarkan kad imbasan huruf tunggal Arab pelbagai baris itu kepada setiap murid dan meminta mereka membaca huruf berbaris tersebut secara individu. Kad-kad tersebut boleh ditukar supaya setiap murid dapat peluang membaca huruf-huruf yang berbeza barisnya. Apabila sudah lebih lancar, guru menunjukkan beberapa perkataan yang mengandungi huruf-huruf yang bersambungdengan baris yang berbeza. Murid diminta untuk membacanya secara ramai atau individu. Prinsip utama dalam pengajaran berbentuk latih tubi ialah Membaca berulang kali. Aktiviti ini amat baik untuk meningkatkan kemahiran lisan dan kemahiran membaca mereka. Kaedah pembelajaran ini amat berkesan untuk jangka masa yang panjang di samping mengukuhkan kontek Bahasa Arab.Selain itu, guru harus memberi latihan setiap hari supaya dirumah juga murid boleh membuat latihan menulis dan membaca Bahasa Arab. Di rumah ibubapa juga perlu memberi perhatian dan membantu murid mempelajari bahasa ini. Guru boleh memberi sebuah buku latihan, setiap murid dan meminta mereka menyalin beberapa perkataan dan meminta mereka membacanya di depan ibubapa. Selepas membacanya kepada ibubapa, baru mereka menandatangani buku latihan. Kaedah ini bukan sahaja membantu guru malah ibubapa pun boleh member tunjuk ajar dan mengenal pretasi anaknya dalam bahasa Arab. Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar yang bergambar dan berwarna-warni. Tulisan hendaklah besar dan teliti dilihat oleh pelajar. Kini, bahanbahan pengajaran dikeluarkan dalam bentuk cakera padat mengikut tema yang dipelajari. Guru boleh menggunakan bahan tersebut untuk mengajar Bahasa Arab. Teknik ini memudahkan guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta murid juga sangat aktif mengambil bahagian. Dalam bahan itu juga diselitkan latihan-latihan ulangkaji yang boleh dibuat oleh murid. Guru memberi peluang kepada murid untuk menjawab soalan secara bersendiri dan membincang jawapannya pada waktu p&p itu juga. Kaedah pengajaran begini boleh memberi keyakinan kepada murid dan mereka juga seronok belajar Bahasa Arab.

Pengajaran dan pembelajaran guru bahasa arab yang berbeza juga dapat menarik minat pelajar mempelajari bahasa arab. Guru Bahasa Arab perlu menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan mempelbagaikan teknik. Guru perlu mengenal kelemahan dan topik dimana mereka kurang difahami oleh murid. Guru boleh mengadakan kuiz, permainan dan kerja kumpulan supaya murid tidak bosan dengan cara pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid dapat berbincang sesama mereka dan dapat menyelesaikan masalah bersama dengan rakan sebaya. Semasa perbincangan murid diarahkan supaya menggunaka Bahasa Arab bersama rakan mereka. Secara tidak langsung guru dapat mengasuhkan lisan Bahasa Arab terhadap murid-murid. Oleh itu, teknik pengajaran juga memainkan peranan penting meluluskan seseorang pelajar dalam peperiksaan bahasa. Selain itu, program-program khas bagi Bahasa Arab iaitu seperti Minggu Bahasa Arab dan pertandingan yang dijalankan di sekolah . Guru boleh menganjurkan minggu Bahasa Arab dan aktiviti-aktiviti yang teratur juga harus dijalankan pada minggu tersebut. Pertandingan-pertandingan seperti kefasihan dalam bacaan bahasa arab, mewujudkan kamus mini Bahasa Arab yang boleh disimpan di poket dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja, tulisan cantik Bahasa Arab, pertandingan bacaan laras, pertandingan ejaan dan sebagainya. Pertandingan mewujudkan mini kamus diadakan, murid akan menulis perkataan arab dan akan mencari maksud perkataan tersebut dalam kamus dan menulis makna tersebut. Secara tidak langsung murid gemar akan Bahasa Arab peratus kegagalan di kelas tersebut juga dapat dikurangkan. Aktiviti aktiviti yang dicadangkan seperti diatas, dapat membantu murid Tahun 4 Kenanga yang lemah dan gagal dalam ujian bahasa Arab. Murid akan menguasai bahasa Arab dan akan mencatatkan markah yang tinggi pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai