Anda di halaman 1dari 3

KEM KECEMERLANGAN UPKK, SK JIJAN 2022

KERTAS KERJA
BENGKEL KECEMERLANGAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK)
SEKOLAH KEBANGSAAN JIJAN, NILAI, NEGERI SEMBILAN
“Ke Arah Mencapai Mumtaz UPKK”

1.0 PENDAHULUAN

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) merupakan ujian kendalian Jabatan


Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi murid-murid tahun 5. Ujian ini merupakan kayu
pengukur bagi murid yang telah belajar selama 5 tahun dari segi pencapaian agama.
Bagi memastikan kejayaan dalam aspek ini tercapai dengan jayanya, maka unit UPKK
SK Jijan ingin mengadakan satu bengkel kecemerlangan UPKK bagi memastikan
murid-murid dapat membuat persiapan yang cukup bagi menduduki peperiksaan
tersebut.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Memberi peluang kepada para murid membuat persiapan akhir sebelum
menduduki UPKK
2.2 Memberi pendedahan akhir kepada murid-murid berkaitan teknik-teknik
menjawab soalan UPKK yanglebih berkesan
2.3 Membantu murid-murid meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk
mencapai kejayaan dalam UPKK

3.0 TEMA
“Ke Arah Mencapai Mumtaz UPKK”

4.0 TARIKH, MASA & TEMPAT


Tarikh : 26 September 2022 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Surau Al-Furqan, SK Jijan

1
KEM KECEMERLANGAN UPKK, SK JIJAN 2022

5.0 ANJURAN
Unit KAFA SK Jijan

6.0 PENGISIAN PROGRAM


Ceramah teknik menjawab soalan UPKK kepada calon UPKK murid-murid tahun
5 akan disampaikan oleh guru yang berpengalaman iaitu Dr. Razif (Penggubal
dan pemeriksa kertas UPKK).

7.0 PENYERTAAN & SASARAN


Semua murid tahun 5 calon UPKK SK Jijan.

8.0 STRUKTUR ORGANISASI

Penasihat : PN RAFEAH BINTI ISMAIL


Pengerusi : EN. ZULPAKAR BIN OMAR (PK KURIKULUM )
EN. ZAHIRUDDIN BIN AMIRUDIN (PK HEM )
EN. MOHD FAIRUZ NIZAM BIN SALEH UDIN (PK KOKO )
Penyelaras Program : PN. NURULHUDA BINTI ZAINAL ABIDIN
Setiausaha : PN. SA’ADATUL JANNAH BINTI ABD JALIL
AJK/ Fasilitator : SEMUA GURU KAP SK JIJAN

9.0 TENTATIF PROGRAM

8.30 -10.30 pagi : Ulum Syariah


10.30 – 11.00 pagi : Minum pagi
11.00 - 1.00 petang : Lughatul Quran
1.00 – 2.00 petang : Makan tengahari
Solat Zohor berjemaah
2.00 – 4.00 petang : Sirah

2
KEM KECEMERLANGAN UPKK, SK JIJAN 2022

10.0 ANGGARAN BELANJAWAN

SUMBER KEWANGAN:
1) Dana UPKK 2022

ANGGARAN BELANJAWAN

Bil Perkara Harga seunit Jumlah


1. Penceramah RM300 x 3 subjek RM 900
2. Makan murid RM 5.00 x 60 murid RM 300

JUMLAH KESELURUHAN RM 1,200

11.0 PENUTUP
Diharapkan bengkel kecemerlangan UPKK ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya dan mencapai objektif yang diinginkan dalam memastikan kemenjadian dan
kecemerlangan anak didik SK Jijan khususnya dalam UPKK 2022.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………………. …………………………..
(SA’ADATUL JANNAH BT. ABD JALIL) (RAFEAH BINTI ISMAIL)
Setiausaha Bengkel Kecemerlangan UPKK 2022, Guru Besar,
SK Jijan. SK Jijan.

Anda mungkin juga menyukai