Anda di halaman 1dari 9

PERATURAN PERTANDINGAN ACARA AMAL ISLAMI SRITI

NEGERI KELANTAN 2018

1. PERTANDINGAN KHUTBAH
a

1. Syarat-Syarat Peserta

a) Peserta terhad kepada pelajar lelaki sahaja.

2. Cara Penghakiman

a) Semua peserta diberikan masa 10 minit untuk menyampaikan khutbah masing-


masing.
b) Khutbah WAJIB berdasarkan TEMA “IBU & BAPA”.
c) Teks khutbah boleh disediakan oleh jurulatih masing-masing.
d) Tajuk mengikut pilihan jurulatih masing-masing menepati khutbah-khutbah jumaat
e) Khutbah dikehendaki menepati rukun dan syarat-syarat khutbah
f) Loceng pertama akan dibunyikan menunjukkan masa tinggal satu minit. Loceng
terakhir dibunyikan menunjukkan masa telah tamat.
g) Markah akan ditolak sekiranya peserta membaca teks.

3. Penghakiman

Kefasihan 30
Penyampaian 40
Keberkesanan 30

4. Keterangan Penghakiman

4.1 Kefasihan
a) Menilai kefasihan bahasa
b) Menilai sebutan ayat al-quran dan menepati makhraj huruf yang betul

1
4.2 Penyampaian
a. Menilai nada suara yang jelas dan mengikuti intonasi khutbah yang sesuai
b. Tidak gagap dan lupa
c. Rukun khutbah yang sempurna
d. Adab

4.3 Keberkesanan

a. Menilai pengucapan yang memberi daya tarik dan tidak menjemukan.


b. Mempunyai muqaddimah, isi dan kesimpulan.

2
2. PERTANDINGAN NASYID
PERTANDINGAN NASYID a

1. Objektif

a) Memberi kesempatan berdakwah melalui Nasyid/Seni Suara


b) Melatih diri ke arah menjalankan aktiviti berpasukan.
c) Melatih dan menggalakkan sebutan dan kefahaman Bahasa Arab sebagai Bahasa Al-
Quran.
d) Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam senikata yang
dibawa.

2. Peraturan Pertandingan

a) Pertandingan ini terbuka kepada para pelajar SRITI.


b) Setiap pasukan tidak boleh melebihi lima belas orang.
c) Senikata hendaklah berunsur Agama Islam.
d) Setiap pasukan hendaklah mempersembahkan dua buah lagu. SEBUAH LAGU
PILIHAN dan SEBUAH LAGU WAJIB bertemakan “IBU & BAPA”
e) Peserta dibenarkan menyanyikan lagu Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
f) Masa mempersembahkan kedua-dua buah lagu tidak melebihi 15 minit.
g) Alat-alat muzik seperti gendang dan shaker dibenarkan. PIHAK PENGANJUR
TIDAK MENYEDIAKAN PERALATAN MUZIK.
h) Konduktor JIKA ADA mestilah daripada salah seorang peserta pasukan.

3. Perkara-Perkara Yang Dihakimi.

3.1. Senikata 35 markah


3.2. Irama dan Lagu 25 markah
3.3. Suara 20 markah
3.4. Gaya dan persembahan 20 markah
JUMLAH 100 MARKAH

3
4. Senikata

4.1 Peserta hendaklah mempersembahkan lagu bersuaian mengikut unsur-unsur tersebut :-


a) Berunsur keagamaan
b) Sirah Rasulullah S.A.W
c) Nilai-nilai murni dalam Al Quran
d) Perpaduan ummah
e) Ketaatan dan kesetiaan kepada ibu bapa
f) Akhlak Rasulullah S.A.W

4.2 Peserta Yang Menyanyikan Lagu Ciptaan Sendiri Akan Diberikan Markah Tambahan.

5. Suara

a) Suara yang merdu


b) Suara yang licin,terang dan nyata
c) Suara yang tidak serak atau pecah
d) Suara tidak tenggelam ketika rendah (perlahan) dan tidak tersepit ketika nyaring
e) Paduan suara juga diambil kira
f) Diberi keistimewaan kepada paduan suara yang harmoni.

6. Persamaan Markah

6.1 Jika terdapat persamaan markah akan dirujuk mengikut urutan ini :

a) Senikata
b) Irama dan lagu
c) Suara
d) Gaya persembahan

Jika kesemuanya masih terdapat persamaan, undian akan dijalankan oleh Ketua
Hakim atau Pengerusi Jemaah Hakim.

4
3. KALAM JAMA’IE
PERTANDINGAN NASYID a

a) Setiap Sriti diwakili oleh satu kumpulan yang disertai dua puluh (20) peserta.
b) Setiap kumpulan terdiri daripada dua puluh orang murid tidak melebihi umur 9
tahun yang didaftarkan di salah sebuah SRITI.
c) Peserta bebas memilih tajuk yang berkaitan dengan Tema Ibu & Bapa
d) Tajuk yang dipersembahkan hendaklah bebas dari sebarang unsur yang sensitif berkaitan
perkauman, politik dan lain-lain perkara yang bercanggah dengan budaya timur dan
Islam.
e) Peserta akan menyampaikan persembahan mengikut giliran yang telah diundi oleh
pengurus atau peserta sendiri. Undian tidak boleh ditukar ganti. Peserta yang lewat akan
diundi oleh urusetia.
f) Masa yang diperuntukkan bagi setiap kumpulan ialah Lapan (8) Minit.
g) Guru tidak dibenarkan membantu dan memberikan sebarang arahan secara lisan atau
bahasa badan kepada peserta dalam bilik pertandingan .
h) Keputusan hakim adalah muktamad.

4. AZAN DAN IQAMAH


PERTANDINGAN NASYID a
a) Peserta akan menyampaikan persembahan mengikut giliran yang telah diundi oleh
pengurus atau peserta sendiri. Undian tidak boleh ditukar ganti. Peserta yang lewat akan
diundi oleh urusetia.
b) Pelaksanaan seperti berikut :

TASBIH – AZAN - IQOMAH – DOA

c) Masa yang diperuntukkan bagi setiap kumpulan ialah tujuh (7) minit .
d) Peserta yang lewat hadir atas sebab yang munasabah boleh di dipertimbangkan
penyertaan oleh Penyelaras Dewan.
e) Keputusan hakim adalah muktamad

5
5. BERCERITA
PERTANDINGAN NASYID a

a) Setiap sekolah diwakili oleh seorang (1) murid lelaki dan seorang (1) murid perempuan.
b) Peserta terdiri daripada murid yang tidak melebihi umur 9 tahun yang didaftarkan di
salah sebuah SRITI.
c) Peserta bebas memilih tajuk yang berkaitan dengan tema Ibu & Bapa
d) Peserta dibenarkan menggunakan alat bantu.
e) Peserta akan menyampaikan persembahan mengikut giliran yang telah diundi oleh
pengurus atau peserta sendiri. Undian tidak boleh ditukar ganti. Peserta yang lewat akan
diundi oleh urusetia.
f) Guru tidak dibenarkan membantu dan memberikan sebarang arahan secara lisan atau
bahasa badan kepada peserta dalam bilik pertandingan.
g) Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta ialah tujuh (7) minit.
h) Peserta dibenarkan berpakaian bebas mengikut syarak.
i) Peserta yang lewat hadir atas sebab yang munasabah boleh di dipertimbangkan
penyertaan oleh urusetia.
j) Keputusan hakim adalah muktamad.

6
6. PERTANDINGAN TILAWAH

1. Syarat Peserta

a) Peserta dikehendaki memilih ayat-ayat yang diberikan oleh pihak urusetia.


b) Guru-guru akan melatih murid-murid mengikut pilihan ayat.
c) Setiap sekolah diwakili oleh seorang (1) murid lelaki dan seorang (1) murid
perempuan.
d) Peserta tidak dibenarkan menukar nombor giliran semasa hari pertandingan.
e) Sekiranya peserta menukar nombor giliran yang telah ditetapkan maka bacaannya
tidak akan dihakimi.
2. Pengundian

a) Ayat tilawah adalah (Surah Al-Insan ATAU Surah Al-Waqiah ATAU Surah Ar-
Rahman)
b) Pengundian surah akan dibuat sebelum pertandingan bermula. Ayat tamat tidak
ditentukan kerana masa bacaan adalah 8 minit.
3. Masa Bacaan

a) Masa bacaan peserta ialah 8 minit.


b) Loceng pertama akan dibunyikan apabila bacaan berlalu 7 minit.
c) Loceng kedua akan dibunyikan apabila cukup 8 minit.
4. Cara Pemarkahan

Tajwid 40M
Fasahah 40M
Suara dan gaya 20M
Jumlah 100M

7
7. PERTANDINGAN HAFAZAN

Objektif

1. Menarik minat para pelajar menghafaz ayat-ayat Al-Quran.


2. Mencungkil bakat-bakat pelajar dalam kemahiran menghafaz dan membaca al-
Quran.
3. Memupuk sifat-sifat ketaqwaan melalui bacaan dan hafazan Al-Quran
4. Surah-surah Hafazan
a) Surah yang akan diuji dikalangan peserta adalah surah yang terdapat dalam buku pra-
tahfiz jilid 1 dan 2.
b) Peserta dikehendaki membaca mengikut gaya bacaan tadwir.

5. Perlaksanaan Pertandingan
a) Setiap sekolah diwakili oleh seorang (1) murid lelaki dan seorang (1) murid
perempuan.
b) Undian ayat dan giliran dijalankan serentak.
c) Setiap peserta akan memilih sampul surat yang mengandungi soalan.
d) Peserta dikehendaki membaca ayat yang dipilihnya dengan panduan hakim Fatih.
e) Setiap peserta dikehendaki menjawab kelima-lima soalan yang dikemukan dalam

jangka masa 8 minit.

6. Bentuk Ujian

6.1 Setiap peserta dikehendaki samada:


a) Menyambung bacaan hakim Fatih yang memulakan bacaan dari awal surah
atau
b) Menyambung bacaan hakim Fatih yang memulakan bacaan dari pertengahan surah
atau
c) Mengulang dan menyambung bacaan hakim Fatih.

8
7. Kehakiman

Hafaz dan lancar 50M


Tajwid 30M
Fasahah 10M
Suara dan gaya 10M
Jumlah 100M

8. Menentukan Johan Hafazan


a) Peserta yang mendapat markah tertinggi diisytiharkan sebagai Johan. Markah tertinggi
berikutnya sebagai Naib Johan dan seterusnya.
b) Keputusan hakim adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai