Anda di halaman 1dari 3

NO 54, JALAN SETIA 3,

TAMAN SETIA,
41200 KLANG SELANGOR DARUL EHSAN.

SMS / Whatsapp : 018-3885425


Email : wanshahidann@gmail.com
Facebook : Dreamers Training Consultancy
(Company No . SA 0379664-A)

NAZIR,
Masjid Al-Azhar,
Universiti Islam Selangor (UIS),
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan. 19 MEI 2023

Tuan,
Per : Kertas Cadangan Program Kem Khalifah Muda

Perkara di atas adalah dirujuk .


2. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas peluang untuk memperkenalkan program-
program yang dikendalikan oleh Dreamers Training Consultancy. Bersama .ini disertakan kertas
cadangan Program Kem Khalifah Muda iaitu program cuti sekolah selama 3 hari tidak bermalam.

3. Kos bagi program ini adalah RM 100/pax untuk pakej bagi keseluruhan progam. Kos ini
merangkumi, kos makan & minum, jurulatih, peralatan, fasilitator dan bahan latihan termasuk sijil
penyertaan yang akan diberikan semasa program. Sasaran peserta bagi program ini adalah remaja
berusia antara 10-17 tahun.

4. Muka surat seterusnya, disertakan :


a. Objektif program.
b. Isi Kandungan program.
c. Tentatif program.
d. Sebut harga program.

Sebarang pertanyaan daripada pihak tuan/puan amatlah dialu-alukan. Pihak tuan/puan boleh
menghubungi saya melalui email di wanshahidann@gmail.com atau terus kepada saya melalui SMS atau
Whatsapp di talian 018-388 5425.

Sekian.Terima kasih.
Yang Benar,

Wan Shahidan,
Perunding Utama
Dreamers Training Consultancy.
NO 54, JALAN SETIA 3,
TAMAN SETIA,
41200 KLANG SELANGOR DARUL EHSAN.

SMS / Whatsapp : 018-3885425


Email : wanshahidann@gmail.com
Facebook : Dreamers Training Consultancy

(Company No . SA 0379664-A)

OBJEKTIF PROGRAM

Pada akhir program, peserta dijangka akan mampu :

1. Menjadikan masjid sebagai satu pusat aktiviti bagi menarik perhatian remaja dan
kanak-kanak.
2. Membentuk individu muslim yang mempunyai kebolehan dan mampu dicungkil
ummah kebaikan ummah.
3. Menghayati suasana program islami yang menyeronokkan dan bermanfaat.
4. Meningkatkan kecergasan mental, fizikal dan rohani dalam diri remaja.

ISI KANDUNGAN PROGRAM

Program ini terbahagi kepada 3 bahagian utama :

1.KHALIFAH – Bahagian ini adalah tema utama dalam program iaitu ‘REMAJA
#KHALIFAHSYURGA. Bahagian ini memberi penekanan kepada peserta tentang peranan dan
tugas seorangremaja sebagai khalifah di muka bumi ALLAH. Meskipun pada usia yang muda,
peserta perlu sedar bahawa mereka adalah aset kepada ummah dan akan menjadi pemimpin
ummah pada suatu hari nanti. Kecemerlangan dalam semua aspek mestilah dititik beratkan
oleh seorang Khalifah Muda.

2.STRATEGI– Menjadi seorang khalifah juga perlu mempunyai kecergasan minda dan
kemahiran berfikir secara kritikal. Bahagian ini memberi peluang kepada peserta untuk
meningkatkan daya berfikir dan penyelesaian masalah dalam setiap cabaran yang dihadapi
sepanjang program dan akan digunakan dalam kehidupan seharian sebagai seorang khalifah.

3. ROHANI - Bahagian ini adalah klimaks kepada program dimana peserta akan diberi tentang
penekanan dalam sudut kekuatan rohani sebagai seorang Khalifah. Penekanan rohani yang
padu dan mantap akan menghasilkan kemenjadian seorang remaja muslim yang hebat
disamping memberi penekanan daripada aspek mental dan fizikal.
TENTATIF PROGRAM

HARI PERTAMA.

Masa Topik
8.00 am – 8.30 am Pendaftaran & Taklimat
8.30 am– 10.00 am SLOT 1 : ICE BREAKING
10.00 am – 11.00 am Minum Pagi, Solat Dhuha & Halaqah Al-Quran
11.00 am –1 .00 pm SLOT 2 : USAHAWAN MUDA
1.00 pm– 2.30 pm Makan Tengah Hari , Solat Zuhur & Halaqah Al-Quran
2.30 pm – 4.30 pm AKTIVITI – HYDROGELL WAR GAMES
4.30 pm – 5.00 pm Solat Asar & Bersurai

HARI KEDUA.

Masa Topik
8.00 am – 8.30 am Berkumpul
8.30 am – 10.30 am SLOT 3 – AHLI BINA ISLAM
10.30 am – 11.00 am Minum pagi, Solat Dhuha & Halaqah Al-Quran
11.00 am – 1.00 pm SLOT 4 – DREAMERS PROJECT
1.00 pm– 2.30 pm Makan Tengah Hari, Solat Zuhur & Halaqah Al-Quran
2.30 pm – 4.30 pm AKTIVITI: MEMANAH TRADISIONAL
4.30 pm – 5.00 pm Solat Asar & Bersurai

HARI KETIGA.

Masa Topik
8.00 am – 8.30 am Berkumpul
8.30 am – 10.30 am AKTIVITI - EXPLORACE
10.30 am – 11.00 am Minum pagi, Solat Dhuha & Halaqah Al-Quran
11.00 am – 1.00 pm SLOT 5 - DEMI MASA
1.00 pm– 2.30 pm Makan Tengah Hari, Solat Zuhur & Halaqah Al-Quran
2.30 pm – 4.30 pm SLOT 6 - PENGUCAPAN AWAM
4.30 pm – 5.00 pm Majlis Penutupan

Anda mungkin juga menyukai