Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

KURSUS SMART SOLAT


MINGGU AKTIVITI SEMESTER 1, 2015
MRSM BESERI
OBJEKTIF KURSUS
Selepas mengikuti program ini peserta akan dapat :
Memberikan motivasi kepada pelajar untuk melakukan ibadah dengan sempurna.
Mendedahkan kepada para pelajar hukum hakam ibadat solat yang sempurna.
Mewujudkan rasa tanggungjawab di dalam diri pelajar agar menunaikan kewajipan
solat sebagai muslim.
Pengisian Program Kemahiran Amal Islami bagi Kemahiran Asas Tingkatan 1 (KAT1)
MATLAMAT AKHIR SOLAT
Diakhir Kursus Smart Solat ini para pelajar akan memahami dengan lebih jelas hukum
hakam solat serta mengetahui kepentingan menunaikan solat yang dituntut oleh Allah SWT
dan menghayati bacaan dan makna bacaan dalam solat untuk mendapatkan khusyuk dalam
ibadat solat.
METHODOLOGI I BUTIRAN PELAKSANAAN KURSUS
Program dengan kerjasama Mukmin Ethics Solution yang menggunakan pendekatan
menyeluruh yang bersesuaian dengan naluri pelajar disamping tidak meninggalkan
tanggungjawab berlandaskan syariat dan perhambaan terhadap Pencipta.

Slot Ceramah
Bengkel / Kerja Kumpulan
Kuiz / Permainan Minda
Latihan Dalam Kumpulan
Video / Lagu
Resolusi / Imbasan / Ikrar

TARIKH PROGRAM
3 Mac 2015 ( Selasa)
SASARAN
Semua pelajar tingkatan satu MRSM Beseri (117 orang)
TEMPOH PROGRAM
4 jam ( 9.00 pagi 1.00 petang)

TENTATIF PROGRAM
9.00 am 9.15 am
9.15 am 10.30 am
10.30 am 11.00 am
11.00 am 12.30 pm
12.30 pm 1.00 pm

Taklimat dan Budaya Program


Motivasi 1 : Motivasi Mudahnya Solat
REHAT
Motivasi 2 : Bengkel Rukun Solat : Kesempurnaan Solat
Rasulullah
Resolusi

ANGGARAN BELANJAWAN
Rujuk Lampiran
TEMPAT
Surau At-Taqwa, MRSM Beseri
KESIMPULAN
Adalah diharapkan semoga program yang akan dijayakan sempena Minggu Aktiviti
Semester 1, 2015 ini bakal memberikan kesan yang mendalam terhadap hati dan minda
setiap pelajar untuk sama-sama menghasilkan yang terbaik demi untuk agama, bangsa,
keluarga dan negara. Ianya juga menjayakan Program Kemahiran Asas Tingkatan 1 (KAT1)
bagi Kemahiran Amal Islami (KAI).
Disediakan Oleh :
(NOOR LIZA BINTI SHUKOR)
Penyelaras,
Kemahiran Amal Islami KAT1,
Maktab Rendah Sains MARA Beseri,
Perlis.
Disokong Oleh :
(MOHD YUSOF BIN MAMAT)
Timbalan Pengetua HEA,
Maktab Rendah Sains MARA Beseri,
Perlis.
Diluluskan Oleh:
(MOHAMAD SALIM BIN L.BULAT)
Pengetua,
Maktab Rendah Sains MARA Beseri,
Perlis.

Anda mungkin juga menyukai